Saturday, November 22, 2008

tomboy

Isu yang difatwakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan ini banyak menimbulkan respon dari pelbagai pihak. Ada yang positif dan ada yang negatif dari sudut penerimaan fatwa tersebut.

Antara respon yang saya anggap negatif ..dan mungkin juga anda rasakan bahawa ianya negatif ialah seperti yang disuarakan oleh Sister In Islam (SIS). Mereka ini yang sudah jelas pandangan dan pendapat mereka yang terlalu menyokong islam yang diliberalkan, bersuara seolah-olah Majlis Fatwa Kebangsaan salah mengeluarkan fatwa ...seolah-olah majlis fatwa tak faham situasi tomboy sebenar. setahu saya majlis fatwa akan bersidang dan akan memanggil pihak yang arif dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mendapat maklumat yang tepat dan jelas sebelum berbincang dan mengeluarkan fatwa, bukan keluarkan fatwa ikut nafsu dan akal seperti kenyataan dan pandangan SIS.

isu tomboy ini sudah jelas dalam al-quran dan hadis bahawa lelaki tidak boleh menyerupai perempuan, dan perempuan tidak boleh menyerupai lelaki. dalam sahih buhari :


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ

Maksudnya :

Diriwayat daripada Ibnu Abbas moga Allah meridhainya, bahawa beliau berkata, Rasulullah S.A.W melaknati lelaki-lelaki yang menyerupai perempuan, dan perempuan-perempuan yang menyerupai lelaki.


dalam mu'jam tabrani :


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عُمَرَ , أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَالَ:ثَلاثَةٌ لا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ , وَثَلاثَةٌ لا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ , فَأَمَّا الَّذِينَ لا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ: فَالْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ , وَالْمَرْأَةُ الْمُتَرَجِّلَةُ تَشَبَّهُ بِالرِّجَالِ , وَالدَّيُّوثُ
maksudnya:
Daripada Abdullah Ibn Umar bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda ; tiga golongan yang tidak masuk syurga, dan tiga golongan yang Allah tidak melihat kepada mereka pada hari akhirat, adapun mereka yang tidak akan masuk syurga ialah; mereka yang menderhakai ibubapa, perempuan-perempuan yang berkelakuan menyerupai lelaki, dan mereka yang dayus.
jelas dalam hadis-hadis berikut menyatakan bahawa sesiapa saja maupun lelaki atau perempuan yang berlagak menjadi perempuan atau lelaki hukumnya haram bahkan dilaknati oleh rasulullah.
SIS mengatakan fatwa yang dikeluarkan itu satu penghinaan dan penindasan terhadap kaum wanita ...bahkan kata mereka, golongan yang berpewatakan dan berpakaian macam lelaki ini ramai yang memegang jawatan penting dan banyak membawa sumbangan dalam masyarakat.
Wahai SIS ini bukan masalah kejayaan dan penghinaan, ini soal hukum dan perintah Allah ..ini soal agama, haram tetap haram, salah tetap salah. walupun "she is somebody", kalau berlagak dengan berpakaian seperti lelaki dan berperwatakan seperti lelaki, ia dilaknat, berdasarkan hadis diatas.
Jika kita melihat seorang wanita yang menutup aurat, berpakaian muslimah, berakhlak dengan akhlak wanita solehah, dan dia berjaya dalam masyarakat dan memegang jawatan yang penting dalam masyarakat ....kita akan dapati dia akan lebih dihormati dan diterima oleh masyarakat berbanding dengan mereka yang dianggap "baik" atau senang cakap, bergaya "tomboy" oleh SIS.
Islam selamanya mendatangkan hukum yang memelihara kaum perempuan, dan semua penganutnya, jadi SIS tak usahlah berlagak kononya nak jadi pembela kaum wanita, menegakkan hak wanita ....yang SIS bawa tu bukan pembelaan cara islam. Itu pembelaan cara "orang yang nak menjauhkan manusia dari islam ".
Islam Is The Way Of My Life....