Saturday, April 18, 2015

Nota Sejarah Pemikiran Mazhab



Dari segi bahasa arab, Mazhab adalah isim makan  daripada perkataan “zahaba”.” Mazhab” bermakna tempat berpergian, yakni jalan atau al-tariq.

Pada istilah Usul Fiqh, Mazhab ialah kumpulan pendapat mujtahid yang berupa hukun-hukum Islam yang digali dari dalil-dalil syariat yang rinci serta berbagai-bagai-bagai kaedah dan landasan (usul) yang mendasari pendapat tersebut, saling terkait satu sama lain sehingga menjadi satu kesatuan yang utuh (Nahrawi,1994:2351)

Semua Imam sepakat tentang kewajipan merujuk pada al-quran dan al-sunah yang membezakan dasar pemikiran mereka ialah terletak pada kebenaran menyelami sesuatu hukum, mencari tujuan moral dan kemaslahatan yang menjadi sasaran utama disyariatkan sesuatu hukum.

Biografi Ringkas Mazhab Empat

1)      Imam Hanafi, Abu Hanifah al-Nu’man bin thabit bin Zauqi (80H-150H) lahir di Kufah.

Metod Usul yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah banyak bersandarkan kepada ra’yu yakni Pendapat akal selepas al-Quran, al-Hadis, kemudian Qiyas  dan Istihsan.

Imam Abu Hanifah adalah antara Imam yang terawal menulis kitab ilmu Fikah dengan memulakan bab bersuci, solat dan seterusnya bab-bab yang lain. Kemudian diikuti oleh imam yang lain dalam penulisan ilmu ini seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Abu Daud, Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam –Imam Lain. (Wikipedia)

Dasar Pemikiran Fiqhiyah Imam Abu Hanifah

“Saya kembalikan segala persoalan pada kitabullah, saya merujuk kepada sunah Nabi dan apabila saya tidak menemui jawapan pada keduanya saya akan mengambil pendapat para sahabat. Dan tidak beralih pada fatwa selain mereka, apabila masalahnya sampai kepada Ibrahim, Sya’bi, Hasan Ibn Sirin, Atha’ dan Said bin Musayyib ( semuanya Tabi’en) maka saya berhak berijtihad sebagaimana mereka”


2)      Imam Malik bin Anas bin Amir al-Asybahi (93H-179H) lahir di Madinah, terkenal dengan kitabnya al-Muwatha’ beliau mengambil masa selama 40 tahun untuk menyusun dan menunjukkan kepada 70 orang ahli fekah di Madinah untuk meminta pendapat mereka.

Muwatha’ bererti kemudahan atau kesederhanaan. Keistimewaan al-Muwatha’ adalah perincian terhadap setiap persoalan fikah yang diambil dari al-Hadis dan Athar.


Dasar Pemikiran Fiqhiyah Imam Malik

Tiada yang ditulis oleh Imam Malik namun hasil daripada penyimpulan muridnya terdapat 20 dasar dalam mazhab Imam Malik:
                           i.            Al-Quran
                         ii.            Mafhum al-mukhalafah
                        iii.            Mafhum muwafaqah
                       iv.            Tanbih ‘ala ‘illat
                         v.            Sunah
                       vi.            Ijma’
                      vii.            Qiyas
                    viii.            Tradisi Madinah
                       ix.            Pendapat sahabat
                         x.            Istihsan
                       xi.            Istishab
                      xii.            Sad al-zara’i
                    xiii.            Meraikan khilaf
                    xiv.            Masalah mursalah
                     xv.            Syar’u man qablana
                    xvi.            ‘uruf
                  xvii.            Ra’yu

3)      Imam Syafi’e, Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Utsman bin Syafi’ bin As-Saib bin Ubaid bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Al-Muththalib bin Abdu Manaf. Lahir di Syam (Gaza, Palestin)

Selain Pengembaraan intelektual dan keilmuannya, kehidupan sosial masyarakat dan keadaan zamannya mempengaruhi pemikiran mazhab Imam Syafie, ini terbukti dengan dua kecenderungan mazhabnya dalam qaul qadim dan qaul jadid.
Kehadiran Imam Syafie ke Baghdad pada masa pemerintahan Khalifah al-Amin mengheretnya dalam perdebatan sengit dengan para fuqaha rasional Iraq.
Qaul jadid adalah pendapat beliau selama berada di Mesir, dalam banyak hal ketika di Mesir beliau banyak mengkaji pendapat-pendapat sebelumnya iaitu Qaul Qadim. Pemikiran baru beliau banyak diterjemahkannya dalam kitab al-Umm.
Karakter pemikiran Imam Syafie dalam qaul jadid ini lebih bersifat pengembangan dan pemantapan pemikirannya yang menyeluruh terhadap masalah-masalah furu’. Kitab al-Risalah ditulis di Makkah dan dibuat penambahbaikan yang bersesuaian dengan perkembangan baru di Mesir.

Dasar Pemikiran Fiqhiyah Imam Syafi’e

Al-Quran dan sunnah merupakan sumber syariat Islam. Menurut imam syafie kedudukan sunnah dalam banyak hal menjelaskan dan menafsirkan sesuatu yang tidak jelas di dalam al-quran, merinci perkara yang umum, mengkhususkan perkara yang umum, bahkan sunnah menjelaskan hukum yang tiada dalam al-quran.

Kata Imam Syafie “setiap persoalanan yang timbul ada penyelesaiannya dalan al- Quran”
Menurut Imam Syafie lagi;  al-quran menjelaskan penentuan hukum melalui empat cara;
                       I.            Menerangkan sesuatu hukum dengan nas-nas yang jelas seperti hukum haram zina, dan wajib solat.
                     II.            Hukum yang umum dalam al-quran dikhususkan dalam hadith, contohnya jumlah rakaat solat dan kadar zakat.
                   III.            Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dalam sunnahnya menentukan hukum yang tiada dalam al-quran, selaras dengan perintah al-quran agar mentaati Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, maka hukum yang ditentukan sunnah adalah ketetapan dari al-quran.
                   IV.            Allah mewajibkan hambanya berijtihad.

4)      Imam Hanbali, Ahmad bin Hanbal bin Hilal bin Syaibani (164H-241H) lahir di Baghdad. Mazhab ini juga mendakwa mengikut aliran Salafi tetapi posisi ini tidak diakui oleh sarjana Islam. Aliran Salafi merujuk Mazhab Hanbali sebagai Mazhab Athari. Dasar-dasarnya yang utamanya adalah berpegang kepada :
  1. Al-Qur-an
  2. Hadis marfu'
  3. Fatwa sahabat dan mereka yang lebih dekat dengan al-Quran dan hadis, di antara fatwa yang berlawanan
  4. Hadis mursal
  5. Qiyas
Mazhab Hambali dimulakan oleh pelajar Imam Ahmad bin Hanbal. Mazhab ini kebanyakannya diamalkan oleh masyarakat Islam di Semenanjung Arab terutamanya Hijaz, di pedalaman Oman dan beberapa tempat sepanjang Teluk Parsi dan di beberapa bandar di Asia Tengah. (Wikipedia)

Dasar Pemikiran Fiqhiyah Imam Hanbali

Ulama mazhab Hanbali menyimpulkan ada 10 dasar dalam feqh Hanbali yang terbahagi kepada 5 dasar usul dan 5 dasar furu’.

1)      Nas al-quran dan hadith, nas Ijma’
2)      Fatwa para sahabat r.a
3)      Apabila berlaku khilaf akan memilih yang paling dekat dengan al-quran dan hadith. Jika tiada beliau akan hanya menceritakan khilafnya sahaja tanpa memutuskan hukum.
4)      Hadit-hadith mursal dan dh’aif
5)      Qiyas
6)      Istihsan
7)      Sad al-zarai’ (menutup kemudaratan)
8)      Istishab
9)      Ibtal al-ja’lu
10)   Masalih al-mursalah

Ilmu fekah muncul pada zaman tabi’in abad kedua hijrah. Munculnya Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bin Anas. Imam Abu Hanifah yang berpegang kepada Aliran Al-Ra’yu dalam pemahaman feqhnya menjadi pegangan penduduk Iraq. Manakala Imam Malik yang mendasari Ilmu Hadis dalam pemahaman fikahnya telah menjadi pegangan bagi penduduk Hijaz.

Sejak dari zaman Tabi’in sering berlaku perdebatan antara ahli Hadis dan Ahli ra’yu, dengan kemampuan ahli ra’yu mengatasi ahli hadis dalam setiap perdebatan mereka mampu menjawab segala tohmahan ahli hadis dengan illat-illat hukum. Setelah munculnya Imam Syafie yang menguasai ilmu hadis, usul dan tujuan hukum, beliau dapat menghilangkan penguasaan ahli ra’yu yang mengatasi ahli hadis. Kerana jasanya dalam membela ahli hadis dan ilmu hadis beliau digelar “naasir as-sunnah”.

Pada abad kedua Hijrah munculnya alirah mazhab – mazhab yang diketahui pada waktu itu sebanyak 13 aliran, semuanya dalam manhaj Ahli Sunah Wal Jama’ah. Namun hanya 8 @ 9 aliran mazhab sahaja yang jelas dari segi dasar dan method fiqhiyahnya.

Perkembangan Ilmu Fiqh terbahagi kepada 6 period ( Muhammad Khudari Beik)

1)      Period Risalah Nabi S.A.W – di Makkah dan Madinah
2)      Period Khulafa’ Rasyidin
3)      Period awal pertumbuhan ilmu feqh
4)      Period keemasan, (kecemerlangan ilmu feqh)
5)      Period tahrif,takhrij dan tarjih dalam mazhab feqh.
6)      Period kemunduran / kelemahan feqh

Pada period ke-5 iaitu bermula abad ke empat hingga pertengahan abad ke tujuh, bermulanya kelunturan semangat ijtihad di kalangan ulama feqh. Ijtihad mereka lebih cenderung kepada mazhab dan pemikiran mereka masing-masing, tiada lagi mujtahid mustaqil, ini menyebabkan munculnya sikap ta’asub mazhabi, masing-masing berusaha untuk mempertahankan imam mazhabnya.
Pada period ini munculnya pernyataan bahawa “ pintu ijtihad telah tertutup”.  Mustafa al-Zarqa menyatakan tiga faktor kepada pernyataan tersebut;

1)      Dorongan penguasa kepada qadhi supaya menyelesaikan permasalahan hukum dengan merujuk hanya kepada satu mazhab sahaja.
2)      Munculnya sikap ta’asub mazhabiy mengakibatkan kejumudan dan taqlid tanpa analisis di kalangan murid pengikut imam mazhab.
3)      Pembukuan pendapat mazhab masing-masing untuk dijadikan sebagai rujukan. Sehingga muncul pernyataan haram melakukan “talfiq mazhab” .


Sekian, nota kuliah Prof Madya Ust kamil Majid