Sunday, August 9, 2015




انا لله وإنا إليه راجعون.
Kesedihan bagi ummat.
Allah telah mencabut sebahagian dari ilmu ummat ini..
Sohibul Fadhilah Syeikh Wahbah Al Zuhaili telah menemui penciptanya pada pagi ini 9 Ogos 2015, bersamaan 24 Syawal 1436H.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه..
Moga Pemergianmu diberkati dan ilmu yang ditinggalkan menjadi pedoman ummat ini..

dilahirkan pada tahun 1351H bersamaan 6 Mac 1932M

meninggal pada usia 83 tahun.

Saturday, April 18, 2015

Nota Sejarah Pemikiran Mazhab



Dari segi bahasa arab, Mazhab adalah isim makan  daripada perkataan “zahaba”.” Mazhab” bermakna tempat berpergian, yakni jalan atau al-tariq.

Pada istilah Usul Fiqh, Mazhab ialah kumpulan pendapat mujtahid yang berupa hukun-hukum Islam yang digali dari dalil-dalil syariat yang rinci serta berbagai-bagai-bagai kaedah dan landasan (usul) yang mendasari pendapat tersebut, saling terkait satu sama lain sehingga menjadi satu kesatuan yang utuh (Nahrawi,1994:2351)

Semua Imam sepakat tentang kewajipan merujuk pada al-quran dan al-sunah yang membezakan dasar pemikiran mereka ialah terletak pada kebenaran menyelami sesuatu hukum, mencari tujuan moral dan kemaslahatan yang menjadi sasaran utama disyariatkan sesuatu hukum.

Biografi Ringkas Mazhab Empat

1)      Imam Hanafi, Abu Hanifah al-Nu’man bin thabit bin Zauqi (80H-150H) lahir di Kufah.

Metod Usul yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah banyak bersandarkan kepada ra’yu yakni Pendapat akal selepas al-Quran, al-Hadis, kemudian Qiyas  dan Istihsan.

Imam Abu Hanifah adalah antara Imam yang terawal menulis kitab ilmu Fikah dengan memulakan bab bersuci, solat dan seterusnya bab-bab yang lain. Kemudian diikuti oleh imam yang lain dalam penulisan ilmu ini seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Abu Daud, Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam –Imam Lain. (Wikipedia)

Dasar Pemikiran Fiqhiyah Imam Abu Hanifah

“Saya kembalikan segala persoalan pada kitabullah, saya merujuk kepada sunah Nabi dan apabila saya tidak menemui jawapan pada keduanya saya akan mengambil pendapat para sahabat. Dan tidak beralih pada fatwa selain mereka, apabila masalahnya sampai kepada Ibrahim, Sya’bi, Hasan Ibn Sirin, Atha’ dan Said bin Musayyib ( semuanya Tabi’en) maka saya berhak berijtihad sebagaimana mereka”


2)      Imam Malik bin Anas bin Amir al-Asybahi (93H-179H) lahir di Madinah, terkenal dengan kitabnya al-Muwatha’ beliau mengambil masa selama 40 tahun untuk menyusun dan menunjukkan kepada 70 orang ahli fekah di Madinah untuk meminta pendapat mereka.

Muwatha’ bererti kemudahan atau kesederhanaan. Keistimewaan al-Muwatha’ adalah perincian terhadap setiap persoalan fikah yang diambil dari al-Hadis dan Athar.


Dasar Pemikiran Fiqhiyah Imam Malik

Tiada yang ditulis oleh Imam Malik namun hasil daripada penyimpulan muridnya terdapat 20 dasar dalam mazhab Imam Malik:
                           i.            Al-Quran
                         ii.            Mafhum al-mukhalafah
                        iii.            Mafhum muwafaqah
                       iv.            Tanbih ‘ala ‘illat
                         v.            Sunah
                       vi.            Ijma’
                      vii.            Qiyas
                    viii.            Tradisi Madinah
                       ix.            Pendapat sahabat
                         x.            Istihsan
                       xi.            Istishab
                      xii.            Sad al-zara’i
                    xiii.            Meraikan khilaf
                    xiv.            Masalah mursalah
                     xv.            Syar’u man qablana
                    xvi.            ‘uruf
                  xvii.            Ra’yu

3)      Imam Syafi’e, Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Utsman bin Syafi’ bin As-Saib bin Ubaid bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Al-Muththalib bin Abdu Manaf. Lahir di Syam (Gaza, Palestin)

Selain Pengembaraan intelektual dan keilmuannya, kehidupan sosial masyarakat dan keadaan zamannya mempengaruhi pemikiran mazhab Imam Syafie, ini terbukti dengan dua kecenderungan mazhabnya dalam qaul qadim dan qaul jadid.
Kehadiran Imam Syafie ke Baghdad pada masa pemerintahan Khalifah al-Amin mengheretnya dalam perdebatan sengit dengan para fuqaha rasional Iraq.
Qaul jadid adalah pendapat beliau selama berada di Mesir, dalam banyak hal ketika di Mesir beliau banyak mengkaji pendapat-pendapat sebelumnya iaitu Qaul Qadim. Pemikiran baru beliau banyak diterjemahkannya dalam kitab al-Umm.
Karakter pemikiran Imam Syafie dalam qaul jadid ini lebih bersifat pengembangan dan pemantapan pemikirannya yang menyeluruh terhadap masalah-masalah furu’. Kitab al-Risalah ditulis di Makkah dan dibuat penambahbaikan yang bersesuaian dengan perkembangan baru di Mesir.

Dasar Pemikiran Fiqhiyah Imam Syafi’e

Al-Quran dan sunnah merupakan sumber syariat Islam. Menurut imam syafie kedudukan sunnah dalam banyak hal menjelaskan dan menafsirkan sesuatu yang tidak jelas di dalam al-quran, merinci perkara yang umum, mengkhususkan perkara yang umum, bahkan sunnah menjelaskan hukum yang tiada dalam al-quran.

Kata Imam Syafie “setiap persoalanan yang timbul ada penyelesaiannya dalan al- Quran”
Menurut Imam Syafie lagi;  al-quran menjelaskan penentuan hukum melalui empat cara;
                       I.            Menerangkan sesuatu hukum dengan nas-nas yang jelas seperti hukum haram zina, dan wajib solat.
                     II.            Hukum yang umum dalam al-quran dikhususkan dalam hadith, contohnya jumlah rakaat solat dan kadar zakat.
                   III.            Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dalam sunnahnya menentukan hukum yang tiada dalam al-quran, selaras dengan perintah al-quran agar mentaati Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, maka hukum yang ditentukan sunnah adalah ketetapan dari al-quran.
                   IV.            Allah mewajibkan hambanya berijtihad.

4)      Imam Hanbali, Ahmad bin Hanbal bin Hilal bin Syaibani (164H-241H) lahir di Baghdad. Mazhab ini juga mendakwa mengikut aliran Salafi tetapi posisi ini tidak diakui oleh sarjana Islam. Aliran Salafi merujuk Mazhab Hanbali sebagai Mazhab Athari. Dasar-dasarnya yang utamanya adalah berpegang kepada :
  1. Al-Qur-an
  2. Hadis marfu'
  3. Fatwa sahabat dan mereka yang lebih dekat dengan al-Quran dan hadis, di antara fatwa yang berlawanan
  4. Hadis mursal
  5. Qiyas
Mazhab Hambali dimulakan oleh pelajar Imam Ahmad bin Hanbal. Mazhab ini kebanyakannya diamalkan oleh masyarakat Islam di Semenanjung Arab terutamanya Hijaz, di pedalaman Oman dan beberapa tempat sepanjang Teluk Parsi dan di beberapa bandar di Asia Tengah. (Wikipedia)

Dasar Pemikiran Fiqhiyah Imam Hanbali

Ulama mazhab Hanbali menyimpulkan ada 10 dasar dalam feqh Hanbali yang terbahagi kepada 5 dasar usul dan 5 dasar furu’.

1)      Nas al-quran dan hadith, nas Ijma’
2)      Fatwa para sahabat r.a
3)      Apabila berlaku khilaf akan memilih yang paling dekat dengan al-quran dan hadith. Jika tiada beliau akan hanya menceritakan khilafnya sahaja tanpa memutuskan hukum.
4)      Hadit-hadith mursal dan dh’aif
5)      Qiyas
6)      Istihsan
7)      Sad al-zarai’ (menutup kemudaratan)
8)      Istishab
9)      Ibtal al-ja’lu
10)   Masalih al-mursalah

Ilmu fekah muncul pada zaman tabi’in abad kedua hijrah. Munculnya Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bin Anas. Imam Abu Hanifah yang berpegang kepada Aliran Al-Ra’yu dalam pemahaman feqhnya menjadi pegangan penduduk Iraq. Manakala Imam Malik yang mendasari Ilmu Hadis dalam pemahaman fikahnya telah menjadi pegangan bagi penduduk Hijaz.

Sejak dari zaman Tabi’in sering berlaku perdebatan antara ahli Hadis dan Ahli ra’yu, dengan kemampuan ahli ra’yu mengatasi ahli hadis dalam setiap perdebatan mereka mampu menjawab segala tohmahan ahli hadis dengan illat-illat hukum. Setelah munculnya Imam Syafie yang menguasai ilmu hadis, usul dan tujuan hukum, beliau dapat menghilangkan penguasaan ahli ra’yu yang mengatasi ahli hadis. Kerana jasanya dalam membela ahli hadis dan ilmu hadis beliau digelar “naasir as-sunnah”.

Pada abad kedua Hijrah munculnya alirah mazhab – mazhab yang diketahui pada waktu itu sebanyak 13 aliran, semuanya dalam manhaj Ahli Sunah Wal Jama’ah. Namun hanya 8 @ 9 aliran mazhab sahaja yang jelas dari segi dasar dan method fiqhiyahnya.

Perkembangan Ilmu Fiqh terbahagi kepada 6 period ( Muhammad Khudari Beik)

1)      Period Risalah Nabi S.A.W – di Makkah dan Madinah
2)      Period Khulafa’ Rasyidin
3)      Period awal pertumbuhan ilmu feqh
4)      Period keemasan, (kecemerlangan ilmu feqh)
5)      Period tahrif,takhrij dan tarjih dalam mazhab feqh.
6)      Period kemunduran / kelemahan feqh

Pada period ke-5 iaitu bermula abad ke empat hingga pertengahan abad ke tujuh, bermulanya kelunturan semangat ijtihad di kalangan ulama feqh. Ijtihad mereka lebih cenderung kepada mazhab dan pemikiran mereka masing-masing, tiada lagi mujtahid mustaqil, ini menyebabkan munculnya sikap ta’asub mazhabi, masing-masing berusaha untuk mempertahankan imam mazhabnya.
Pada period ini munculnya pernyataan bahawa “ pintu ijtihad telah tertutup”.  Mustafa al-Zarqa menyatakan tiga faktor kepada pernyataan tersebut;

1)      Dorongan penguasa kepada qadhi supaya menyelesaikan permasalahan hukum dengan merujuk hanya kepada satu mazhab sahaja.
2)      Munculnya sikap ta’asub mazhabiy mengakibatkan kejumudan dan taqlid tanpa analisis di kalangan murid pengikut imam mazhab.
3)      Pembukuan pendapat mazhab masing-masing untuk dijadikan sebagai rujukan. Sehingga muncul pernyataan haram melakukan “talfiq mazhab” .


Sekian, nota kuliah Prof Madya Ust kamil Majid

Monday, June 2, 2014

KENAPA TAKUT KEPADA HUDUD? IANYA ADALAH PENGAJARAN BAGI PESALAH BUKAN PENGANIAYAAN


بسم الله الرحمان الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله

Salam sejahtera kepada anda semua, kita mencari manfaat bukan mudarat, kita mencari keadilan bukan kezaliman, kita mencari yang hak, bukan kebatilan.

Hudud adalah satu hukuman yang Allah ( tuhan bagi orang Islam ) turunkan untuk dilaksanakan oleh hambanya iaitu semua manusia. Allah menciptakan manusia bukan untuk disia-siakan, bukan untuk dianiaya. Allah mencipta manusia untuk berkhidmat di atas bumi ini, mentadbir bumi ini dengan sebaiknya. Allah bagi peluang supaya kita dapat hidup dengan baik sementara menyediakan diri untuk hidup dialam akhirat.

Setelah Allah ciptakan manusia dan bumi ini, Allah beri ilmu untuk mentadbir, dan Allah beri panduan iaitu al-quran. Allah melarang penganiayaan, kelakuan yang buruk, penindasan, dari sekecil kecil perkara (contohnya niat untuk melakukan kejahatan) hinggalah sebesar besarnya (membunuh merompak dan sebagainya).

Semua ini kerana Allah sayangkan hambanya, untuk menghindarkan dari berlakunya kerosakan yang dibuat oleh tangan manusia di atas bumi ini, maka  Allah sediakan peraturan, undang-undang ataupun hukuman yang dinamakan Hudud.

“Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan”. ….(al-quran, surah al-baqarah-213)

Melaksanakan hukuman hudud bererti menyebarkan kasih sayang, sayangnya Allah kepada hambanya maka Allah turunkan hukuman yang memelihara mereka daripada kejahatan, ketakutan, kerosakan dan sebagainya, inilah Rahmat Allah.

Ramai dikalangan masyarakat yang masih mengangap apabila hudud dilaksanakan  akan banyak hukuman bunuh, potong tangan, penderaan,azab dan sebagainya gambaran buruk yang di war-warkan, bahkan ianya diwar-warkan oleh orang Islam yang memburukkan agama sendiri. Apatah lagi mereka yang tidak beragama Islam dan mereka tidak tahu.

Sebenarnya hukuman hudud adalah untuk memelihara manusia daripada segala kejahatan dan penganiayaan, jika kita teliti dari pelaksanaan hukuman hudud kepada pesalah-pesalah zina, merompak, mencuri, menuduh orang berzina dan lainnya, ianya adalah untuk menghalang kejahatan tersebut berleluasa. Dan sememangnya perlakuan buruk ini akan mengakibatkan tekanan perasaan kepada mangsa, kerugian, kepapaan, bahkan hingga membawa kepada pembunuhan dan pergaduhan yang berlarutan. Syariat Islam menyatakan tujuan hukuman ini adalah untuk memelihara semua perkara, iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda setiap manusia.

Imam al-Ghazali menerangkan tujuan asal yang amat perlu dalam pensyariatan bagi menjaga maslahat manusia, berdasarkan urutannya :

“Maslahah yang lima ini memeliharanya terletak di dalam tahap dharuri (necessary). Iaitu yang paling kuat dalam maslahah. Contohnya, syarak menetapkan orang kafir yang menyesatkan orang lain dibunuh, demikian juga penganut bid’ah yang mengajak orang lain kepada bid’ahnya kerana ia merosakkan agamanya kepada masyarakat. 
Selain itu, syarak menetapkan wajib qisas terhadap pembunuhan untuk memelihara nyawa, mewajibkan hukuman had kepada orang yang meminum arak bagi menjaga akal, kerana akal itu sendi pentaklifan, mewajibkan hukuman zina bagi menjaga keturunan dan wajib mendera pembongkar kuburan dan pencuri kerana dengannya terpelihara harta yang menjadi hajat hidup manusia sedangkan mereka memerlukannya”.

Hukuman yang dilaksanakan, sudah semestinya adil dan kena pada hikmahnya; bagi yang mencuri dipotong tangannya, bukan semata-mata mencuri terus dipotong tangannya, ada had dan kadar bagi menentukan samada boleh atau tidak dijatuhi hukuman potong tangan. Pencuri itu hanya akan dipotong tangan apabila memenuhi nishab pencurian, yaitu ¼ (satu per empat) dinar atau 3 (tiga) dirham menurut jumhur ulama dari kalangan ahli hijaaz, ahli hadits, dan selain mereka seperti Malik, Asy-Syafi’i, dan Ahmad. Sebahagian mereka ada yang mengatakan (bahwa nishab pencurian itu) adalah 1 (satu) dinar atau 10 (sepuluh) dirham. Barangsiapa yang mencuri senilai satu nishab, maka dipotong tangannya berdasarkan kesepakatan.

Pernah berlaku pada zaman Khalifah Umar Ibn Khattab hamba-hamba milik Hathib bin Abi Balta’ah mencuri seekor unta kepunyaan jirannya, kemudian menyembelihnya. Umar bin Khattab menerima pengaduan tetapi tidak segera menjatuhkan hukuman melainkan lebih dahulu bertanya kepada hamba itu tentang sebab-musabab mengapa sampai mencuri. Ternyata mereka benar-benar terpaksa untuk mengisi perut karena tidak diberi makanan yang cukup oleh majikannya. Umar benar-benar marah, Hathib segera dipanggil dan dipaksa untuk mengganti unta yang dicuri budak-budaknya. Sementara budak-budak itu sendiri ia bebaskan dari hukuman.

Ini menunjukkan bahwa dalam pelaksanaan hukumman hudud melihat pelbagai konteks atau keadaannya. Setiap keputusan hukum memiliki apa yg disebut sbg ‘illat (sebab dan logik tentang kenapa hukum itu ditetapkan). Jadi kalau tidak memenuhi syarat maka hukum itu tidak boleh dijalankan.
Isu hudud ini janganlah kita hanya melihat dari pandangan zahir perlakuan hukum tersebut, lihat dari sisi hikmahnya. Sudah saya katakan diatas tadi, hukum yang Allah sediakan kepada kita bukan untuk menganiaya dan mensia-siakan hidup manusia diatas muka bumi ini, bahkan untuk memelihara dan menjaga maruah juga kestabilan dan keamanan hidup manusia.
Jika dilihat dari sudut keberkesanan, hukuman syariah akan memberi pengajaran sepanjang masa, dan masyarakat akan berasa takut untuk melakukan jenayah apabila melihat keadaan pesalah. Pesalah pula tidak akan melakukannya lagi kerana jika dilakukan lagi hukuman yang sama akan dikenakan.

Ada pun hukuman selain hukuman syariah, ianya tidak akan meninggalkan kesan yang mendalam, dan keinsafan dalam diri pelaku jenayah. Bahkan ianya dilaksanakan dalam keadaan tertutup, tidak memberi pengajaran kepada orang lain. Mudarat akan bertambah, pesalah akan kembali melakukannya kerana, tiada rasa gerun dan takut dengan hukuman yang diterima.

Tidak hairan lah saban hari jenayah semakin bertambah, gejala social semakin berleluasa. Kita hendak membendung atau kita lebih suka mengendung masalah.


Abuafnan

18/5/14

Wednesday, May 7, 2014

لا إله إلا الله KUNCI SYURGA

بسم الله الرمان الرحيم
 الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله

 لا إله إلا الله KUNCI SYURGA 

Setiap manusia mengimpikan syurga. Syurga yang digambarkan sebagai tempat yang indah, pepohonan yang rimbun, tiada kesibukan dan hiruk pikuk, tempat untuk berehat dengan tenang dan damai, makanan yang lazat dan enak disediakan, tidak perlu memasak, mengemas dan membasuh, segala-galanya disediakan, kita hanya menikmatinya tanpa ada gangguan walaupun dari seekor nyamuk. Seolah-olah kita sedang berada dalam sebuah istana di sebuah pulau yang indah dan cantik, Itu hanya gambaran jika kita dapat kecapinya di dunia ini. 

"Adakah (kamu fikir), Bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang Dalam nikmat-nikmat Yang ada di dunia ini? - "Di Dalam taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir), "Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) Yang buah mayangnya Halus lembut? "Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - Dengan bijak dan bersungguh-sungguh? "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan Taatlah kepadaku; "Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang Yang melampaui batas, - "Iaitu orang-orang Yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan". (al-Syua’raa’-146-152) 

Bahkan lebih lagi yang Allah janjikan pada kehidupan yang akan datang, usah dibayang atau diangankan, seperti mana yang akan kita perolehi di syurga Allah itu. Cukuplah dengan janji Allah dalam hadis al-qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; Daripada Abu Hurairah R.A, Allah Subhanahu Wata’ala berkata; aku sediakan bagi hambaku yang salih, apa yang tidak penah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah terlintas dihati manusia…(Sahih Bukhari ms/no 3244) 

Bagaimana kita hendak mendapat syurga Allah itu? Setiap pintu ada kuncinya, dan pintu-pintu syurga Allah itu kuncinya ialah kalimah لا إله إلا الله.Tiada tuhan yang disembah selain Allah, kalimah yang pasti ada pada bibir setiap insan yang mengaku bahawa dirinya Islam. Adakah mungkin kita masuk syurga dengan hanya mengucap syahadah ini, sedangkan kita melakukan kerosakan di muka bumi, melakukan maksiat dan sebagainya?. 

Marilah kita teliti pengertian daripada kalimah yang mulia ini. Tidakkah kita bersaksikan bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah? apabila mengakui bahawa Allah sahaja tuhan kita, hanya kepadaNya tunduk dan patuh kita, maka sebagai hambanya apakah hak yang perlu kita tunaikan?. Cuba fahami kalimah ini. Tidakkah ia memberi makna; ya Allah aku beriman kepadaMu, aku patuh kepadaMu, aku hanya meminta padaMu, mengharap hanya padaMu, aku berserah hanya kepadaMu dalam hidup dan matiku, aku takut pada kemurkaanMu, aku tinggalkan segala laranganMu, aku tidak mahu dihumbankan ke NerakaMu, , tiada lain yang aku sembah hanya padaMu. لا إله إلا الله kalimah yang memelihara diri seorang muslim agar tidak terpesong dari landasan syariat yang Allah –sebagai tuan kita- tentukan. 

Apabila seorang muslim itu menyaksikan dengan kalimah ini bahawa dia menerima Allah sebagai tuhannya, maka segala perbuatan dan tingkah laku dalam perjalanan hidupnya tertakluk kepada perintah Allah, serta yakin dengan Allah Subhanahu Wata’ala. Apabila seseorang hamba menyerahkan dirinya dipertuankan, selayaknya sebagai hamba setiap gerak-geri dan perbuatannya, bahkan nalurinya terletak pada keizinan dan keredaan tuannya, begitulah hakikatnya kita sebagai hamba kepada Allah. 

Bermula dari diutusnya nabi Adam alaihi salam sehinggalah kepada rasul terakhir, iaitu nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seruan لا إله إلا الله adalah syariat yang dibawa oleh para Nabi ‘alaihim as-salatuwassaslam, seruan kepada umat manusia untuk mengesakan Allah taala, dan memperbaiki akhlak umat agar sentiasa dalam ketamadunan yang memiliki kekuatan rohani dan maddiyah. Dengan keadaan ini barulah mereka dapat menjadi khalifah yang memimpin bumi menjalankan amanah Allah dengan baik. 

Kisah Umar al-Mukhtar seorang Mujahid merupakan satu contoh terbaik dalam penyaksian kepada Allah sebagai seorang Muslim yang berpegang dengan syahadah لا إله إلا الله. Beliau syahid dihukum bunuh oleh pemerintah Itali kerana memimpin tentera mujahidin melawan pemerintah Itali, dalam penghakiman terhadapnya, pihak hakim telah membuat tawaran pengampunan dengan syarat beliau menulis surat kepada tentera mujahidin supaya menghentikan peperangan menentang pemerintah Itali. Namun Umar al-Mukhtar menolak dengan kata-katanya,” Telunjuk yang menyaksikan tiada tuhan selain Allah dalam solat tidak akan menulis kebatilan”, Umar al-Mukhtar akhirnya ditembak di tali gantung. Sudah pasti dengan لا إله إلا الله beliau syahid dan mendapat syurga Allah. 

Kalimah ini bukan hanya untuk mengesahkan akidah yang ditutur dibibir dan diakui dengan hati sahaja, bahkan ianya perlu kepada penghayatan yang disertai bersama dengan amalan.Agar erti kalimah itu hidup bersama seorang mukmin. Sempurnalah ucapan beserta penghayatan yang akan membawa kejayaan kepada seorang muslim di dunia dan akhirat. Penyaksian kita kepada hakikat sebenar pengabdian kepada Allah dalam kalimah syahadah ini sebagaimana yang kita sering ucapkan setiap kali menunaikan solat.

 قُلْ إِن صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِ الْعَالَمِينَ ﴿الأنعام: ١٦٢ 

katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". 

Allah subhanahuwata’ala telah mengutus Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam untuk memandu manusia dan seluruh alam ini kepada kehidupan berlandaskan penyaksian syahadah, berpandukan kitab Alquran yang diturunkan.Begitu juga para Nabi sebelum Rasulullah mereka diutuskan kepada kaum mereka untuk memperbaiki keadaan akhlak mereka supaya kembali kepada akhlak Islam dan menyembah Allah yang Esa. 

Justeru melihat kepada reality hari ini, ramai umat Islam yang menuturkan syahadah, namun amanah Allah tidak terlaksana sepenuhnya, bahkan ada sebahagian dengan jelas mengkhianatinya.Mereka tidak menghayati erti sebenar kalimah yang diucapkan, kalimah syahadah diucapkan sekadar memenuhi tuntutan syariat akidah semata, tidak dalam keseluruhan kehidupan mereka. 

Tidakkah kita sedar bahawa kehidupan dunia hanya sementara, dan akhiratlah yang kekal abadi, maka لا إله إلا الله yang kita ucapkan dan amalkan dengan pengertian yang sebenarnya akan dapat membawa kita kepada syurga yang kekal abadi di akhirat. 

 “ Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi Segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan Dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan Sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan Yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat). (al-Ankabut-64) 

Asas kehidupan manusia di dunia ini tertumpu pada, Iktikad, Pemikiran, Akhlak dan perilakunya, Persepsi dan tindakan, Hubungan dengan Allah, diri sendiri dan masyarakat, Hubungan dengan semua makhluk dan alam sekeliling, Politik, Ekonomi, Pendidikan dan kesenian, Dan setiap perkara berkaitan kehidupan. 

Kesemua asas kehidupan ini pada hakikatnya mempunyai kaitan dengan syahadah yang kita lafazkan dalam penyaksian perhambaan kepada Allah taala .لا إله إلا الله Kehidupan berteraskan لا إله إلا الله yang akhirnya akan menentukan kepada kehidupan dialam akan datang, adakah kepada nikmat syurga ataupun azab neraka. Sudah tentu jika ia didasari oleh pergantungan kepada Allah maka syurgalah tempatnya, sebaliknya jika didasari hawa nafsu dan keseronokan dunia, na’uzubillahi min zaalik, nerakalah tempatnya. 

Allahu a’lam 

Abuafnan 
29/4/14

Monday, April 7, 2014

Perbahasan Parlimen Isu Pelaksanaan Hudud

http://rmf7.wordpress.com/2014/04/03/dari-parlimen-video-perdebatan-isu-hudud-di-dewan-rakyat-sokongan-penuh-dari-ahli-parlimen-umno/

Tidak perlu diragukan lagi dan tidak perlu dibahaskan lagi, yang penting sekarang adalah usaha ke arah pelaksanaan.

Sunday, March 2, 2014

Gundah gulana...maybe

Dimanakah ada ketenangan,???......

Jalannya masih kabur, bagai meniti di tepian sungai, kesejukannya diliputi kabus tidak nampak bayang seberang.

Hari demi hari kabusnya makin tebal, terlalu sejukkah atau...sudah beku.

Manusia....huh...tetap dengan perangainya. Tidak berubah, dibiasakan makin angkuh menabur cacian, makian, leteran.

Ya...salahnya orang, betulnya dia....

"Anak kecil main api, terbakar tangannya sendiri"...dewasa memetik api tunggu mangsa untuk dibakar. Mungkin sesuai bagi versi ini..

Akal itu anugerah Ilahi bagi menakhoda bahtera kehidupan. Akal itu ada had gunanya, tanpa syariat yang mengawal tersesat nanti di penghujung dunia.

Sunday, October 13, 2013

Tuntutan COMANGO

Pada 24/10/2013 puak2 liberalis sekularis totok Malaysia atas nama COMANGO akan mengemukakan tuntutan-tuntutan melampau mereka dalam sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland. Di antara tuntutan-tntutan adalah spt berikut:

i. Perenggan 1: KEBEBASAN MURTAD: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Contoh unsur berbahaya yang terkandung di dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu  berhubung hak kebebasan beragama. Lihat komentar berikut: “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”.

ii. Perenggan 6.8 : MEMAKSAKAN TAFSIRAN RACISM MNURUT SEKULAR LIBERAL BARAT: Menuntut Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang didakwa “menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik”. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambilkira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. 

iii. Perenggan 6.1.1 & 6.1.2: MENGHALALKAN SEKS SONGSANG: Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons).

iv. Perenggan 6.2 : MENGHAPUSKAN KEISTIMEWAAN MELAYU: mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman.

v. Perenggan 9 : MENGHAPUSKAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH: mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.

vi. Perenggan 10 : MEMPERTAHANKAN DAKYAH AGAMA LAIN & PENYEBARAN SYIAH ATAS NAMA KEBEBASAN BERAGAMA. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia.

Justeru, selaku insan muslim yg ghirah terhadap agamanya & ummatnya, maka adalah seorang yg dayyus sekiranya tiada langsung di dalam hati rasa gusar & bimbang terhadap tuntutan-tuntutan melampau pihak liberalis & sekularis totok ini yg cuba melobi tuntutan mereka hingga ke luar negara. Utk itu, marilah kita sama2 menyokong usaha MuslimUPRo yg akan bertindak sebagai pemantau, pemerhati & pendesak kpd kerajaan Malaysia agar menolak & tidak tunduk terhadap tuntutan pihak berkenaan. Sila like  https://www.facebook.com/muslimupro

Tuesday, February 19, 2013

JOM INGAT ALLAH

ALHAMDULILLAH pagi ini kita bangun dengan sendiri, bukannya dikejutkan oleh malaikat maut.

ALHAMDULILLAH pagi ini kita mandi dengan sendirinya, bukan orang lain memandikan kita.

ALHAMDULILLAH pagi ini kita solat subuh berjemaah, bukannya ada jemaah yang menyembahyangkan kita.

ALHAMDULILLAH pagi ini kita berjalan dengan sendiri, bukannya diusung dalam keranda.

ALHAMDULILLAH pagi ini kita dapat menyedut nafas merasai nikmat kehidupan, bukannya malaikat maut yang mencabut nyawa kita.

ALHAMDULILLAH A'LA KULLI NI'MAH. YA ALLAH JADIKAN KAMI HAMBAMU YANG TETAP BERSYUKUR ATAS NI'MAT YANG ENGKAU KURNIAKAN. JANGAN ENGKAU AMBILNYA SEMULA DALAM KEADAAN KAMI LALAI, LUPA, DAN DALAM KEADAAN MELAKUKAN MAKSIAT DAN KEJAHATAN. AMPUNILAH DOSA KAMI DIHARI INI, JAUHI KAMI DARI SEGALA KEBURUKAN, MAKSIAT DAN KEJAHATAN MANUSIA...AMIN YA RABBAL A'LAMIN.

ﺳﻴﺮﻭﺍ ﻋﻠﻰ ﺑﺮﻛﺔ ﺍﻟﻠﻪ

Saturday, February 16, 2013

Cinta، Kasih dan Sayang.

Cinta، Kasih dan Sayang.

Cintai dia kekal bersamanya
Kasihkan dia rindu selalu.
Sayang dia berpisah tiada.

Bila cinta berputik tiada diendah emas permata.
Bila kasih berbuah tiada dihirau harga diri.
Bila sayang meranum tiada didunia rasa bertapak.

Cintakan harta susut nilai hilanglah ia.
Cintakan dunia mati kita hilanglah ia.
Cintakan manusia binasa ia binasalah cinta.

Kasih beli tak masuk ke hati,
Kasih dihati bawa ke mimpi,
Kasih sejati bawa ke mati,

Sayang dimulut dihati tidak,
Sayang dihati tampak disifat,
Sayang seribu kali sayang,
Indahnya bahasa buatnya tidak.

Cintakan mauta alfalah kita
Kasihkan hawa dihanyut dunia
Sayangkan fana binasa jiwa

Tinta emas kuajak menari
Melakar erti budi pekerti
Siang hari taburlah budi
Malam nanti sujudlah pada ilahi.

Wednesday, January 30, 2013

Nilai Tawadhuk

WALAU KITA ULAMA, USTAZ, TUAN GURU, KITA TIDAK PERNAH MELAKUKAN MAKSIAT, TIDAK PERNAH MENINGGALKAN KEWAJIPAN SEBAGAI SEORANG ISLAM, KITA SAMA SEKALI TIADA HAK UNTUK MENENTUKAN KITA AKAN MATI DALAM ISLAM. ALLAH YANG AKAN TENTUKAN. (DR AIDID)

Thursday, January 17, 2013

Adakah Sinar

Apakah esok masih ada sinar gemilang atau mendung mengundang rintis hujan, membawa petir ditiup taufan mengepak dedaunan bagai sang helang nampak mangsa dikala kelaparan, kukira hujan datangkan rahmat dengan titisan lembut bagaikan salju ditiup angin sepoi bahasa, tiada terduga kekerasan hujan bebatuan membawa luka, tiupan keras melukakan hati membawa lara membadai jiwa. Apakan daya kupohon rahmat bala yang tiba, kuasa allah tiada terduga dosanya orang kita terasa, pedihnya luka sakitnya jiwa.

Friday, January 4, 2013

HITUNG DIRI

Jika kita hitung diri kita hanya sebagai manusia biasa..buatlah apa yang kita suka, tapi sekiranya kita adalah manusia yang mempunyai jiwa yang lahir dengan didikan agama Islam, berilmu, menuruti perintah Allah dan Rasulullah, perlu kita hayati..kebaikan walau datangnya dari musuh ianya tetap baik, keburukan walau dari diri sendiri ianya tetap buruk. walau berbeza fikrah dan mazhab. Kita menyembah Allah yang esa, kitab yang satu, rasul yang satu, kiblat yang satu, agama yang satu.

kita manusia tiada maksumnya,
kita hina takwa pembedanya,
kita hamba Allah pemiliknya,
kita pengikut Muhammad Rasulullah pemimpinnya.

Tuesday, December 18, 2012

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﻧﺼﺮ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﻭﺍﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ

Info Paling Terkini : Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang , dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Tmn Ria apabila motosikal di bakar di depan masjid , seterusnya melarat ke Tmn Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang , Sg Petani Kedah .. mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka ya
ng terlalu bertindak agresif.Sekaran­--g di Sg Petani,Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock .. ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid , bakar masjid & Surau serta mangsa dari Orang Islam yang di campak ke dalam longkang setelah di belasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan o
rang2 Islam di situ..perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU .. harap semua pejuang-pejuang­-- 30 dalam mood "Standby" kerana   sahaja boleh berlaku..buat masa sekarang biarkan pihak polis & Fru jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang...kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & merbahayakan nyawa orang2 Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita & kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain...yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu,mood standby & jangan terlalu bertindak membabi buta..tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga ,BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku..umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut perasaan..

Wednesday, December 12, 2012

untitled

rintis hujan di malam kelam,
ungas menangis dalam kebasahan,
berbumbungkan langit bermalamkan suram,
anak menangis minta didodoikan.

semalam telah ku harungi,
suka duka pahit manis mainan diri.,
hari ini gembira, tertawa, kurniaan ilahi,
esok apakah jua keadaannya belum pasti,
adakah sinar?, adakah cahaya?, menghias diri.

pepohon menunduk diberati dedaunan,
manusia menunduk diberati bebanan,
alahkan susah tak mahu berjuang,
takutkan kalah akibatnya tak menang.

jika ditimbang jika ditara,
buatan manusia tiada bisanya,
kuasa allah jua penawarnya,
jangan diragu kuasa yang esa.

Tuesday, October 11, 2011

Jangan bergaduh buat elok-elok , pakat elok-elok.

Hudud hukum Islam .........setiap Islam perlu berusaha untuk melaksanakannya.....

hudud adalah hukum Allah secara menyeluruh, bukan sahaja hukum mencuri potong tangan, bunuh dibunuh balas, berzina direjam dan disula dan sebagainya yg dipahami kebanyakan muslim hari ni....


 

Kalau kita terus memomokkan itu sahaja hukum hudud nescaya orang ramai yang muslim akan lari dari melaksanakannya, dan bukan muslim tidak akan suka kepada Islam dan mereka akan menjauhkan diri dari islam, satu kerugian kepada Islam..tanggapan mereka bahawa Islam itu ganas akan menjadi benar dengan mmomokan begitu.


 

Pada hari ini Mahkamah syariah telah menjalankan sebahagian daripada hukum yang ditetapkan oleh Allah iaitu hukum hudud, ianya meliputi keseluruhan kehidupan muslim. Buat masa sekarang ana tak kata ia tak boleh dilaksanakan. Tapi kita boleh laksanakannya secara berperingkat. Apa yang nak dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan Alhamdulillah satu usaha yang baik, namun jangan hanya dijadikan sebagai momokan politik ..buat saja takyah bising...kalau kita bising, sekarang orang cina dan india menolak, sedangkan mereka TIADA hak nak tolak itu sudah dikira menolak perlembagaan negara yang mengatakan Islam agama persekutuan. Akan tetapi kita sendiri yang tak reti, kita yang membuka ruang utk diperdebatkan..kita yg membuka ruang untuk mereka campur tangan dalam urusan agama yang menjadi perlembagaan Negara.


 

Kita sebagai bangsa yang mempunyai kuasa majoriti dan memerintah Negara yang perlembagaanya menyebut "islam sebagai Agama Persekutuan" kita boleh laksanakannya secara berperingkat dan laksanakannya dalam mahkamah syariah jangan bising-bising, berpakat elok2 wahai orang islam...kalau bangsa melayu Islam dalam parti pas dan umno pakat elok2 utk laksanakan melalui mahkamah syariah secara berperingkat, masyaAllah tiada akan berlaku kekalutan sebegini....


 

Islam akan terbela Agama Islam bukan untuk diperdebat dan dibuat modal politik oleh mana-mana pihak tetapi ianya untuk dilaksanakan oleh setiap orang Islam. Ana rasa sedih dengan orang Islam di malaysia ni...depa hidup tidak berlandaskan penyatuan dalam Islam yang dibawa oleh Rasulullah dan di perintahkan Oleh Allah, mereka lebih suka bergaduh dan mengatakan hanya pihaknya saja yang benar.


 

Olahan daripada Jawapanku kepada sahabatku yang bertanya tentang kemelut hudud semasa.

..Abuafnan.

Monday, December 20, 2010

TAQRIR MAZHAB AL-SALAF DALAM KITAB ASAS AL-TAQDIS KARYA AL-IMAM FAKHR AL-DIN AL-RAZI : SATU ANALISA.

Oleh : Ramzi Ramli

Abstrak

Salafus soleh ialah ulama Islam yang hidup pada tiga kurun yang pertama. Mereka yang dimaksudkan oleh Nabi S.A.W dalam sabdanya yang bermaksud; “kurun yang terbaik ialah kurunku, kemudian kurun selepas kurunku, kemudian kurun yang selepas itu”.
Zaman salafus soleh ini merupakan zaman kegemilangan Islam dan ilmunya. Mereka mendapat didikan terus daripada rasulullah, sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in. sudah semestinya tidak banyak keraguan dan penyelewengan ilmu berlaku pada ketika itu disebabkan mereka bergantung penuh kepada nas-nas yang asal dari al-Quran dan Hadith serta pendapat dan pandangan para sahabat radiallahu anhum.
Namun selepas zaman salafus soleh timbulnya beberapa kumpulan yang mula menggunakan ilmu khususnya al-Quran dan Hadith untuk kepentingan dan kemaslahatan mazhab dan pegangan mereka. Antaranya golongan yang dipanggil karamiah, mujassimah dan sebagainya.

Bagi mengembalikan kemurnian ilmu Islam kepada tempatnya yang asal para ulama mutaakhirin seperti al-Razi, telah cuba mengembalikan kefahaman yang salah terhadap ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Quran. Nu'aim B. Hammad, guru kepada imam al-Bukhari, beliau berkata:

“Sesiapa yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, maka ia telah kafir. Sesiapa yang mengingkari apa-apa yang disifatkan oleh Allah untuk diri-Nya, sesungguhnya dia telah kafir. Tidak ada tasybih (penyerupaan) pada apa yang telah disifatkan Allah untuk diri-Nya dan juga oleh Rasul-Nya. Maka sesiapa yang menetapkan bagi Allah Ta'ala apa-apa yang telah diterangkan melalui ayat-ayat-Nya yang jelas dan khabar-khabar (hadis) Nabi-Nya yang sahih bertepatan dengan kebesaran/kemuliaan Allah dan menafikan dari-Nya segala kekurangan, maka sesungguhnya ia telah menempuh jalan petunjuk”.

1.0 Pendahuluan

Kajian ini akan melihat perbahasan al-Razi mengenai mazhab salafus soleh dalam kitabnya Asas al-Taqdis dalam membincangkan mengenai ayat-ayat mutasyabihat dan ayat-ayat muhkamat dalam al-Quran.

2.0 Riwayat hidup ringkas Imam Fakhr al-Din al-Razi.


Abu Abdullah Muhammad bin Umar bin al-Hasan bin al-Husain bin Ali al-Taimi al-Bakri. ( dari kalangan bani Taim, suku kaum Quraish, bertemu nasab dengan Abu Bakar Siddiq.

Beliau dilahirkan di al-Rayy, dan berketurunan Quraish. Beliau berasal daripada Tabrastan kemudia berhijrah ke Khawarizm dan Negeri di Seberang Sungai dan Khurasan. Dikenali dengan Fakhr al-Din al-Razi atau Ibn Khatib al-Rayy. Beliau merupakan imam ahli tafsir dan bermazhab Syafie, menguasai pelbagai bidang ‘ilmu. Penulisan dan kajiannya terdapat dalam ilmu psikologi, bahasa, dan pemikiran, dan dalam bidang sains seperti ilmu fizik, matematik, perubatan, dan falak. Ramai yang menjadikan buku-hasil tulisannya sebagai bahan pengajian dan rujukan. Dan beliau mahir berbahasa farsi.

Beliau berpegang dengan Mazhab Asya ‘irah dan menolak pandangan Falsafah dan Muktazilah, dan dikatakan beliau akan diiringi oleh tiga ratus muridnya yang terdiri daripada fuqaha’ ketika beliau menaiki kenderaan. Beliau digelar sebagai Syaikh al-Islam.

2.1 KELAHIRAN

Beliau dilahirkan di bandar al-Rayy pada tahun 543 Hijrah bersamaan 1148 Masihi. Bapanya al-Imam Dhiya’ al-Din ‘Umar bin al-Hasan adalah seorang ‘Ulama Fekah yang mengkaji tentang perbezaan pendapat dalam ilmu Fiqh dan Usul Fiqh dan mempunyai banyak karya-karya dalam bidang Usul dan sebagainya.

Imam al-Razi belajar ilmu bahasa dan agama daripada ayahnya, dan belajar ilmu pemikiran daripada Majd al-Daulah al-Jily di bandar Maraghah (sebuah kampung di Azerbaijan). Imam al-Razi telah melahirkan ramai murid dan menjadi ‘ulama besar antaranya Zainuddin al-Kisyi, dan Syihabuddin al-Misri.
Beliau seorang yang amat teliti dalam kajiannya, mempunyai akal yang pintar dan cerdas, baik pertuturannya, teliti dalam bidang yang berkaitan perubatan, pakar dalam bidang sastera, mahir dalam bahasa arab dan farsi, mempunyai syair tersendiri dalam kedua-dua bahasa. Penuntut-penuntut ilmu dari pelbagai pelosok negeri datang untuk belajar dan mendengar majlis ilmu beliau, setiap negeri yang dilawatinya akan diadakan majlis ilmu yang dihadiri oleh murid-muridnya yang terbaik dari kalangan ulama’, para pemimpin, pembesar, dan orang awam.

2.2 KERANGKA PEMIKIRAN AL-RAZI

Walaupun banyak membayangi al-Ghazali, al-Razi mempunyai keasliannya tersendiri yang akhirnya banyak mempengaruhi kerangka Kalam mutakallimun terkemudian seperti al-Taftazani dan al-Jurjani. Secara ringkas, al-Razi merupakan tokoh ilmuwan ilmu Kalam aliran Asha’irah yang telah menyumbang ke arah perkembangan ilmu ini terutama dari segi penghalusan penghujahan akliahnya. Bersama-sama al-Ghazali, beliau seperti yang digambarkan oleh Ibn Khaldun sebagai tokoh ilmuwan mutakhkhirin yang telah membawa aliran baru dalam ilmu Kalam dengan penggunaan hujah-hujah logika yang lebih mantap. Selain Ilmu Kalam, beliau juga menguasai pelbagai bidang ilmu seperti, falsafah, logik, fizik, perubatan, astronomi dan fiqh. Ibn Khallikan merakamkan kehebatan al-Razi dalam membahaskan isu-isu falsafah dengan mengatakan bahawa beliau merupakan “wibawa ilmu terunggul pada zamannya dan mengatasi kesemua tokoh-tokoh ilmuwan sezamannya dalam bidang ilmu Kalam, metafizik dan falsafah.” Kerana kehebatan beliau ini juga al-Razi dianggap oleh sebilangan sejarawan sebagai mujaddid abad kedua belas. Perlu dinyatakan bahawa walaupun menguasai falsafah, beliau juga mempunyai sikap yang begitu kritis terhadap aliran falsafah yang dibawa oleh ahli-ahli falsafah Islam terdahulu. Ini dapat dilihat misalnya melalui kritikan keras dalam karya sharahan beliau terhadap pandangan-pandangan Ibn Sina seperti Sharh ‘Uyun al-Hikmah, Mabahith al-Mashriqiyyah dan Muhassal.

Dalam kerangka pemikiran Kalam al-Razi, secara khusus kita dapat melihat bahawa kepentingan asas-asas akliyah ini diterjemahkan dalam pemikiran kalam menerusi aspek-aspek berikut:

i. Keutamaan Dalil Akal.
ii. Pendekatan Ta’wil dalam memahami Ayat-Ayat Mutashabihat.
iii. Penekanan Dalil Akli dalam membuktikan keesaan Tuhan.
iv. Pengenalan Faham Atomisme dalam Membuktikan Kekuasaan Tuhan dan Penciptaan Alam.

2.3 TULISAN DAN KARYA AL-RAZI

1. Imam Fakhr al-Din telah menulis dan mensyarahkan karya karya-karya dalam pelbagai ilmu dan bidang, sepanjang hayatnya selama 64 tahun.
2. Antara kitab yang disyarahkannya ialah ; al-Isyarat wa al-Tanbihat, Syarah ‘uyun al-hikmah tulisan Ibn Sina.
3. Karya beliau dalam ilmu Fizik al-Mabahith al-Syarqiyah iaitu sebuah ensiklopedia yang sama konsepnya dengan kitab Ibn Mulkan al-Baghdadi: al-M‘utabar Fi al-Hikmah, iaitu antara kitabnya yang masyhur.
4. Antara karya beliau yang masyhur dalam ilmu matematik ialah Musadarat Iqlids sebuah kitab dalam bidang kejuruteraan.
5. Karya beliau dalam bidang Falak : Risalah Fi ‘Ilmi al-Haia’h.
6. Bidang perubatan : Masai’l Fi al-Tib, kitab tentang Nadi, Kitab tentang minuman, dan dua buah kitab yang tidak sempat beliau sempurnakannya iaitu; al-Tib al-Kabir atau al-Jaami‘u al-Malaki al-Kabir, kitab tentang anatomi dari kepala hingga ke kaki (merupakan kitab yang penting dalam ilmu anatomi). Beliau juga mempunyai beberapa syarah bagi karya-karya Ibn Sina dalam bidang perubatan iaitu syarah bagi al-Qanun Fi al-Tib, al-Kulliyat, ‘Uyun al-Hikmah.
7. Tafsir al-Kabir juga dikenali dengan Mafatih al-Ghaib, dihimpunkan dalam tafsir ini tafsiran yang tiada dalam kitab-kitab tafsir yang lain.
8. Al-Mahsul Fi ‘Ilm al-Usul.
9. al-Matalib al-‘Aliyah fi ‘ilm al-Kalam.
10. Dalam ilmu balaghah Nihayat al-Ijaz fi Dirayat al-I’jaz.
11. al-Arba’in Fi Usul al-Din.
12. Manaqib al-Imam al-Syafi’e
13. Mahsal Afkar al-Mutaqaddimin
14. Lawami’ al-Bayyinat Fi Syarh Asma’ Allah Wa al-Sifat
15. Asas al-Taqdis
16. Lubab al-Isyarat Wa al-Tanbihat

Beliau meninggal dunia di Madinah Harah pada tahun 606H.

3.0 PENGENALAN KITAB
Kitab ini dinamakan Asas al-Taqdis atau Ta’sis al-taqdis, dicetak daripada naskah asal yang terdapat di Dar al-Kutub al-Misriah No ب 23222, dalam bentuk mikro filem 20864. Dicetak dan diterbitkan oleh Maktabah al-Kulliyat al-Azhariyyah Qahirah Mesir tahun 1986/1406H. Kitab ini ditahkik oleh Dr. Ahmad Hijazi al-Saqa.
Dalam kitab ini penulis ingin memurnikan kefahaman dari segi akidah mengenai ayat-ayat mutasyabih dalam al-Quran yang menerangkan tentang sifat dan keadaan Allah Subhanahu Wata‘ala, secara khususnya dalam bab akidah. Dalam waktu yang sama penulis menjawab pendapat kumpulan Hanabilah dan karamiah yang menggambarkan Allah seolah-olah berjisim dan bertempat, dengan membawa tafsir secara harfi terhadap ayat-ayat mutasyabihat.

Penulis menegaskan dengan menthabitkan kewujudan Allah taala dengan menta’wilkan sifat-sifat yang meragukan tentang anggota-anggota bagi Allah taala, sepertimana yang disebutkan dalam al-Quran iaitu tangan, kaki, mata, dan telinga. Begitu juga penulis menta’wilkan sifat-sifat yang meragukan tentang perbuatan yang hanya layak bagi makhluk, tidak bagi Allah taala, seperti marah. Al-Razi menegaskan bahawa penafsiran terhadap ayat-ayat yang meragukan ini perlu kepada menggunakan pendekatan ta’wil iaitu mengambil makna majazi.

Al-Razi membahagikan perbincangan dalam kitab ini kepada empat bahagian iaitu; pertama; Dalil-dalil yang menunjukkan bahawa Allah Taala tidak berjisim dan tidak menempati ruang, kedua; menta’wilkan ayat-ayat dan akhbar yang mutasyabihat, ketiga; pada menetapkan mazhab salaf, keempat; perbahasan lanjut mengenai bab.

4.0 TAQRIR MAZHAB AL-SALAF

Dalam bahagian ini terdapat lima fasal yang masing-masing membincangkan;

1. في أنه هل يجوز أن يحصل في كتاب الله تعالي ما لا سبيل لنا الى العلم به
2. في وصف القرآن بأنه محكم ومتشابه
3. في الطريق الذي يعرف به كون الآية محكمة أو متشا بهة
4. في تقرير مذهب السلف
5. في تفاريع مذهب السلف
4.1 Fasal Satu
"في أنه هل يجوز أن يحصل في كتاب الله تعالي ما لا سبيل لنا الى العلم به"

Dalam fasal ini al-Razi telah menyatakan bahawa para fuqaha’, muhaddithin, dan sufiyyin, berpendapat harus terdapat dalam al-Quran perkara yang tidak sampai oleh akal manusia untuk memahaminya, manakala pendapat mutakallimun sebaliknya. Beliau mendatangkan hujjah-hujjah mutakallimun yang terdiri daripada ayat al-Quran, hadith dan akli.

Dengan perkataan lain, pengertian yang sesuai tidak berdasarkan makna yang akan membawa kepada perkara yang sama dengan keadaaan makhluk misalnya tempat, bentuk, kaki, gerakan, duduk, warna, arah, tersenyum, tertawa atau makna lain yang tidak boleh disifatkan kepada Allah. Lebih lanjut, orang Arab pada ketiga abad itu memiliki bahasa Arab yang alami dan sangat fasih. Mereka memahami bahwa ayat-ayat itu memiliki makna yang layak bagi Allah, dan mustahil bahwa mereka akan memberi makna yang tidak layak bagi Allah.

Walaupun begitu beberapa ulama salaf memberi makna tertentu kepada ayat Mutasyabih. Imam Bukhari dalam Shahih-nya, bab Tafsirul Quran, memberi makna tertentu kepada lafal “illa wajhahu” yaitu dalam surah al-Qashash ayat 88. Dia mengatakan, “illa mulkahu”, yaitu dia mengatakan bahwa “wajh” – yang disifatkan kepada Allah – artinya “mulk” atau “kerajaan/kekuasaan”.

Maka dalam perbincangan ini al-Razi telah mendatangkan 10 dalil ayat al-Quran bagi menguatkan pendapat mutakallimun bahawa tiada harus dalam al-Quran terdapat perkara-perkara yang terbatas oleh pemikiran makhluk.
Contohnya: surah Muhammad ayat 24;

Hujjah; ayat ini menyuruh manusia agar bertadabbur dengan pengertian al-Quran, sekiranya al-Quran tidak dapat difahami dengan akal manusia bagaimana Allah memerintahkan kita supaya bertadabbur dengannya.

Adapun dalil dari Hadith contohnya;

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ فِي حَجَّتِهِ يَوْمَ عَرَفَةَ وَهُوَ عَلَى نَاقَتِهِ الْقَصْوَاءِ يَخْطُبُ فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: " يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي قَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا إِنْ أَخَذْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا، كِتَابَ اللَّهِ وَعِتْرَتِي أَهْلَ بَيْتِي ")جامع الترمذي – صحيح لغيره)

Hujjah; bagaimana mungkin kita akan berpegang “al-Tamassuk” dengan al-Quran sedangkan kita tidak memahaminya.

Dalil aqal;

1. Sekiranya apa yang didatangkan dalam al-Quran sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh akal manusia, khitab al-Quran hanyalah umpama perbualan orang arab dengan orang negro, yang masing-masing tidak memahami apa yang dicakapkan.
2. Maksud al-kalam ialah al-ifham yakni yang boleh difahami, sekiranya al-kalam itu tidak difahami nescaya ianya hanya sesuatu yang sia-sia.
3. Dalam al-Quran terdapat uslub perintah, larangan, tegahan, cabaran dan sebagainya. Sekiranya tidak dapat difahami dan diketahui oleh manusia maka dakwah Rasulullah dengan menggunakan al-Quran tidak akan berhasil.
Dalam fasal ini al-Razi juga telah mendatangkan hujjah mereka yang tidak sependapat dengan Mutakallimun. Hujjah mereka juga terdiri daripada ayat al-Quran, hadith dan akal.

Hujjah mereka yang bersandarkan al-Quran ialah, firman Allah Taala dalam surah al-Imran ayat 7;

1. Mereka berpendapat waqaf pada ayat…. wama ya'lamu ta'wilahu illa Allah….adalah waqaf lazim.
2. Permulaan surah yang dimulai dengan huruf muqatha’ah, yang tiada diketahui maksudnya melainkan Allah.

Dalil hadith ;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: " إِنَّ مِنَ الْعِلْمِ كَهَيْئَةِ الْمَكْنُونِ، لا يَعْرِفُهُ إِلا الْعُلَمَاءُ بِاللَّهِ، فَإِذَا نَطَقُوا بِهِ لَمْ يُنْكِرْهُ إِلا أَهْلُ الْغِرَّةِ بِاللَّهِ ") حديث ضعيف-كتاب الثاني من فوائد أبي عثمان البحيري)

Hadith ini digunakan untuk mengukuhkan pendapat mereka namun hadith ini sangat dhoif kerana seorang daripada perawinya iaitu Abdul Salam bin Solih al-Harawi dihukumkan sebagai munkarul hadith. Ibnu Taimiah menyebutkan hal ini dalam kitabnya Talbis Jahmiah hadith ini sanadnya tidak diketahui.

Dalil akal;perbuatan yang ditaklifkan ada dua:

Pertama; iaitu perkara yang diketahui hikmahnya oleh akal seperti solat, zakat, dan puasa. Solat merupakan tadharru’ dan tawadhu’ kepada pencipta, zakat sebagai ihsan kepada yang memerlukan, dan puasa menahan nafsu.

Kedua; iaitu perkara yang tidak diketahui hikmahnya seperti haji, kita tidak mengetahui hikmah melontar jamrah, sa’ie antara Safa dan Marwa.

Kesimpulannya, begitulah keadaanya al-Quran diturunkan kepada manusia untuk menta’zimkannya, mempunyai dua keadaan salah satunya perkara yang kita ketahui maknanya, dan satu lagi perkara yang tidak diketahui maknanya, maka maksud kepada diturunkan al-Quran itu adalah untuk kita membaca dan mengagungkannya, akhirnya jelaslah kepada kita akan kesempurnaan ibadah dan kebergantungan penuh manusia kepada penciptanya.

4.2 Fasal Dua

"في وصف القرآن بأنه محكم ومتشابه"
Dalam fasal ini al-Razi cuba menerangkan dan mendatangkan pembahagian ayat-ayat yang diturunkan adalah terdiri daripada ayat yang diturunkan secara keseluruhannya adalah muhkam, keseluruhannya secara mutasyabih, dan sebahagiannya muhkam dan sebahagian lain mutasyabih.

Dalam pembahagian ayat muhkam secara keseluruhannya, al-Razi mendatangkan dua dalil ayat al-Quran iaitu awal surah Hud ayat 1, dan Luqman ayat 1 & 2;

Al-Razi cuba menerangkan tentang keseluruhan al-Quran itu muhkam dengan dua ayat ini, jika dibandingkan dengan kalam-kalam yang lain, kalam al-Quran amat baik dari segi makna dan lafaznya, sesunguhnya kalam al-Quran itu tepat pada lafaz dan maknanya dan tiada kalam ciptaan manusia yang boleh menandingi kalam al-Quran.

Al-Razi menyatakan makna sifat al-Quran itu muhkam secara keseluruhannya ialah dengan ketepatan dan kelebihan kalam al-Quran tersebut.

Adapun sifat al-quran itu mutasyabih secara keseluruhannya, ayat-ayat al-Quran itu sama dari segi fasahah dan kecantikan bahasanya, dan membenarkan antara satu sama lain.

Seterusnya al-Razi melanjutkan perbincangan dengan menerangkan tentang al-Quran itu sebahagiannya muhkam dan sebahagian lain mutasyabih.

Al-Razi mengatakan bahawa setiap ayat dalam al-Qur’an secara umumnya terbahagi kepada dua, sama ada mempunyai satu makna atau mempunyai beberapa makna. Sekiranya ia mempunyai satu makna ia dinamakan nass. Sekiranya ia mempunyai lebih dari satu makna, ia terbahagi kepada dua bahagian; sekiranya makna pertama lebih jelas dari makna kedua, yang pertama dinamakan zahir sementara yang kedua dinamakan mu’awwal. Sekiranya kedua-dua makna tersebut sama tarafnya dan tidak ada satu yang lebih jelas dari yang lain, kedua-duanya disebut sebagai mujmal.

Perbahasan lanjut perkara ini telah dibahaskan oleh Dr. Mohd Farid Mohd Shahran dalam kertas kerjanya bertajuk, “Asas-Asas Akliyah Dalam Teologi Islam: Analisa Terhadap Beberapa Pemikiran Kalam Fakhr Al-Din Al-Razi”. Beliau menyatakan;

“Dalam kaitannya dengan perbahasan mutashabihat dan ta’wil, ayat-ayat yang menyatakan tentang sifat-sifat khabariyyah Tuhan menurut al-Razi adalah ayat yang mempunyai dua makna, iaitu makna zahir dan makna mu’awwal seperti Tuhan mempunyai mata, muka, tangan dan kaki. Yang menjadi persoalannya ialah kesemua makna-makna zahir dalam konteks ayat-ayat ini bertentangan dengan prinsip tauhid yang telah disabitkan dengan prinsip prinsip akal dan juga ayat-ayat yang Al-Qur’an yang bersifat muhkamat dan mempunyai makna nas seperti laysa ka mitlihi shay’, Qul huwa Allah ahad, la tudrikuhu al-absar. Sekiranya diambil makna zahir sebagai makna ayat-ayat ini, maka berlakulah pertentangan antara makna ayat-ayat ini dengan prinsip-prinsip akal tersebut dan juga ayat-ayat muhkamat tadi. Oleh yang demikian perkara pertama yang harus dilakukan dalam masalah ini menurut al-Razi ialah makna zahir harus dinafikan”.

4.3 Fasal Tiga

"الطريق الذي يعرف به كون الآية محكمة أو متشابهة"

Al-Razi memandang berat terhadap fasal ini memandangkan kesemua pihak mendakwa ayat - ayat muhkamat berpihak kepada mazhabnya manakala ayat mutasyabihat mengenai pihak yang bertentangan.

Dalam hal ini al-Razi menegaskan bahawa perlunya kepada kaedah asal yang meyakinkan mengenai penentuan ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat. Kaedah yang disebutkan al-Razi dalam kitab ini ialah sekiranya lafaz ayat dan hadith memberi makna zahir, kita harus meninggalkan makna zahir dan mengambil dalil yang munfasil. Dalil munfasil tersebut samada lafaz ataupun akal.

Apabila berlaku pertembungan antara dua lafaz yang menjadi dalil kepada sesuatu, tidak mungkin ditinggalkan lafaz yang pertama disebabkannya lafaz zahir untuk diambil yang kedua yakni lafaz yang qati’e. Mustahil terjadi begitu kerana dalil-dalil lafaz tidak boleh jadi dalil qati’e kerana ianya bergantung kepada selok-belok bahasa, nahu dan saraf, al-Isytirak, al-Takhsis, al-Idmar, dan al-Mu’aridh al-Naql wa al-Aql.

Apabila salah satu lafaz itu lebih kuat maka salah satu darinya akan dibuang, makna zahir yang lebih kuat ini ialah yang dikatakan maznun. Mengubah lafaz dari zahirnya kepada makna yang lebih rajih, tidak harus melainkan ada dalil qati’e yang mensabitkan makna zahir itu terbatal. al-Razi menegaskan keadaan ini memihak kepada mazhab yang mengharuskan ta’wil dalam ayat, dan mazhab yang tidak mengharuskannya mereka berserah kepada Allah.

Hal ini juga diulas oleh Dr Mohd Farid Shahran dalam kertas kerjanya.

“Disamping itu, al-Razi juga berpandangan bahawa untuk dalil naqal sampai kepada tahap meyakinkan ia harus memenuhi beberapa syarat yang berasaskan akal. Syarat-syarat tersebut ialah kejelasan dari aspek-aspek berikut: perubahan bahasa (naql lughah), nahu bahasa, perkongsian makna dalam lafaz (ishtirak al-lafz), kiasan (majaz), makna tersembunyi (idmar), awalan dan akhiran (taqdim wa ta’khir), keumuman (‘umumat), pembatalan (nasikh wa mansukh), pertentangan dari naqal yang lain (mu’arid sam’i) dan pertentangan akal (mu’arid ‘aqli). Kesepuluh syarat ini yang sebahagian besarnya berkait dengan bahasa, amat penting dalam memahami sesuatu makna perkataan yang disampaikan oleh sesuatu dalil naqal. Disebabkan dalil naqal adalah berdasarkan bahasa, maka ia tidak boleh lari dari sepuluh pensyaratan ini yang akhirnya menyebabkan ia bersifat maznun. Maka sesuatu yang berasaskan sesuatu yang maznun juga bersifat maznun (al-mawquf ‘ala al-maznun maznun). Walaubagaimanapun, al-Razi memberikan pengecualian kepada syarat di atas kepada sesuatu dalil naqal yang disokong oleh khabar yang bersifat mutawatir. Sekiranya ia disokong oleh khabar mutawatir, maka ia bersifat yakin”

4.4 Fasal Empat

"في تقرير مذهب السلف"

Fasal ini merupakan fasal utama yang menjadi pokok perbincangan dalam bahagian ini. Dalam fasal ini al-Razi mengesahkan bahawa mazhab salafus salih iaitu mereka yang hidup pada masa tiga abad pertama hijrah. Mereka berpegang dengan pendirian bahawa ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Quran tidak boleh dita’wil dan wajib mentafwidhkan maknanya kepada Allah Taala.

Manakala Mutakallimun berpendapat bahawa ayat-ayat mutasyabihat yang terdapat dalam al-Quran perlu di ta’wil dengan makna majazi bagi menghindarkan fahaman yang boleh membawa kepada kesesatan iaitu dengan mengatakan bahawa Allah itu berjisim, (mempunyai anggota).

Salafus salih telah berhujjah untuk mengesahkan mazhab mereka, wajib waqaf pada ayat wama ya'lamu ta'wilahu illa Allah

1. kerana ayat yang sama sebelumnya Allah melarang dan mengecam mereka yang menta’wilkan ayat-ayat mutasyabih,
" فأما الذين في قلوبهم زيغ فيتبعون ما تشابه منه ابتغاء الفتنة وابتغاء تأويله ".

2. Allah taala memuji sikap para ilmuannya dengan sebab mereka tidak mahu terlibat dengan menta’wilkan ayat mutasyabih dan mereka tetap beriman dengannya mereka berkata "يقولون آمنا به". Padahal mereka lebih mengetahui bahawa ayat-ayat al-Quran pada zahirnya tidak layak bagi Allah taala, namun mereka tetap menyerahkan pengertiannya yang sebenar pada Allah (tafwidh).

3. Firman Allah "كل من عند ربنا" para salafus salih akan beriman dengan ayat-ayat Allah samada ayat tersebut mereka ketahui maknanya secara tafsil ataupun tidak.
Hujjah salaf yang lain ialah, berpegang dengan mazhab para sahabat. Ayat-ayat dan khabar yang mutasyabih terlalu banyak, jika sekiranya harus menta’wilkannya nescaya para sahabatlah yang terlebih dahulu akan melakukannya. Namun tiada satu pun hal ini diriwayatkan daripada sahabat.

Lafaz mujmal dan muawwal: lafaz mujmal ialah satu lafaz yang mempunyai dua makna yang sama atau lebih, dalam hal ini tidak boleh berkongsi satu lafaz dengan makna yang pelbagai dalam satu ketika. Adapun muawwal sekiranya satu lafaz itu hanya mempunyai satu makna yang hakiki dan ianya tidak layak bagi maksudnya kepada Allah taala, wajib menggunakan makna majaz, sekiranya makna majaz tersebut tidak dapat ditentukan kesahihannya ianya satu keraguan. Akhirnya ta’wil ayat mutasyabih kadang-kadang akan menjadi maklum dan kadang-kadang menjadi maznun, "القول بالظن غير جائز".

4.5 Fasal Lima
" في تفاريع مذهب السلف "

Dalam fasal ini al-Razi mendatangkan pecahan-pecahan daripada lanjutan perbincangan tentang mazhab para salafus salih dalam ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Quran.

Pertama: lafaz-lafaz mutasyabihat dalam al-Quran tidak boleh ditukar dengan lafaz lain, samada lafaz itu mutasyabih ataupun tidak, Bahasa Arab atau Bahasa Parsi. Ini kerana apabila ditukarkan lafaz tersebut ianya akan lebih membawa kepada keraguan.

Kedua: Lafaz-Lafaz Mutasyabihat dalam al-Quran tidak boleh ditasrif, seperti lafaz Istiwa’ kepada mustawa, a’llama kepada mua’llim. Dalam ilmu bayan, isim fa’il menunjukkann bahawa al-Musytaq minhu itu lebih tepat maknanya daripada lafaz fi’il yang doif.

Ketiga: lafaz mutasyabihat dalam al-Quran tidak boleh dijama’. Apabila sesuatu lafaz itu dijama’kan akan membawa kepada makna majaz, dan jika maksud sebenarnya pada lafaz yang zahir maka lafaz jama’ ianya akan memberi makna yang meragukan.

Keempat: Tidak boleh ceraikan jumlah ayat, contoh "وهو القاهر فوق عباده" tidak boleh dikatakan "وهو القاهر فوق غيره". Ini kerana apabila Allah sebutkan " القاهر " sebelum "الفوق" jelaslah bahawa maksud yang dikehendaki disini ialah " الفوقية " dengan makna "القهر". Dalam masa yang sama mazhab Salafus Soleh menjelaskan keharusan ta’wil pada lafaz " الفوق " . Mereka mengatakan bahawa apabila didatangkan al-‘Ubudiyah beserta dengan sifat Allah al-Fauqiyah ianya akan memberi maksud fauqiyah al-Siyadah dan al-Ilahiyah.

Kesimpulan Akhir dalam perbahasan ini al-Razi menyatakan, bahawasanya Allah Taala akan mendatangkan muqaranah apabila menyebutkan lafaz mutasyabihat, ianya bagi menghilangkan keraguan yang menyesatkan. Contohnya firman Allah Taala dalam surah al-Nur ayat 35:
" الله نورالسموات والأرض " Allah sebutkan selepasnya "مثل نوره" , yakni Allah idafatkan Nur kepada dirinya, kenapa pula Allah idafatkan al-Nur kepada dirinya sedangkan Allah sendiri adalah Nur. Walhal idafatkan sesuatu kepada Allah ditegah.

Begitu juga dengan ayat dalam surah Taha, ayat 5 "الرحمن علي العرش استوى" disebutkan sebelumnya "تنزيلا ممن خلق الأرض والسموات العلى" juga disebutkan sebelumnya "له ما في السموات وما بينهما وما تحت الثري". Dua ayat ini menunjukkan bahawa lafaz yang menunjukkan fauq adalah khusus bagi makhluk, maka jelaslah dengan apa yang disebutkan oleh al-Razi bahawa cara menyelesaikan permasalahan ayat mutasyabihat ini ialah dengan ta’wil, iaitu cara penafsiran yang paling beradab dengan Allah Taala.

Jika dilihat pada mazhab salafus salih, Mereka memberikan erti yang sesuai dengan kesempurnaan Allah. Daripada memberikan makna secara harfi, mereka merujukkan ayat-ayat mutasyabih ke ayat muhkam.



5.0 PENUTUP

Jelas dari perbahasan di atas bahawa akidah Islam, sebagaimana sifat pertengahan Islam, mempertahankan keseimbangan antara tanzih dan isbat dalam memahami hakikat ketuhanan. Disamping mengisbat kewujudan sifat-sifat Tuhan secara hakiki di samping zat Tuhan, ia juga mempertahankan perbezaan Tuhan secara mutlak dengan selain dariNya. Pendekatan yang ekstrem dalam mengisbatkan sifat Tuhan sehingga mencirikan Tuhan dengan sifat-sifat mutashabihat secara hakiki akan hanya menjerumuskan seseorang ke jurang tahsbih dan shirik. Sementara sikap berlebihan dalam mentanzihkan Tuhan akan menyebabkan Tuhan akhirnya menjadi kewujudan yang ‘jauh’ dari manusia.