Tuesday, December 29, 2009

Di mana Kredibiliti Ulama dan Ilmuan Islam

Kekuatan orang-orang beriman berasal dari persatuan, artinya mengerahkan segenap tenaganya untuk berdaakwah kepada agama Allah dan akhlak al-Qur'an. Dengan persatuan, mereka dapat memberi tumpuan yang baik untuk menyampaikan tanda-tanda kekuasaan Allah melalui karya-karya ilmiah, dan sebagainya bahkan dapat menonjolkan akhlak muslim yang saling berkasih-sayang dan bersatu hati dalam setiap perkara.

Tetapi apabila ilmuan islam berbalah, kepada siapa umat Islam nak bergantung harap?? dan bagaimana persepsi orang bukan Islam terhadap Islam ??

Cukuplah Islam tercalar dengan penghinaan oleh musuhnya dan akhlak umat Islam yang tak bercirikan Islam. Ilmuan dan Ulama' Islam pun nak join sama mencalarkan Islam. Islam sudah lengkap dan sempurna. setakat perbezaan pendapat dan khilaf Ulama apa untungnya kita pertikaikan jika itu membawa kepada perpecahan.

Teringat kenyataan dr Osman Chuah semasa seminar Orang China di Malaysia di UKM satu masa dulu.. beliau berkata " antara faktor orang China takut nak masuk Islam sebab keliru mana satu Islam yang betul, Islam PAS atau UMNO atau Tabligh atau Wahhabi".

Dimana kredibiliti Ulama dan Ilmuan Islam dalam mengamalkan ayat suci Al-quran;

"dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya". (Al-Imran 103)

Amat besarlah kerugian Umat Islam jika akhlak dan sifat ulama dan ilmuannya yang suka berbalah hanya untuk kepentingan diri sendir bukan untuk kepentingan umat Islam..renungilah firman Allah ini;

Maksudnya: "dan Demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjinya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) Dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah Dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa Yang kamu sukai (Kemenangan dan harta rampasan perang). di antara kamu ada Yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada Yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan Sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata Dengan limpah kurniaNya). dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang Yang beriman" (Al-Imran 152).


 

Sunday, December 13, 2009

Kahwin Kerana Nafsu Atau Kasih Sayang


Hubungan lelaki dan perempuan adalah fitrah kejadian yang ditetapkan oleh Allah taala, hubungan yang dijalinkan hendaklah atas dasar syariat. Firman Allah taala ;

Maksudnya; "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)". Al-hujurat-13

Dalam Islam hubungan tersebut adalah ikatan perkahwinan yang sah. Timbul persoalan apabila pasangan yang berkahwin selalu menghadapi masalah dalam rumah tangga, apabila membincangkan perkara ini, ada pihak yang mendakwa perkahwinan yang berdasarkan hawa nafsu akan sering dilanda masalah, adapun perkahwinan yang didasari dengan kasih sayang kurang mempunyai masalah.

Pada pandangan saya ikatan kekeluargaan itu terdiri daripada ikatan antara dua insan yang berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan yang mempunyai hormon yang berbeza. Sudah tentu dua insan ini berbeza dari segi emosi, pemikiran, jasmani dan rohaninya. Maka apabila berlaku masalah dan pertengkaran, masing-masing akan mempertahankan diri dengan emosi dan pemikiran tersendiri. Sekiranya keluarga itu tidak bijak mengawal emosi maka akan bertambah parah masalah tersebut dan sebaliknya.

Perkahwinan atas dasar kasih sayang memang tidak dapat disangkal lagi sebagaimana firman Allah taala;

Maksudnya; "Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir".ar-Ruum-21

Dalam ayat ini dapat difahami bahawa nikmat kasih sayang itu wujud dalam suasana hubungan antara lelaki dan perempuan yakni selepas bergelar suami dan isteri. Imam al-Alusi dalam menafsirkan ayat ini menyebutkan bahawa : "diciptakan bagi kamu isteri dari jenis kamu sendiri( yakni asal penciptaan hawa dari rusuk adam), supaya kamu cenderung kepadanya, sesungguhnya faktor sejenis ini akan menguatkan lagi hubungan kasih sayang".

Berkahwin kerana nafsu, bukan kerana kasih sayang selalu menjadi hujah sesetengah golongan isteri yang kononnya kecewa dengan suami mereka yang tidak mengendahkan perasan,dan hati isteri dalam kehidupan berumah tangga. Isteri dikatakan menjadi mangsa suami, yang mengabaikan tanggungjawab dan sebagainya. Namun dalam menyelesaikan hubungan rumah tangga suami dan isteri harus bermuhasabah diri masing-masing, dan perlu bertolak ansur. Hujah ataupun tohmahan ini dilihat seolah-olah nafsu itu sesuatu yang buruk dan amat keji, sedangkan perasaan kasih sayang sendiri memerlukan kepada nafsu, makan perlu kepada nafsu, tidur dan kehidupan keseluruhannya perlu kepada nafsu.

Apakah yang dikatakan nafsu itu. Nafsu itu satu perkataan daripada bahasa arab dan dalam Bahasa Melayu membawa erti keinginan yang kuat. Jadi semua perkara tidak akan berlaku dan terjadi melainkan dengan adanya keinginan dalam diri kita. Adapun keinginan dan perbuatan kita didorong oleh nafsu, sama ada nafsu yang mengajak kepada kebaikan ataupun yang mengajak kepada kejahatan.

Nafsu terbahagi kepada nafsu muthmainnah, nafsu lawwamah, nafsu mulhimah, dan nafsu amarah. Tingkatan nafsu yang paling buruk ialah nafsu amarah, iaitu nafsu yang menyeru kepada kejahatan. Dan nafsu inilah yang perlu kita bendung dengan berkahwin, supaya diri kita tidak dikawal olehnya lalu menjerumuskan diri dalam lembah kehinaan.

Sekiranya dikatakan, ada sesetengah pasangan yang berkahwin bukan kerana keinginan dan nafsu kasih sayang, yang ada hanya nafsu keinginan seks semata, ya saya katakan ada, ini kerana berkahwin atas dasar keinginan seks adalah bagi menghalang diri daripada melakukan kemaksiatan yang merosakkan, selagi mana perkahwinan itu tidak melanggar etika dan peraturan perkahwinan yang telah ditetapkan oleh syariat. itu juga yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W. , sabdanya yang bermaksud;

Daripada A'lqamah ra berkata: ketika aku berjalan bersama Abdullah r.a, Abdullah berkata: satu ketika kami bersama Rasulullah S.A.W, lalu beliau bersabda: "sesiapa di antara kamu yang ada keinginan seks ( Jimak ) hendaklah dia berkahwin, kerana dengan berkahwin dapat memelihara pandangan dan juga kemaluan daripada terjebak dalam melakukan kemaksiatan. Bagi sesiapa yang tak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa, kerana puasa dapat menghalang nafsu". (muttafaq alaih)

Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa; pendapat ulama terbahagi kepada dua dalam makna "al-baah".

Pertama dan yang paling sahih: maknanya pada bahasa iaitu jimak. Maksudnya sesiapa di antara kamu yang mampu berjimak dan mampu menyediakan nafkah perkahwinan hendaklah ia berkahwin.

Kedua: maknanya nafkah perkahwinan. Maksudnya sesiapa yang mampu menyediakan nafkah perkahwinan hendaklah berkahwin, dan sesiapa yang tidak mampu hendaklah ia berpuasa bagi mengekang syahwatnya. Mereka yang berpegang dengan pendapat ini menyatakan: maksud sabda nabi " sesiapa yang tak mampu hendaklah ia berpuasa" mereka berkata; bagi mereka yang tidak mempunyai keinginan seks (jimak) tidak perlu berpuasa untuk mengekang nafsu syahwatnya. Maka wajib mentakwilkan "al-baah" itu kepada kemampuan nafkah

Jelas dalam hadis ini, saranan daripada Rasulullah agar pemuda-pemuda berkahwin bagi mengekang nafsu daripada dilepaskan tidak pada tempatnya. Maka berkahwin di sini atas dasar menghalang nafsu ammarah daripada menguasai diri adalah wajib hukumnya.

Tidak semestinya berkahwin dengan sebab nafsu tidak mempunyai kasih sayang. Ketika proses memilih calon isteri dan bertunang kita digalakkan untuk memilih calon yang sekufu yakni yang sesuai dengan diri kita. Tempoh bertunang merupakan satu tempoh untuk melahirkan perasaan kasih dan sayang agar permulaan di alam rumah tangga bermula dengan baik.

Islam amat memandang berat kepada kesalahan zina kerana ia mengakibatkan keruntuhan sistem kekeluargaan, begitu juga perkara-perkara yang menjebakkan diri dalam kancah zina, seperti berpakaian menjolok mata, melihat aurat bukan muhrim, bersentuhan lelaki dan perempuan tanpa sebab, berdua-duaan lelaki dan perempuan dan sebagainya. Firman Allah taala;

Maksudnya : "dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan)". Al-Israa' 32

Kesimpulannya berkahwin kerana nafsu bagi mengelakkan diri dari terjebak dalam kancah perzinaan bukanlah satu kesalahan bahkan satu kewajipan. Ia juga tidak boleh dijadikan sebagai hujah bagi menyatakan perkahwinan disebabkan nafsu tidak membawa kebahagian dan memporak-perandakan rumah tangga.


 


 


 

 

Wednesday, December 2, 2009

Cakap Baik-Baik


 

بسم الله الرحمان الرحيم

عن أبي هريرة – رضي الله عنه – أن رسو ل الله صلى الله عليه وسلم قال :" من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فاليكرم جاره ، ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه". رواه بخاري ومسلم

Maksudnya : "Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia bercakap yang baik-baik ataupun diam sahaja, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan jirannya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya". Hadis riwayat Bukhari dan Muslim".

Nabi S.A.W telah memberi pengajaran yang terbaik kepada umatnya, iaitu dengan melakukan kebaikan sama ada untuk diri sendiri dan juga kepada orang lain.

Apa yang boleh di fahami ialah kepentingan menjaga keharmonian, kesejahteraan dan kesepaduan sesama mukmin dan manusia keseluruhannya. Perkara ini hanya boleh dijaga dan dipelihara dengan adab dan perlakuan yang baik. Saidatina Aisyah ketika mana ditanya mengenai akhlak nabi S.A.W beliau menjawab " adalah akhlak nabi S.A.W al-Quran".

Imam Abu Muhammad bin Abi Zaid al-Maliki berkata : " keseluruhan akhlak-akhlak mulia terkumpul dalam empat hadis :

1) Maksud hadis Nabi S.A.W: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia bercakap yang baik-baik ataupun diam sahaja".

2) Maksud hadis Nabi S.A.W : "Daripada kesempurnaan Islam seseorang itu ia meninggalkan perkara yang sia-sia".

3) Maksud hadis Nabi S.A.W:"Jangan Marah".

4) Maksud hadis Nabi S.A.W "Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi temannya sepertiman ia mengasihi dirinya sendiri".

Hadis-hadis Nabi ini memberi pengajaran yang amat bererti kepada kita. Setiap muslim yang beriman akan menjaga kehormatan dirinya serta kesepaduan dan keharmonian hidup sesama mukmin.

Antara yang menonjol dalam akhlak seseorang ialah tentang percakapannya seperti mana yang dibincangkan dalam hadis ini.

Percakapan boleh menimbulkan pelbagai reaksi, sama ada positif dan negatif. ia dapat membuat seseorang itu gembira, sedih, ketawa, menangis, takut, benci dan sebagainya. Oleh yang demikian kita harus pandai menggunakan percakapan dan pertuturan agar tidak membawa kesan negatif kepada pendengar.

Imam as-Syafie Rahimahullah berkata : "berfikir sebelum bercakap tentang sesuatu perkara, jika tiada kesan buruk, bercakaplah. Sekiranya terdapat kesan buruk atau keraguan padanya jangan kamu bercakap".

Disebutkan dalam 'hilyatul auliya' "bahawa bagi seseorang insan tidak patut keluar dari perkataannya melainkan atas perkara yang perlu sahaja, seperti mana dia berbelanja atas apa yang patut sahaja daripada wangnya".

Kehidupan seharian kita tidak terlepas daripada bercakap, sama ada dalam berjual beli, bekerja, dan sebagainya. Kadang-kadang cakap kita menjadi hukuman yang yang boleh memudaratkan, kadang-kadang cakap kita boleh menyelamatkan seseorang dari bahaya. Kadang-kadang cakap kita boleh jadi ibadat, kadang-kadang cakap kita jadi maksiat. Kadang-kadang cakap menjadi fakta dan dirujuk oleh orang lain, kadang-kadang percakapan kita hanya pembohongan semata-mata.

Oleh yang demikian jagalah lidah kita agar menjadikan kita insan mulia di sisi Allah dan manusia. Dan dapat membawa keharmonian dan perpaduan bukannya persengketaan dan perbalahan.

Tuesday, November 17, 2009

Perdebatan Tidak Berhemah Melemahkan Kesatuan

Salah satu rahasia penting dari Allah yang diungkapkan kepada orang-orang beriman adalah supaya tidak berdebat. Jika saling ber¬debat, kekuatan mereka akan hilang dan hati mereka akan menjadi lemah. Adapun ayat yang membicarakan masalah tersebut adalah sebagai berikut:

“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan jangan saling berdebat, yang menye¬babkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Q.s. al-Anfal: 46).

Akhlak Qur’ani bercirikan kerendahan hati. Orang-orang yang berpegang pada nilai-nilai akhlak dalam al-Qur’an menghindari pertengkaran, mencari jalan keluar dari masa¬lah, memberikan kemudahan kepada orang, dan tidak menunjukkan ketamakan. Tanpa berpegang pada akhlak Qur’ani, pertikaian dan konflik tidak dapat dielakkan.

Sudah menjadi lumrah kehidupan setiap orang memiliki pendapat dan pandangan tersendiri. Misalnya, 20 orang yang sedang bermesyuarat maka 20 pendapat yang diutarakan. Jika setiap ahli mesyuarat tersebut masing-masing beranggapan bahawa pendapatnya sahaja yang betul, tiada kesepakatan antara mereka, maka akan berlaku konflik dan kekacauan.

Kadang-kadang agenda dan kepentingan peribadi yang membuatkan seseorang itu berkeras mempertahankan pendapatnya. Akibatnya, seluruh kekuatan dari 20 orang tersebut akan hilang, persatuan dan persaudaraan di antara mereka akan lemah.

Orang-orang yang beriman harus saling mencintai satu sama lain, berkorban dan saling mengeratkan setiakawan dan kerja sama di antara mereka. Terutama pada saat-saat menghadapi kesulitan, mereka harus menyi¬bukkan diri mengingat Allah, lebih bersabar dan saling membantu.

Berdebat dan mempertahankan pendapat masing-masing akan melemahkan kekuatan, sedangkan kerja sama dapat meningkatkan kekuatan di antara orang-orang beriman. Dalam ayat lainnya, Allah telah mengungkapkan rahsia bahwa jika orang-orang beriman tidak menjadi teman dan pelindung satu sama lain, maka akan ter¬jadi kekacauan dan kerusakan besar di muka bumi:

“Adapun orang-orang yang kafir, sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah (saling melindungi), niscaya akan terjadi kekacauan dan kerusakan yang besar.” (Q.s. al-Anfal: 73).

Setiap Muslim dibebani tanggung jawab. Mereka tidak boleh menganggap bahwa pertengkaran dengan sesama Muslim merupakan hal yang remeh, Itulah sebabnya Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud;, “Takutlah kepada Allah, berda¬mailah sesama kamu agar Allah men¬cipta¬kan perdamai¬an sesama Muslim.”

Orang-orang Muslim jangan sampai saling melihat kesalahan atau kekurangan masing-masing, tetapi sebaliknya supaya menutupi kesalahan sesama Muslim yang lain dengan penuh kasih sayang.

Kekuatan orang-orang beriman berasal dari persatuan ini, artinya mengerahkan segenap tenaganya untuk berdaakwah kepada agama Allah dan akhlak al-Qur’an. Dengan persatuan, mereka dapat memberi tumpuan yang baik untuk menyampaikan tanda-tanda kekuasaan Allah melalui karya-karya ilmiah, dan sebagainya bahkan dapat menonjolkan akhlak muslim yang saling berkasih-sayang dan bersatu hati dalam setiap perkara.

Wednesday, November 4, 2009

Neraka Untuk An-Nammam

Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.

Dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorangdari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: "Makanlah sepertimana yang aku makan". Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam bertanya: "Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril 'alaihisalam menjawab: "Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba".

Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. Dalamkitab al-Mausu'ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh:Seseorang berkata kepada seseorang yang lain  " Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini".
Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: "Dia melakukan begini terhadap hakmu", "dia merancang untuk merosakkan urusan kamu", "dia merancang untuk membantu musuh kamu" atau "dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu".

Hukum Mengadu Domba

Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan. Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.

Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.

Balasan Mengadu Domba

Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.

1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba bermaksud : "Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji."

(Surah Humazah: 1)

Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).

2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi dalam surah al-Qalam yang bermaksud; 
"Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai)."

(Surah al-Qalam: 11-13)

Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu 'anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam bersabda: 

Maksudnya: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba"

(Hadis riwayat Muslim)

3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam bersabda: "Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar."

Baginda Shallallahu 'alaihi wassalam bersabda: "Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba"."

(Hadis riwayat al-Bukhari)

 Bedasarkan al-Qur'an dan hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.

Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba

1)   Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

  Maksudnya ;
"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

 (Surah al-Hujurat: 6)

2)   Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela  perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: "Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar."

(Surah al-Luqman:17)

3)   Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.

4)   Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa."

(Surah al-Hujuraat: 12)

5)   Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:  bermaksud: "Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang."

(Surah al Hujuraat: 12)

6)   Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: "Si Fulan memberitahu kepadaku begini". Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).

Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam pada malam Isra' dan Mi'raj.

Tuesday, November 3, 2009

Cari Titik Persamaan Jangan Cari Perbezaan

Kita sebagai orang Islam harus bersikap lebih terbuka, dalam apa jua perkara dalam kehidupan kepercayaan, pandangan dan sebagainya. Dalam dua tiga hari ini berlaku kes yang mendukacitakan.

Asri kena tangkap dengan alasan tiada tauliah mengajar di Selangor, walaupun dia memang tidak disenangi oleh sesetengah pihak, disebabkan pendapat beliau yang keras dan tidak meraikan sesetengah pendapat ulama lain. Oleh sebab yang demikian juga beberapa NGO tidak suka beliau dilantik menerajui YADIM.

Justeru beliau membuat sidang media dan berlakulah perdebatan maya antara Asri dan Nakhaie, yang baru ditawarkan jawatan YDP YADIM dengan mantan YDP YADIM.

Persoalannya di sini saya secara peribadi tidak menolak Asri 100%, dan saya pun merasakan penangkapan beliau oleh JAIS tidak wajar, kenapa tidak beliau dipanggil sahaja ke JAIS untuk memberi keterangan, atau berbincang secara baik memandangkan beliau merupakan ahli agama dan JAIS institusi agama. Kita perlu bersikap profesional dalam tindakan yang kita ambil. Tindakan yang telah diambil tersebut telah mencalarkan nama Islam di Malaysia, dan inikah sikap profesional orang Islam .

Asri pun kalau beliau tidak rancak mengeluarkan fatwa bida'ah, dan memecahbelahkan, beliau tidak akan terima nasib begini. Beliau seorang yang berpendidikan tinggi, saya rasa boleh berfikir secara matang untuk mengelakkan perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia.

Di Malaysia amalan ibadah diamalkan mengikut mazhab Imam Syafie, ulama' alam Nusantara terdahulu banyak mengeluarkan fatwa dan pendapat mengikut mazhab Imam Syafie serta melalui Ijtihad mereka. Ijtihad serta pendapat mereka tidak menyeleweng dari al-Quran dan Sunah, masih lagi dalam lingkungan syariat. Jadi dalam setiap fatwa dan pendapat yang beliau (Asri) keluarkan janganlah terlalu menyalahkan kenalah meraikan pendapat ulama terdahulu. Walaupun tiada terdapat dalam Quran dan Hadis namun itu ijtihad mereka bersandarkan juga kepada dua sember ini berserta tafsir dan syarahnya.

Imam Syafie mempunyai mazhab dan pengikutnya sendiri berbeza pendapat dengan Imam Malik yang juga mempunyai mazhab. Namun apabila berada di kawasan yang majoritinya mengamalkan mazhab Imam Malik, beliau meraikannya beliau ikut majoriti. Untuk mengelakkan fitnah dan perbalahan. Bahkan beliau menghormati Imam Malik sebagai gurunya.

Imam Syafie juga berkata, "pendapat aku benar dan barangkali ada salahnya, dan pendapat orang lain salah barangkali ada betulnya".

Pihak berkuasa negara pula perlu bijak menangani masalah ini. Tindakan yang diambil perlu berhikmah agar tidak berlaku ketegangan dan salah faham di kalangan masyarakat sama ada muslim mahupun non-muslim.

Dalam pada itu kita patut mencari kebenaran dan persamaan, bukannya mencari salah orang untuk membuktikan kebenaran sendiri. Ulama dan tabiin dahulu apabila berlaku perbezaan pendapat antara mereka dalam sesuatu masalah mereka bertemu dan berbahas untuk mencari kebenaran. Apabila kebenaran terserlah walaupun tidak memihak kepada diri sendiri, mereka akur dan ikut kepada kebenaran tersebut.

Namun apa yang berlaku sekarang perbahasan secara terbuka tanpa sekatan, tidak secara bersemuka, menegakkan dalil dan hujah untuk membetulkan pendapat sendiri, dalam waktu yang sama menyalahkan dan memburukkan pihak yang lain tanpa ada pelung membela diri atau mengemukakan hujah.

Sikap tidak profesional dan tidak mengikuti disiplin ilmu sebagaimana ulama terdahulu akan merugikan umat Islam. Ayat al-Quran dikupas Hadis dibahas namun hanya untuk yang mendengar, yang menyampaikan entahkan amal entahkan tidak.

Sama-sama kita elakkan perpecahan demi ISLAM.

Friday, October 23, 2009

Maaf…saya bukan ustaz !

Perkataan ini sering didengari oleh mereka yang tidak belajar jurusan agama. Apabila ditanya soal yang berkaitan dengan agama mereka terus mengelak, atau diminta untuk perkara-perkara asas dan wajib bagi seorang muslim mereka terus juga mengelak. Sedangkan setiap muslim itu perlu mengetahui dan mendalami soal agamanya sesempurna mungkin untuk melengkapkan ibadatnya, supaya solatnya, puasanya, zakatnya, hajinya, sempurna dan diterima Allah.

Menyedihkan apabila hari ini semuanya diharapkan kepada ustaz (mereka yang belajar agama). Kebanyakan umat Islam hari ini apabila belajar bidang akademik mereka tidak menekankan soal agama mereka.

Setiap orang mempunyai kewajipan untuk menyempurnakan pengetahuannya tentang ilmu-ilmu fardu ain, selain itu urusan-urusan seharian yang sememangnya ada kaitan dengan agama. Soal makan minum perlu kepada hukum halal dan haramnya, mencari rezeki perlu mengetahui sumbernya yang halal, hubungan antara lelaki perempuan dan sebagainya.

Dalam kata lain kehidupan seorang muslim tidak dapat tidak mesti ada kaitan dengan agama. Pengalaman saya semasa belajar di Mesir, masyarakatb arab Mesir meskipun mereka belajar bidang akademik apabila bercakap tentang agama mampu mengeluarkan dalil daripada quran dan hadis, memang mereka orang arab, quran dan hadis dalam bahasa arab jadi mudah bagi mereka untuk menguasainya.

Kenapa tidak kita ? hari ini semuanya sudah diterjemahkan ke dalam bahasa kita, kalau kita tak dapat menguasainya dalam bahasa arab kenapa kita tidak boleh menguasainya dalam bentuk terjemahannya . Semua cabang ilmu agama sekarang ini sudah diterjemahkan dalam bahasa Malaysia kenapa kita masih tidak mampu untuk menguasainya. Apakah lagi alasan kita untuk tidak menguasainya.

Saya amat kagum dengan seorang guru saya iaitu Syekh Sya'aban Mahmud beliau seorang pakar dalam bidang farmasi dan bekerja di sebuang kilang pengeluaran ubat di Alexandria Mesir, akan tetapi beliau boleh menghafaz Sahih Bukhari dan menguasai kitab-kitab hadis yang enam berserta sanadnya. Beliau juga seorang hafiz al-Quran bukan sahaja ayatnya bahkan berserta nombor ayatnya, pernah beliau ceritakan dalam satu kelas pengajiannya, ketika beliau mengimamkan solat tarawikh (beliau membaca pada setiap rakaat satu juzuk) beliau ditegur oleh seorang makmum yang menganggap ayat yang dibacanya salah, beliau terus memulakan dari awal ayat yang dibacanya dan ternya tiada yang salah. Beliau mempunyai kelas pengajian hadis di beberapa buah Masjid sekitar Alexandria mesir.

Di negara kita banyak contoh yang kita boleh lihat suatu ketika dahulu terkenal seorang penceramah agama yang hafaz alquran, saya tidak ingat namanya, beliau merupakan seorang engineer. Ustaz akhil hay siapa yang tidak kenal, bekas seorang penyanyi tapi sekarang mampu berceramah agama. Tiada yang mustahil dalam kehidupan ini, yang penting kita berusaha dan melihat pentingnya ilmu agama untuk memandu kita supaya tidak terbabas dari landasan syariat yang ditetapkan sekurang-kurangnya kita tidak perlu bertanya ustaz dalam bab ibadah kita pada Allah taala.

Pengajarannya walaupun apa bidang yang kita ceburi tidak menjadi halangan bagi kita untuk menguasai ilmu agama. Ingatlah agama bukan hanya untuk ustaz sahaja.

Timbul juga keadaan apabila kita merasa tidak malu untuk melakukan sesuatu kesalahan dan maksiat disebabkan kita bukan ustaz.

Friday, October 9, 2009

Penduduk Islam dunia kini 1.57b

NEW JERSEY 8 Okt. – Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, semalam.

Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan.

Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.

Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.

Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.

Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.

Laporan itu turut mendapatkan pecahan antara pengikut mazhab Sunni dengan Syiah tetapi kesulitan timbul kerana tidak banyak negara membuat pecahan seumpamanya, kata penyelidik kanan projek, Brian Grim.

Maka, bilangan pengikut Syiah tidak dianggap khusus dengan laporan menganggarkan Syiah mewakili antara 10 dan 13 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia, yang sejajar atau sedikit rendah berbanding kajian-kajian lain.

Sebanyak 80 peratus pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu Iran, Pakistan, India dan Iraq.

Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus.

Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.

Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam.

Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria

(sumber utusan malaysia)


Manakah negara yang mempunyai 100% penduduknya muslim ?

Izan, mana-mana bangsa atau negara jangan mengaku bahawa Islam itu agama bangsanya, Islam adalah untuk semua bangsa dan semua negara. Oleh yang demikian umat Islam perlu berdakwah untuk menyampaikan Islam kepada semua penduduk dunia, agar mereka beriman kepada Allah yang satu.

1 World 1 Muslim

1 Agama = Islam
1 Tuhan = Allah
1 Rasul = Muhammad S.A.W
1 Kalimat = لاإله إلا الله محمد رسول الله
1 Kitab = Al-Quran
1 Kiblat = Kaabah
1 Matlamat = Keredaan Allah
1 Harapan = Syurga Allah

Thursday, October 1, 2009

1 MUSLIM



Islam adalah satu agama yang menyatukan umat dan penganutnya di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasulnya. Syariat yang diturunkan kepada semua kaum dan umat Nabi-Nabi terdahulu adalah syariat yang sama, agama yang sama iaitu Islam. Bukti penyatuan Islam.Walaupun berlainan mazhab, keturunan, bangsa dan negara, umat Islam tetap menyembah Allah yang satu. Berpegang kepada kalimah yang satu "tauhid" . Semua Nabi dan Rasul menyeru kepada penyatuan dengan menyembah Allah yang satu.


Rasulullah S.A.W dalam membentuk masyarakat semasa penubuhan negara di Madinah telah melaksanakan gagasan 1Muslim.


Langkah pertama yang dilakukan oleh Nabi S.A.W ialah mendirikan Masjid Nabawi. Masjid yang dibina tersebut bukan sahaja sebagai tempat untuk menunaikan solat akan tetapi ia juga sebagai pusat komuniti masyarakat Islam pada waktu itu. Mereka bertemu bagi membincangkan hal-ehwal kehidupan, pentadbiran, ekonomi, ketenteraan bahkan menjadi tempat beramah mesra oleh berbagai suku kaum yang selama ini sering bercakaran disebabkan kejahiliahan dan peperangan yang timbul dikalangan mereka.


Gagasan besar Nabi S.A.W dalam membentuk 1 Muslim ialah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Ibnu Qayyim al-Jauzi berkata "kemudian baginda Rasulullah S.A.W mempersaudarakan orang-orang Muhajirin dengan orang-orang Ansar, di rumah Anas Bin Malik. Mereka yang dipersaudarakan itu seramai 90 orang, separuh daripada Muhajirin dan separuh lagi daripada Ansar. Mereka dipersaudarakan atas dasar berkongsi kehidupan dan saling mempusakai selepas kematian. Namun pewarisan ini telah ditamatkan setelah berlaku peperangan Badar dengan turunnya firman Allah ayat 75 surah al-Anfal.


Erti persaudaraan ini seperti dikatakan oleh Muhammad al-Ghazali ialah supaya fahaman kepuakan dan jahiliah itu dapat dibasmi, justeru tiada keakraban dan kebersamaan melainkan atas dasar Islam, perbezaan keturunan, warna kulit dan kebangsaan dibuang. Lantaran itu tiada kelebihan terhadap seseorang itu melainkan atas dasar ketakwaan kepada Allah yang satu. Betapa tingginya nilai penyatuan dalam Islam.


Persaudaraan atas dasar Islam tanpa ada bibit perbezaan sama ada politik, kebangsaan, keturunan dan sebagainya akan membuahkan perasaan "ithar" iaitu tidak mementingkan diri sendiri. Sentiasa merasakan kebersamaan dalam setiap hal, berkongsi kehidupan dan saling berkasih sayang sesama Muslim.


1 Muslim iaitu gagasan penyatuan umat Islam akan memberikan impak yang cukup tinggi bagi kemaslahatan Islam, ianya akan dapat menyelesaikan permasalahan yang berlaku dikalangan umat Islam sekian lama yang terhasil dari sikap-sikap jahiliah yang masih tebal dalam diri setiap Muslim dan pemimpin-pemimpin Islam.


Dalam memastikan gagasan 1 Muslim terus dipraktikkan dan dihayati oleh setiap Muslim, Rasulullah telah mengadakan satu perjanjian bagi mengelakkan sentimen kepuakan dan jahiliah kembali merosakkan penyatuan Muslim.


Piagam Madinah atau "Dustur Madinah" adalah merupakan prinsip-prinsip kepada gagasan 1Muslim yang perlu dipraktikkan semula oleh umat Islam zaman ini;


1. Bahawa mereka orang-orang Muslim adalah satu umat selain daripada manusia-manusia lain.


2. Orang-orang Muslim Muhajirin dari kalangan Quraish menurut kebiasaan yang berlaku dikalangan mereka saling membayar diat. Mereka hendaklah menebus sendiri tawanan mereka dengan cara yang baik dan adil. Setiap kabilah dari kalangan Ansar menurut kebiasaan yang berlaku dikalangan mereka, hendaklah bersama membayar diat sebagaimana yang pernah mereka lakukan dahulu. Setiap puak dari kabilah itu hendaklah menebus sendiri tawanannya secara baik dan adil dikalangan orang-orang mukmin.


3. Orang-orang Muslim dan beriman tidak boleh membiarkan seseorang menanggung beban yang berat. Mereka hendaklah membantunya dengan cara yang baik dalam membayar tebusan atau diat.


4. Orang Muslim lagi Mukmin dan bertakwa hendaklah menentang orang yang melampaui batas terhadap mereka atau orang yang suka berbuat zalim, dosa, menimbulkan permusuhan atau melakukan kerosakan dikalangan orang-orang Muslim lagi Mukmin.


5. Mereka semua orang-orang Muslim hendaklah sepakat dalam menentang kejahatan itu sekalipun terhadap anak salah seorang dari mereka.


6. Orang Muslim dan Mukmin tidak boleh membunuh orang Muslim dan Mukmin kerana menolong orang kafir.


7. Orang Muslim dan Mukmin tidak boleh membantu orang kafir untuk melawan orang Muslim dan Mukmin.


8. Bahawa perlindungan Allah itu satu, iaitu Dia melindungi orang yang lemah di antara mereka.


9. Orang-orang Yahudi yang mengikut kita (tunduk dan patuh kepada pemerintahan Islam) berhak mendapat pertolongan dan kesamaan tanpa dianiaya dan ditentang terhadap mereka.


10. perjanjian damai orang-orang Muslim dan Mukmin itu satu. Seorang Muslim dan Mukmin tidak boleh membelakangi Muslim dan Mukmin lain dalam mengadakan perjanjian damai semasa peperangan di jalan Allah, kecuali dengan cara saksama dan adil dikalangan mereka.


11. Orang-orang mukmin hendaklah saling mempertahankan antara satu sama lain daripada akibat yang menimpa mereka.


12. Orang Musyrik tidak boleh melindungi harta dan jiwa orang Quraish dan tidak boleh mempertahankan mereka terhadap orang Muslim dan Mukmin.


13. Sesiapa yang membunuh orang Muslim dan Mukmin apabila cukup buktinya hendaklah dihukum balas dengan dibunuh, kecuali waris atau wali yang dibunuh memaafkannya.


14. Wajib ke atas setiap orang Muslim dan Mukmin melaksanakan hukuman itu, selagi mana tidak dijalankan hukuman tersebut kewajipan itu tidak terhapus.


15. Tidak halal bagi seorang Muslim dan Mukmin menolong atau melindungi orang yang melakukan kejahatan. Sesiapa yang menolong atau melindunginya akan dilaknat serta dimurkai oleh Allah dan segala amalannya sama ada yang fardu atau sunat tidak diambil kira pada hari akhirat.


16. Bahawa apa sahaja perselisihan yang timbul dikalangan kamu hendaklah kamu merujuk kepada Firman Allah dan Sunah Rasul S.A.W.


Piagam Madinah ini juga melihat kepada kepentingan bukan muslim yang tinggal di bawah pemerintahan Islam dan mereka patuh dan hormat kepadanya.

Bersama kita bersatu demi Islam.







Wednesday, September 30, 2009

KEINDAHAN ADIL



Firman Allah taala dalam surah an-Nahl ayat 60;

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya”.(an-Nahl-90)

Adil bermaksud, kecenderungan untuk menghormati hak orang lain dan tidak terpengaruh kepada desakan nafsu. ( kamus al-munjid )

Dalam kitab Ihya’ Ulumuddin Imam al-Ghazali menerangkan bahawa, sifat adil mesti disertakan dengan ihsan, adil akan membawa kejayaan manakala ihsan akan membawa kepada kejayaan dan kebahagiaan. Ini bertepatan dengan maksud ayat di atas dari firman Allah taala, Allah mendatangkan perkataan ihsan sejurus selepas perkataan adil, bermakna berbuat baik atau ihsan itu sebahagian daripada sifat adil dan antara ciri-ciri adil adalah ihsan.

Sifat adil dan ihsan perlu dalam kehidupan manusia sama ada seseorang itu pemerintah ataupun orang biasa. Ia perlu diamalkan dalam kehidupan seharian bagi memastikan semua manusia berada dalam keamanan dan kesejahteraan.

Adil meliputi semua perkara atau perbuatan terhadap diri sendiri dan juga orang lain, bukan semata-mata berlaku adil terhadap orang lain tetapi diri sendiri dizalimi, ataupun sebaliknya orang lain perlu berlaku adil kepada kita dan kita tidak berlaku adil kepada orang lain.

Menurut pendeta Za’ba dalam bukunya “Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri”, “……..yang dikatakan adil itu hendaklah kita berbuat kepada sesuatu manusia atau kepada binatang pun apa yang kita sendiri suka kalau mereka berbuatnya kepada diri kita (seperti amanah, bercakap benar, menyempurnakan janji, dan lain-lain kelakuan baik seumpama itu); dan hendaklah jangan kita berbuat kepada mereka apa-apa jua yang kita sendiri tiada suka kalau mereka berbuatnya kepada diri kita………”

Adil dapat membentuk sebuah masyarakat yang makmur dan negara yang aman.

Seorang ketua atau pemerintah perlu bersifat adil dan saksama terhadap rakyat dan orang bawahannya. Tidak kira apa pangkat dan darjat mereka, sebagai seorang hamba Allah setiap orang berhak terhadap apa yang telah Allah tetapkan baginya, dan manusia lain tiada hak untuk menghalangnya daripada mendapatkannya. Firman Allah taala dalam surah al-maidah ayat 8 :

Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.(al-Maidah-8)

Pemimpin yang adil suka kepada melakukan kebaikan akan memastikan semua rakyat dan orang bawahannya mendapat hak dan ganjaran yang setimpal dengan usaha yang sama-sama mereka sumbangkan bagi memajukan sesuatu organisasi dan negara.

Kisah yang masyhur dari perjalanan hidup khalifah Umar al-Khattab menjadi panduan, pada malam hari beliau meninjau di sekitar kawasan pemerintahannya bagi memastikan setiap rakyatnya tiada yang berada dalam kesusahan.

Sifat terpuji ini perlu dijadikan contoh oleh setiap pemimpin zaman sekarang. Setiap ketika mereka perlu bertanya khabar dan menziarahi serta mengambil tahu hal ehwal masyarakat yang dipimpinnya. Bukan pada ketika-ketika yang tertentu sahaja bagi meraih sokongan daripada rakyat, itu pun hanya untuk kepentingan peribadinya, agar terus mendapat kuasa dan pengaruh.

Bantuan dan peruntukan serta kebajikan sesebuah negara atau organisasi hendaklah dibahagi sama rata tanpa mengira batasan politik dan keturunan atau kedudukan. Seorang pemimpin yang adil dan bijaksana akan sentiasa memikirkan kepentingan rakyat dan orang bawahannya, bukan kepentingan diri sendiri, kesannya beliau akan diberi kepercayaan dan sokongan yang penuh untuk terus memimpin dan melakukan kebaikan.

Sebagai seorang muslim yang bertakwa lagi beriman, wajib kita memelihara budi pekerti dan akhlak sesama insan. Berlaku adillah apabila bergaul dengan sahabat, masyarakat dan keluarga. Seorang muslim tidak akan menganiaya sahabatnya. Bahkan seorang muslim itu akan memelihara dan menjaga kehormatan dan mengasihi saudaranya, sepertimana mengasihi diri sendiri. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Bermaksud; "daripada Ibnu Syihab bahawasanya Salim memberitahunya bahawa Abdullah ibnu Umar R.A memberitahunya bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ; seorang muslim itu saudara kepada muslim yang lain, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkan dizalimi, dan sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya Allah akan menunaikan hajatnya, dan siapa yang membantu saudara muslimnya yang kesusahan Allah akan membantunya ketika ditimpa kesusahan pada hari kiamat, dan siapa yang menutup aib saudaranya Allah akan menutup aibnya pada hari kiama"t. ( Sahih Bukhari)

Berlaku adil akan memberi manfaat yang besar kepada masyarakat muslim dan juga Islam.

Sekiranya setiap muslim mengamalkan sikap berlaku adil masyarakat akan hidup aman dan tenteram. Tiada jenayah mencuri, pecah amanah, dan sebagainya. Melakukan sesuatu sesuai dengan keadaan dan kena pada tempatnya akan menghindarkan segala jenis jenayah yang berlaku dalam masyarakat.

Mencuri berlaku akibat daripada penindasan dalam sistem ekonomi, kekayaan dan kemewahan hanya memihak kepada sesuatu golongan sahaja, natijahnya kemiskinan dan kemelaratan berleluasa, golongan ini tiada peluang untuk bersaing secara sihat akhirnya mereka terpaksa mencuri bagi mendapatkan sedikit peluang untuk hidup.

Tidak terlepas juga penipuan dan pecah amanah akibat kerakusan dan usaha tidak sihat bagi mendapatkan kemewahan dan kelansungan hidup. Semuanya akibat daripada ketidakadilan tersebut.

Sifat adil sekiranya diamalkan oleh setiap muslim akan menjadi daya tarikan kepada non muslim, juga menampilkan kebaikan dan keindahan Islam kepada mereka. Adil merupakan sikap dan sifat terpuji yang ada pada nabi S.A.W. ia menjadi tarikan kepada kaum musyrikin untuk mempercayai Rasulullah dalam setiap perkara sehingga menarik minat mereka terhadap ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi S.A.W.

Sekiranya setiap muslim berlaku adil pada setiap perkara dalam kehidupan akan terhapuslah kejahatan yang berpunca dari hasad dengki, bakhil, sombong dan sebagainya.

Adil membentuk keluarga muslim yang bahagia dan berjaya didunia dan akhirat.

Sebagai seorang suami, rumah tangga isteri dan anak-anak adalah amanah Allah ke atasnya, maka amanah perlu dijaga dengan baik sebelum diserahkan semula kepada tuannya. Firman Allah taala dalam surah an-Nahl -90 ;

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya". ( an-Nahl -8 )

Adil nya seorang bapa dan suami ialah dengan memberikan ilmu dan membentuk akhlak anak-anak dan keluarga agar menjadi insan mulia, merancang masa depan anak-anak dan memimpin isteri serta keluarga. Semasa hidup nafkah dan perbelanjaan kehidupan yang sesuai dengan keperluan duniawi serta tidak melanggar hak-hak syariat. Namun bekalan akhirat tidak diabaikan, diberikan ilmu dan panduan yang sempurna bagi mereka menyediakan bekalan yang baik dan sempurna untuk kejayaan serta kehidupan yang mewah di akhirat.

Ibu-bapa yang tidak merancang atau mencorak kehidupan anak-anak agar terus berada dalam keputihan iman, mereka sebenarnya menzalimi anak-anak, tidak menyempurnakan hak dan tanggungjawab sebagai suami dan bapa, mereka tidak adil dalam kehidupan berkeluarga. Tanggungjawab memimpin anak-anak agar menjadi insan yang baik sebagaimana disabdakan Nabi S.A.W dalam sebuah hadis;

Maksudnya; daripada Abi Hurairah R.A, beliau berkata, Nabi S.A.W bersabda; setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau majusi, seperti mana binatang yang melahirkan anaknya adakah kamu lihat ada kecacatannya. (sahih bukhari 1385)

Dan firman Allah taala;

“Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan".( at-tahrim-6)

Sebagai seorang muslim kita wajib berlaklu adil terhadap Allah subhanahu wataala dengan melakukan kebaikan sebagaimana Allah melakukan kebaikan terhadap kita.

Allah taala memerintahkan hambanya agar sentiasa melakukan kebaikan dan jangan sekali-kali melakukan kejahatan dan kerosakan serta penganiayaan terhadap sesama insan.

Allah taala menyediakan segala kebaikan di atas muka bumi untuk setiap manusia menikmatinya, janganlah kita menzalimi orang lain dengan menghalang mereka daripada mendapatkannya.

Firman Allah taala dalam surah al-Qasas ayat 77;

Maksudnya;"Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ".

Sebagai hamba Allah wajib bagi kita melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.

Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan.

Tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.

Menerima taqdir Allah dengan reda, sekiranya taqdir itu tidak menyebelahi kita jangan Allah dipersalahkan.

Memelihara kehendak adil dalam hubungan dengan Allah taala akan menghapuskan segala jenis perbuatan syirik iaitu menyekutukan Allah, tidak setia dan tidak taat kepada Allah taala. Dalam pada itu menyempurnakan kewajipan dan tanggungjawab terhadap Allah termasuk dalam erti berlaku Adil kepada diri sendiri dan kepada Allah.

Kesimpulannya;

1. Hendaklah kita berlaku adil kepada semua makhluk

2. Adil dan ihsan menjamin keamanan dan kesejahteraan hidup

3. Wajib memelihara kesempurnaan adil dalam hubungan dengan Allah taala. Sebagimana Allah berlaku adil terhadap kita.



Akhirnya, dalam kehidupan ini tiada yang paling baik selain mencontohi peribadi Rasulullah dan para sahabat, kehidupan mereka sentiasa diliputi sifat-sifat terpuji yang menjadikan mereka sebagai pemimpin agung dan dihormati sama ada dalam kehidupan politik, sosial dan masyarakat. Marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita untuk kecemerlangan umat Islam dimata dunia.

Sunday, September 13, 2009

Kajian sains membuktikan Zikir Dapat Membentuk Minda Positif

Terdapat banyak contoh-contoh dalam al-Quran dan Hadis yang menceritakan tentang faedah berfikiran positif( husnu zann ), Tabah dan bersikap optimistik ketika ditimpa kesusahan. Walau bangaimanapun adakah anda tahu bahawa kesabaran dan berpandangan positif dalam kehidupan merupakan dua jenis penawar paling mujarab yang anda boleh gunakan?.

Al-Quran ( 2 : 155-157 ), bermaksud : "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang Yang dapat petunjuk hidayahNya".

Daripada penemuan sains moden, jelas menunjukkan bahawa rahmat Allah selalunya datang dalam bentuk kesihatan yang baik.

Bernard Jensen berkata, dalam bukunya " The Science and Practice of Iridology",
"para doktor sekarang berpendapat bahawa fizikal seseorang bukanlah penggerak utama tubuh badan, akan tetapi minda yang mengawalnya". Ini disokong oleh Dr Ted M. Morter dalam bukunya , Your Health... Your Choice, ketika beliau mengatakan " pemikiran negatif merupakan pengeluar asid nombor satu dalam badan ( dan kandungan asid yang melebihi dalam badan merupakan penyebab utama penyakit ) sebab tubuh anda akan bertindak balas terhadap minda yang negatif dan tekanan emosi yang dihasilkan oleh fikiran, sama seperti tindak balasnya terhadap keadaan sebenar apabila fizikal menerima kecederaan atau kesakitan".

Sejak Freud mempopularkan idea psikoanalisis, manusia hanya fokus kepada dunia mental untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, kita lupa bahawa alam fizikal dan alam mental tidak boleh dipisahkan. Fikiran terletak di dalam otak, dan otak adalah organ. Seperti organ yang lain, ia mendapatkan bekalan nutrien dari tempat yang sama dengan organ lain mendapatkan nutrien, dan ia mudah terpengaruh dengan masalah yang sama berlaku terhadap organ lain. Secara asasnya otak adalah sebahagian daripada anggota tubuh, sama dengan organ yang lain bergantung sepenuhnya kepada tubuh. Ia memerlukan gula/glukos untuk menghasilkan tenaga, berlainan dengan tisu lain yang boleh menghasilkan tenaga dari kalium dan lemak. Oleh yang demikian otak merupakan organ pertama yang menerima akibatnya apabila berlaku kekurangan glukos dalam darah dan tindak balasnya adalah sangat parah. Freud sendiri mengatakan bahawa psikoanalisis tidak sesuai untuk mengubati penyakit seperti skizofrenia,dan dia membuktikan bahawa ianya disebabkan oleh biochemical.

Sekiranya kita tahu bahawa otak merupakan organ, dan ia bekerja dengan harmoni bersama organ yang lain, dan mendapat tenaga dari aliran darah yang sama dengan organ lain, kita dapat memahami bagaimana pelbagai peristiwa mental boleh mempengaruhi kita secara fizikal. Sebagai contoh, menggunakan otak cuma untuk berfikir dan membuat ulangkaji akan membakar nutrien (zat makanan untuk tubuh badan) dalam system badan kita, terutama sekali fosforus. Oleh yang demikian kita akan mengalami kekurangan fosforus apabila otak kita bekerja keras. Dan kita mendapati bahawa sebaliknya juga berlaku dalam hubungan ini, orang yang banyak menggunakan otak dan mempunyai tahap keintelektualan yang tinggi biasanya mempunyai kandungan fosforus yang tinggi juga dalam sistem badan mereka.

Banyak hikmah yang terkandung dalam sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Huairah R.A, "Orang yang kuat itu bukanlah mereka yang dapat menumbangkan lawan dengan kekuatannya, akan tetapi orang yang kuat itu mereka yang dapat menahan kemarahan",. Bersabar dan berada dalam keadaan tenang merupakan kunci kepada kekuatan fizikal.

Bukan sahaja fosforus yang boleh terhakis akibat mengalami tekanan pemikiran dan hilang ketenangan jiwa. Sekiranya kelenjar tiroid, iaitu organ utama yang mengawal emosi bekerja melebihi had masanya, kita boleh menderita akibat kekurangan iodin. Tekanan dalam kerjaya, perceraian, atau lainnya boleh menyebabkan kehilangan kalium dan natrium dalam badan, sebab ia boleh mempengaruhi kelenjar adrenal mencipta banyak keperluan untuk mineral-mineral ini.

Bahkan
penyakit hypoglycemia (kurang glukosa/darah rendah) boleh diakibatkan oleh perasaan kegembiraan yang melampau. Atas dasar inilah Nabi S.A.W amat menyarankan kesederhanaan dalam hidup, walau bagaimanapun kita kerap kali melibatkan diri dalam hal-hal yang mengembirakan, seperti menonton tv, pergi membeli belah, menonton wayang, keraian, dan lain-lain lagi. Apabila kita melihat sesuatu yang mengujakan, bahagian luar kelenjar adrenal akan terangsang, lalu peningkatan gula dalam darah akan berlaku. Keadaan ini akan merangsang pankreas untuk merembeskan insulin ke dalam darah bagi mengawal tahap gula yang stabil dalam darah, proses ini akan mengakibatkan kita terasa letih dan lemah.

Berfikir positif akan melahirkan ketenangan dan kesihatan tubuh badan, yang mana daripada nikmat itu akan terucaplah "Alhamdulillah", ucapan syukur kepada Allah terhadap apa yang kita dapat dan apa yang kita lalui. Sebagai seorang mukmin kita sepatutnya menghidupkan suasana yang tenang, jauh daripada tekanan dan kelam kabut, sama ada di rumah ataupun di pejabat.
Salah
satu cara yang boleh kita
kurangkan kesan daripada tekanan tersebut ialah
sentiasa mengawasi tekanan perasaan yang kita hadapi
dan ambil makanan tambahan yang boleh menambahkan nutrien seperti makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Contohnya, jika mereka yang bangun untuk solat malam atau membaca al-Quran ketika ramadhan, mereka boleh mengambil makanan yang kaya dengan fosforus, ini boleh membantu mereka dalam mengimbangi pengambilan fosforus. Bagi mereka yang dalam bermusafir, melancong atau menunaikan haji dan umrah, mereka mungkin perlu mengambil lebih makanan yang mengandungi kalium dan natrium yang tinggi seperti vitamin B complex.

Bukan sahaja fizikal yang memerlukan vitamin dan makanan tambahan, bahkan jasmani juga memerlukannya. Kesihatan mental dan fizikal juga berkait rapat dengan kesihatan rohani, rohani yang sakit akan mengarahkan mental untuk mengharuskan semua perkara termasuk yang haram. Dengan itu, fizikal akan melakukan dan akan menerima akibat yang bakal diahadapi.

Sekiranya kita tidak mengendahkan kaitan antara kesihatan mental dan fizikal, barangkali kita akan kehilangan perkara-perkara penting dalam ruang lingkup kesihatan diri. Dan dalam kebanyakan masalah kesihatan, langkah pencegahan adalah lebih baik daripada mencari ubat atau penawar.

Oleh yang demikian langkah yang terbaik untuk menghindarkan diri dari mempunyai sikap negatif, dan dikuasai oleh emosi ialah dengan mengamalkan kebijaksanaan dan ilmu yang di ajarkan oleh al-Quran dan Hadis. ucapkan "Alhamdulillah" dengan rezeki yang kita perolehi, "InsyaAllah" dengan perkara yang kita maksudkan dan akan lakukan, "Subhanallah" ketika kita melihat sesuatu yang menakjubkan. Ucapkan "Astaghfirullah" apabila kita hilang kawalan diri dan berada dalam keadaan lemah, dan yang paling penting, ucapkan "Allahu Akbar", apabila kita berhadapan dengan dugaan dan cabaran dalam kehidupan.

Selalulah kita mengamalkan zikir-zikir doa-doa amalan harian yang diajarkan oleh rasulullah agar mulut kita dibasahi dengan perkara yang di redhai Allah dan hati kita sentiasa mengingati Allah. Moga dengan amalan ini diri kita sentiasa dipelihara Allah dari segala kerosakan dan hati kita sentiasa mengingati kebaikan. Oleh yang demikian kita akan berada dalam ketenangan yang berpanjangan.

Jika sekiranya kita mengamalkan zikir-zikir ini dengan istiqamah, umpama kita mengambil multi-vitamin untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan yang baik. Zikir akan membawa ketenangan dalam diri, dan ketenangan membuatkan kita berfikir serta menggunakan otak dengan baik.

Kita sangat prihatin terhadap kesihatan fizikal, namun kita lupa kepada kesihatan spiritual, tanpa kita sedar bahawa kesihatan spiritual amat penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal.


 

Diterjemah dan diolah oleh abuafnan

Artikel asal oleh Karima Burns

http://www.islamonline.net/

Wednesday, September 9, 2009

Nuzulul Qur'an Sebagai Peringatan atau Pelajaran

Pada bulan Ramadhan banyak umaat Islam yang merayakan Nuzulul Qur'an. Untuk itu kita perlu lihat dan bincangkan fungsi utama diturunkan Al-Qur'an. Moga kita tidak terlalai dengan hanya perayaan tetapi al-Quran terus dilupakan.

Syekh Shafiyur Rahman Al-Mubarakfuriy (penulis Sirah Nabawiyah) menyatakan bahwa para ahli sejarah banyak berbeza pendapat tentang bila waktu pertama kali diturunkan Al-Qur'an, pada bulan apa dan tanggal berapa, paling tidak ada tiga pendapat :

Pertama: Pendapat yang mengatakan bahwa Nuzulul Qur'an itu ada pada bulan Rabiul Awwal, Kedua: Pendapat yang mengatakan bahwa Nuzulul Qur'an itu pada bulan Rajab,
Ketiga: Pendapat yang mengatakan bahwa Nuzulul Qur'an itu pada bulan Ramadhan.

Yang berpendapat pada bulan Rabiul Awwal pecah menjadi tiga, ada yang mengatakan awal Rabiul Awwal, ada yang mengatakan tanggal 8 Rabiul Awwal dan ada pula yang mengatakan tanggal 18 Rabiul Awwal (yang terakhir ini diriwayatkan dari Ibnu Umar radhiallaahu anhu).

Kemudian yang berpendapat pada bulan Rajab terpecah menjadi dua. Ada yang mengatakan tanggal 17 dan ada yang mengatakan tanggal 27 Rajab (hal ini diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallaahu anhu -lihat Mukhtashar Siratir Rasul, Syaikh Abdullah bin Muhammad bin Abdul Wahhab An-Najdy, hal. 75-).

Al Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam Fathul Bari berkata bahwa: Imam Al-Baihaqi telah mengisahkan bahwa masa wahyu mimpi adalah 6 (enam) bulan. Maka berdasarkan kisah ini permulaan kenabian dimulai dengan mimpi shalihah (yang benar) yang terjadi pada bulan kelahirannya yaitu bulan Rabiul Awwal ketika usia beliau genap 40 tahun. Kemudian permulaan wahyu yaqzhah (dalam keadaan terjaga) dimulai pada bulan Ramadhan.

Sesungguhnya kita menguatkan pendapat yang mengatakan bahwa Nuzulul Qur'an ada pada bulan Ramadhan karena Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, artinya, "Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur'an" (Al-Baqarah: 185). Dan Allah berfirman, artinya, "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam kemuliaan" (Al-Qadr :1). Seperti yang telah kita maklumi bahwa Lailatul Qadr itu ada pada bulan Ramadhan yaitu malam yang dimaksudkan dalam firman Allah yang artinya: "Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan" (Ad-Dukhaan: 3). Dan karena menyepinya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam di gua Hira' adalah pada bulan Ramadhan, dan kejadian turunnya Jibril as adalah di dalam gua Hira'.

Jadi Nuzulul Qur'an ada pada bulan Ramadhan, pada hari isnin, sebab semua ahli sejarah atau sebagian besar mereka sepakat bahwa diutusnya beliau menjadi Nabi adalah pada hari isnin. Hal ini sangat kuat karena Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam ketika ditanya tentang puasa hari isnin beliau menjawab: "Di dalamya aku dilahirkan dan di dalamnya diturunkan (wahyu) atasku" (HR. Muslim). Dalam sebuah lafadz dikatakan "Itu adalah hari dimana aku dilahirkan dan hari dimana aku diutus atau diturunkan (wahyu) atasku"(HR. Muslim, Ahmad, Baihaqi dan Al-Hakim). Akan tetapi pendapat ketiga inipun pecah menjadi lima, ada yang mengatakan tanggal 7 (hari isnin), ada yang mengatakan tanggal 14 (hari isnin), ada yang mengatakan tanggal 17 (hari Kamis), ada yang mengatakan tanggal 21 (hari isnin) dan ada yang mengatakan tanggal 24 (hari Kamis).

Pendapat "17 Ramadhan" diriwayatkan dari sahabat Al-Bara' bin Azib dan dipilih oleh Ibnu Ishaq, kemudian oleh Ustadz Muhammad Huzhari Bik.

Pendapat "21 Ramadhan" dipilih oleh Syekh Al-Mubarakfuriy, karena Lailatul Qadr ada pada malam ganjil, sedangkan hari isnin pada tahun itu adalah tanggal 7, 14, 21 dan 28.

Sedangkan pendapat "24 Ramadhan" diriwayatkan dari Aisyah, Jabir dan Watsilah bin Asqo' , dan dipilih oleh Ibnu Hajar Al-Haitamiy, ia mengatakan: "Ini sangat kuat dari segi riwayat".

Karena itu memperingati peristiwa turunnya Al-Qur'an pertama kali tidaklah penting, yang pentingnya mengamalkan ajaran al-Quran, Al-Qur'an diturunkan tidaklah untuk diperingati tetapi untuk memperingatkan kita.

Peristiwa Nuzulul Qur'an bukanlah diharapkan agar dijadikan sebagai hari raya oleh umat ini, yang dirayakan setiap tahun, karena Islam bukanlah agama perayaan sebagaimana halnya agama-agama lain." Islam tidak perlu dibungkus dan dihiasi dengan perayaan-perayaan yang membuatkan orang tertarik kepadanya. Karena itu pesta hari raya tahunan di dalam Islam hanya ada dua yaitu Idul Fitri dan Idul Adha.

Jadi turunnya Al-Qur'an bukan untuk diperingati setiap tahunnya, melainkan untuk memperingatkan kita setiap saat. Allah Subhanahu wa Ta'ala menegaskan, artinya: "Alif Lam Mim Shaad. Ini adalah sebuah kitab yang diturunkan kepadamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dadamu karenanya, supaya kamu memberi peringatan dengan kitab itu (kepada orang kafir) dan menjadi pelajaran bagi orang-orang yang beriman" (Al-A'raaf: 1-2).

Cara Salafus Solih

Memperingati peristiwa turunnya Al-Qur'an bukan hanya perayaan dan majlis-memperingati sahaja. Akan tetapi kita perlu contohi jejak ulama-ulama salaf iaitu membaca Al-Qur'an, membaca dan membaca lagi.

Apabila tibanya tarikh Nuzulul Quran semestinya kita tambahkan semangat untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran. Allah Subhaanahu Wa Ta'ala berfirman, artinya: "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi" (Faathir: 29). Apalagi di bulan Ramadhan, bulan Al-Qur'an ini, Umar radhiallaahu anhu berkata: "Seandainya kita bersih, tentu akan merasa kenyang dari kalam Allah. Sesungguhnya aku amat tidak suka manakala datang sebuah hari sementara aku tidak membaca Al-Qur'an." Karena itu beliau tidak meninggal dunia sehingga mushafnya koyak kerana sering dibaca. Dan ketika menjadi imam pada shalat shubuh beliau sering membaca surat Yusuf yang terdiri dari 111 ayat tertulis dalam 13 halaman, yang bererti satu sepertiga juz. Hal ini tidak mengherankan karena khalifah kedua Umar bin Khatthab radhiallaahu anhu ketika memimpin shalat shubuh juga selalu membaca surat-surat yang bilangan ayatnya lebih dari 100 ayat seperti surat Al Kahfi (11 halaman), surat Maryam (7 halaman) dan surat Thaha (10 halaman).

Bahkan solat tarawih di zaman salafus soleh rata-rata mengambil masa 5 jam, dan kadang-kadang semalam suntuk, yang bererti setiap satu rakaat tarawih (dari sebelas rakaat) memerlukan 40 minit. Bahkan para sahabat banyak yang solat sambil bersandar dengan tongkat karena terlalu lamanya berdiri.

Begitulah generasi Qur'ani yang sangat mencintai Al-Qur'an. Mereka tidak merayakan Nuzulul Quran akan tetapi amat mencintai al-Quran. Sebaliknya yang berlaku kita banyak merayakan perayaan, akan tetapi sekadar merayakannya sahaja. Selepas itu tiada kesan pada diri kita.

Mengkhususkan Membaca Al-Qur'an

Para tabi'in dan tabi'it-tabi'in, karena begitu memahami erti dari Ramadhan, bulan Al-Qur'an, dan begitu kuatnya dalam mencintai Al-Qur'an, maka bila bulan Ramadhan tiba mereka mengkhususkan diri untuk membaca Al-Qur'an seperti yang dilakukan oleh Imam Az-Zuhri dan Sufyan Ats-Tsauri. Sehingga dalam satu bulan berpuluh puluh kali khatam Al-Qur'an. Imam Qatadah umpamanya, di luar Ramadhan khatam setiap tujuh hari, di dalam Ramadhan khatam setiap tiga hari, dan di sepuluh hari terakhir khatam setiap hari. Sementara Imam Syafi'i di luar Ramadhan setiap hari khatam sekali, dan di dalam Ramadhan setiap hari khatam dua kali. Itu semua di luar shalat.

Begitulah ulama yang cintakan al-Quran, setiap hari khatam Al-Qur'an, ada yang sekali dan ada yang dua kali. Sementara kita sebulan Ramadhan jika khatam sekali saja maka sudah puas dan gembira. Itupun boleh dihitung dengan jari. Bahkan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah selama di dalam penjara, dari tanggal 7 Sya'ban 726 H sampai wafatnya 22 Dzulqa'dah 728 H, selama 2 tahun 4 bulan beliau telah mengkhatamkan Al-Qur'an bersama saudaranya Syeikh Zainuddin Ibnu Taimiyah sebanyak 80 kali khatam, yang berarti rata-rata setiap 10 hari khatam satu kali.

Semoga Allah merahmati kita bersama mereka dan semoga kita dapat meneladani Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya, dan para ulama salafus soleh dalam mencintai Al-Qur'an. Amin..

Tulisan asal oleh: (Abu Hamzah As-Sanuwi)
Diolah oleh: ( Abu Afnan )
9/ 9 / 09M rabu = 19 / 9 / 1430H

Friday, September 4, 2009

KUALA LUMPUR, Sept 4 — An Islamic missionary organization added fuel to the Shah Alam temple row today by concluding that the root cause of the contro

KUALA LUMPUR, Sept 4 — An Islamic missionary organization added fuel to the Shah Alam temple row today by concluding that the root cause of the controversy was that there are too many Hindu temples in Malaysia.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) president Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad said today that Muslims could accept the right of non-Muslims to build their own houses of worship, but the problem was the proliferation of illegal Hindu temples.

He also argued that it was the responsibility of non-Muslims to take care of the sensitivities of Muslims.

He said that Yadim had come out with a research case study to back the opposition to the construction of the Sri Mahamariamman temple in the Section 23 neighbourhood of Shah Alam, in an apparent justification of last week's cow-head protests by a group claiming to be residents there.

Nakhaie told reporters that the case study had been done to examine the sensitivities of Muslims towards the building of temples/ places of worship of non-Muslims.
“The number of mosques compared to Hindu temples are not at all balanced with the ratio of people who live in a particular area. There are approximately 2600 Hindus living in Sentul and there are also 72 temples there," he said, citing Yadim's research of a Kuala Lumpur neighbourhood.

Muslims make up the majority of residents in Sentul at around 60 per cent of the population, he said, but there were only 13 mosques in the area.

According to him, the Muslim level of tolerance in the country was “quite high”.
“Muslims are fine if temples are built but there has to be some limit. They cannot accept it if temples were to be built in Malay-Muslim majority areas. There will be some level of uneasiness if the temple activities disrupt the harmony of Muslims,” proclaimed the Yadim chief.
He added that what happened in Section 23 “was expected” because the sensitivities of the Malay-Muslims were not taken into account by the Selangor state government.

He also blamed ‘certain’ parties for politicising the issue, stating that based on statements made by politicians, there was a tendency for the public to blame the residents of Section 23 for being racist.

“Whatever that has happened is simply the reaction of Malays towards the aggressive moves of building an illegal temple in the area.

"They are disappointed with the Selangor state government. The reason this has escalated to
such a level is due to the negligence of the state to act swiftly and promptly on the matter,” lamented Nakhaie.

Nakhaie urged local governments to take action on the proliferation of illegal temples, emphasising religion should not be used for political gain by some parties.

When asked on what should be done to handle the current crisis in Section 23, he said that tolerance is the answer and that non-Muslims should take care of the sensitivities of Muslims.
“Back in the time of pre-independence, past leaders like Tan Cheng Lock understood their position in this country. Non-Muslims did not arrive on an empty piece of land in Malaysia. Malays and Malay Kings were already here for centuries.

"The past leaders understood that in order to be a part of this country, they had to respect the rights and sensitivities of the Malays, and they did just that. Sadly today this agreement is lost,” he said.

Nakhaie also lambasted Selangor Pakatan Rakyat (PR) leaders like Shah Alam MP Datuk Khalid Samad as well as state executive councillor Datuk Rodziah Ismail, calling them hypocrites for wanting legal action to be taken against the protestors.

“These people who wanted the ISA abolished suddenly have no qualms in wanting it to be used against Section 23 residents,” said Nakhaie.

Last Friday a group claiming to be Muslim residents of Section 23 in Shah Alam, the new site of the Hindu temple, held a demonstration outside the Selangor State Secretariat by dragging a severed cow-head, a sacred animal in Hinduism, which they stomped on and spat at in the presence of riot police.
The police did not take any action.

The act was carried out by a group of 50 protestors who oppose the relocation of the Sri Mahamariamman Temple to Section 23 from Section 19, claiming that the housing area is predominantly Muslim.

A check last week has since shown that the neighbourhood is multi-racial, with Indians making up more than a quarter of those who live there.

The 150-year old temple was built on a plantation which over the years was developed into housing areas by the Selangor Development Corporation (PKNS). No provisions were previously made to relocate the temple, which currently stands in a Muslim-majority area.

malaysia insider

Friday, August 21, 2009

Puasa Ramadhan Al Mubarak

بسم الله الرحمان الرحيم

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.(al-Baqarah-183)


 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَلَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ. ( صحيح البخاري)


 

Daripada Abu Hurairah R.A, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berkata : setiap amalan keturunan Adam A.S adalah baginya, kecuali puasa ianya bagiKu dan aku akan memberi ganjarannya. Dan bahawasanya berubah bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada bau kasturi. (Hadis qudsi riwayat Imam Bukhari)


 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ.

( سنن الترمذي .باب ما جاء في فضل شهر رمضان)


 

Maksudnya : daripada Abi Hurairah R.A berkata; bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam; " apabila bermula malam ramadhan yang pertama, dibelenggu syaitan-syaitan dan kejahatan jin, ditutup pintu-pintu neraka, tiada satu pun yang dibuka, dan dibuka pintu-pintu syurga, tiada satu pun yang ditutup, dan diseru kepada orang yang berpuasa, wahai orang yang mencari kebaikan datanglah/teruskan, dan diseru kepada orang yang mencari kejahatan/maksiat cukuplah, berhentilah. Dan Allah membebaskan hambanya dari api neraka. Keadaan itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.


 

Pengertian puasa.

Menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari sehingga jatuh matahari. Disyariatkan puasa disiang hari tidak pada malam hari.

Hukum berpuasa

Fardu ain, yakni wajib ke atas setiap lelaki dan wanita yang cukup umur akil baligh. Haram dan berdosa besar jika tidak berpuasa bagi mereka.

Hukum wajib berpuasa berdasarkan perintah Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 183 : Bermaksud : Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.(al-Baqarah-183)


 

Hadis Nabi:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَان .( صحيح بخاري كتاب الإيمان باب بني الإسلام علي خمس)

Maksudnya : Daripada Ibnu Umar R.Anhuma berkata. Bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dibina Islam itu atas lima rukun, mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah dan bahawasanya Muhammad itu utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji, dan berpuasa Ramadhan.


 

Syarat wajib berpuasa

  1. Islam = tidak wajib bagi orang bukan Islam
  2. Baligh ( cukup umur 15 tahun bagi lelaki, 9 tahun bagi perempuan ) = tidak wajib bagi kanak-kanak.
  3. Berakal = tidak wajib bagi orang gila
  4. Bermukim. Bukan dalam musafir
  5. Mampu berpuasa.


 

Bilakah wajib berpuasa

Apabila nampak terbitnya hilal (anak bulan ) ramadhan pada malam hari terakhir bulan syaaban iaitu pada 30 hari bulan.

Wajib berpuasa pada keesokan harinya iaitu 1 Ramadhan. Bermula dari terbitnya fajar hingga jatuh matahari dan begitulah hari-hari berikutnya sehingga cukup sebulan dalam bulan Ramadhan.

Rukun puasa

  1. Niat
  2. Menahan dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa disiang hari.

Niat berpuasa

Wajib berniat puasa pada setiap hari dalam bulan Ramadhan. Niat hendaklah pada malam hari untuk puasa keesokannya. Berniat dihati, namun lafaz yang disertakan ini hanyalah sebagai panduan bagi menyempurnakan niat.

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أدَاءِ فَرْضَ رَمَضَانَ هَذِهِ السَنَةِ لِلهِ تَعَالى

Maksudnya : aku berniat puasa besok hari menunaikan fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah taala.

Syarat sah puasa

  1. Islam
  2. Suci dari haid dan nifas
  3. Tamyiz ( boleh membezakan baik dan buruk ) sah puasanya
  4. Tiba waktunya wajib berpuasa. Yakni bulan ramadhan.

Perkara – perkara sunat dilakukan di bulan puasa

  1. Segera berbuka apabila yakin telah masuk waktu berbuka (maghrib)
  2. Mengakhirkan sahur (antara makan sahur dengan azan sekadar membaca lima puluh ayat al-quran)
  3. I'ktikaf di masjid
  4. Qiyamullail, solat malam.
  5. Membaca Al-Quran
  6. Banyakan zikir
  7. Banyakan berdoa
  8. Banyakan bersedekah kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan

Perkara yang membatalkan puasa

  1. Makan dan minum
  2. Melakukan hubungan seks disiang hari
  3. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
  4. Muntah dengan sengaja
  5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  6. Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
  7. Menjadi gila
  8. Pitam sepanjang hari
  9. Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
  10. Murtad, iaitu keluar dari Agama Islam


     

Berbuka puasa

Sunat segera berbuka puasa dengan buah kurma "tamar" atau buah-buahan yang manis. Sunat berdoa kerana doa bagi orang yang berpuasa tidak ditolak doanya oleh Allah Taala.


عن عبد الله بن عمرو بن العاص قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد)

Maksudnya : Daripada Abdullah bin A'mru Ibn Al-A'as berkata; sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : sesungguhnya doa orang yang berpuasa, ketika berbuka tidak ditolak oleh Allah Subhanahu Wataala.


 

Doa berbuka puasa

اللهم لك صمنا وعلى رزقك أفطرنا ذهب الظماء وابتلت العروق وثبت الأجر إنشآء الله فتقبل منا إنك أنت السميع العليم

Ya Allah untukMu kami berpuasa dan dengan rezekiMu kami berbuka, hilanglah dahaga, basahlah tekak, dan dapat pahala dengan izinMu, terimalah puasa kami sesungguhnya Engkau mendengar lagi maha mengetahui.


 

Solat Tarawikh

  • Sembahyang tarawikh adalah sunat yang dilakukan hanya pada bulan ramadhan.
  • Solat tarawikh bermula pada malam pertama setelah anak bulan kelihatan menandakan masuknya bulan Ramadhan.
  • Waktu solat tarawikh ialah selepas solat isyak pada tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan, waktunya berpanjangan sehingga subuh. Jadi boleh dikerjakan pada mana-mana waktu sekiranya tidak dapat dikerjakan selepas solat isyak.
  • Bilangan rakaat solat tarawikh sebelas rakaat termasuk solat witir tiga rakaat yang dilakukan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
  • Boleh juga dilakukan solat tarawikh dua puluh rakaat (tidak termasuk solat witir) ini yang dilakukan oleh Sahabat Nabi, di zaman mereka seperti Sayidina Omar, Sayidina Osman, dan Sayidina Ali.


     

  • Caranya, setiap takbiratul ihram dua rakaat sehingga selesai 8 rakaat atau 20 rakaat. Kemudian disusuli dengan 3 rakaat solat witir ( 2 rakaat satu salam dan 1 rakaat satu salam )


     

    Niat solat tarawih

    أصلى سنة التراويح ركعتين مأموما / إماما لله تعالى

    Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat mengikut imam / menjadi imam kerana Allah taala


     

    Niat solat witir

    أصلى سنة الوتر ركعتين / ركعة مأموما / إماما لله تعالى

    Maksudnya : Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat / satu rakaat mengikut imam / menjadi imam, kerana Allah taala


     

  • Boleh dilakukan secara berseorangan akan tetapi lebih afdhal dilakukan secara berjemaah di masjid.
  • Solat tarawikh berakhir sejurus apabila berakhirnya Ramadhan dengan kelihatannya anak bulan Syawal menandakan hari raya Aidilfitri keesokannya.


 

Sahur

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السُّحُورِ .( سنن الترمذي )

Maksudnya : Dari A'mru Ibn A'ss ; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda , "Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab ialah makan diwaktu sahur".


 

Sunat bagi orang yang berpuasa untuk bangun dan makan sahur, sahur ialah waktu di penghujung malan sebelum masuk waktu subuh, pada waktu itu bagi yang berpuasa disunatkan untuk makan sedikit bagi memberinya kekuatan untuk berpuasa besok harinya. Cukup hanya sekadar memakan sedikit buah tamar semasa sahur.

نِعْمَ السَّحُوْرِ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

Maksudnya: "Sebaik-baik sahur seorang mukmin adalah buah kurma." (HR. Abu Dawud)

Disunatkan melewatkan waktu makan sahur. Iaitu sebelum masuknya waktu subuh sekadar membaca 50 ayat al-Quran.

عَنْ أَنَسٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً. (صحيح البخاري. باب قدركم بين السحور وصلاة الفجر)


 

Maksudnya: Daripada Anas R.A daripada Zaid bin Sabit R.A berkata; kami makan sahur bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, kemudian Rasulullah bangun untuk solat. Kemudian aku bertanya kepada zaid, berapa lama antara azan dan makan sahur ? beliau berkaata sekadar lima puluh ayat.


 

Selain daripada bangun untuk sahur, kita juga digalakan mengerjakan solat tahajud ketika bangun dari tidur. Ini agar kita menggunakan waktu yang barakah ini dengan sebaik-baiknya.


 

Harus berbuka puasa bagi mereka yang mengalami keuzuran, namun perlu diqada atau bayar fidyah. Mereka itu ialah :

  1. Orang yang bermusafir ( qada )
  2. Orang yang sakit yang tiada harapan untuk sembuh ( bayar fidyah, tidak perlu qada )
  3. Orang yang sangat tua dan tidak mampu berpuasa ( bayar fidyah bagi setiap hari yang ditinggalkan )
  4. Perempuan hamil yang risaukan kandungannya ( Qada )
  5. Perempuan yang menyusukan anak ( Qada )
  6. Perempuan yang didatangi haid dan nifas ( Qada )


 

Qada Puasa

Qada ialah menggantikan puasa mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sama ada dengan sengaja atau dengan keuzuran seperti yang disebutkan.


 

Bagi mereka yang batal puasanya hendaklah mengqada puasa yang ditinggalkannya pada hari yang tidak diharamkan berpuasa. Iaitu tiga hari tasyriq ( 11, 12, 13 zulhijjah iaitu hari kedua ketiga dan keempat daripada Aidiladha), dan dua hari raya ( Aidilfitri dan Aidiladha)

Hendaklah disegerakan qada puasa yang ditinggalkan itu sebelum tiba ramadhan yang seterusnya. Jika tidak, perlu dibayar fidyah berserta qada bagi setiap hari yang ditinggalkannya.

Qadha puasa boleh dilakukan secara berturutan atau berselang hari.

Fidyah

Fidyah ialah memberi makan kepada fakir miskin dengan kadar sukatannya ialah sebanyak satu mudd (cupak) beras, atau apa-apa juga bijirin yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu. Adapun satu mudd itu adalah sebagai ganti bagi satu hari puasa yang ditinggalkan. Satu mudd adalah bersamaan 15 tahil atau 567 gram (566.85 gram).


 

Zakat Fitrah

Zakat fitrah disyariatkan pada tahun kedua hijrah, iaitu pada tahun difardhukan puasa Ramadhan. Ibnu Abbas Radiallahu Anhu berkata "Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah bagi menyucikan perkara-perkara yang melalaikan dan kecabulan mulut orang yang berpuasa, serta untuk disedekahkan kepada fakir miskin".

Hikmah diwajibkan zakat fitrah

  1. Menyucikan perkara yang mungkin dilakukan ketika berpuasa secara tidak sengaja daripada kekurangan dan kesilapan kecil.
  2. Untuk menguji sifat kasih belas yang terhasil dari amalan puasa yang dilakukan, dan merasai kesusahan orang miskin serta yang memerlukan.
  3. Sebagai galakan untuk membantu dan melahirkan rasa kebertanggungjawaban dalam masyarakat Islam, agar tiada golongan yang merayakan hari raya dengan serba kekurangan sedangkan ada golongan yang lain dalam serba kemewahan.
  4. Menyedarkan orang yang miskin tentang ketinggian dan kemuliaan insan, tangan yang memberi sentiasa di atas, dan dengan kesedaran itu dia berusaha dan bekerja untuk menghilangkan kefakiran dirinya. Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan menerima.


 

Hukum zakat fitrah

Ulama telah bersepakat bahawa hukumnya wajib syar'ie. Menunaikannya akan diberikan pahala dan meninggalkannya akan di azab. Abdullah Ibnu Umar berkata : "Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mewajibkan zakat fitrah ramadhan segantang tamar atau segantang gandum ke atas hamba, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak, orang dewasa, dan semua orang Islam".

Kadar zakat fitrah

Segantang beras (mengikut makanan asas penduduk negara yang didiami), atau kadar nilaian mata wang yang bersamaan dengan segantang makanan tersebut.

Waktunya

Zakat fitrah boleh dikeluarkan bermula dari awal bulan Ramadhan , tetapi yang paling afdhal sehari atau dua hari sebelum hari raya, ini adalah supaya memungkinkan fakir miskin menikmatinya untuk hari raya.

Zakat fitrah boleh dikeluarkan sehingga sebelum menunaikan solat hari raya. Selepas solat berakhirlah kewajipan zakat fitrah, dan jika dikeluarkan juga selepas solat hari raya ianya menjadi sedekah biasa.


 

Hikmah Dan Faedah Puasa

  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah S.W.T.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
  • Mengurangkan keinginan nafsu syahwat

Fatwa-Fatwa Khusus Puasa

Keputusan Seminar Fekah Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997. Seminar tersebut telah menetapkan bahawa perkara-perkara berikut tidak membatalkan puasa.

  1. Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga
  2. Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit angina (jantung)
  3. Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin)
  4. Memasukkan teropong kesalur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray
  5. Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat tiada apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.
  6. Suntikanmelalui kulit, otot, sendi atau pembuliuh darah, kecuali memberi makanan melalui pembuluh darah.
  7. Penderma atau penerima pemindahan darah
  8. Oksigen dan gas bius
  9. Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.
  10. Mengambil sampel darah untuk ujian makmal
  11. Sesalur dan bahan perantara untuk arteriogtrafi ( pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain
  12. Teropong dalam rongga perut (endoskopi) untuk mencari punca penyakit
  13. Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk ke dalam perut
  14. Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat ke dalamnya.
  15. Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain
  16. Ubat titis hidung, semburan hidung dan ubat sedut
  17. Suntikan ke dalam dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur
  18. Pembedahan yang melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk berpuasa
  19. Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut
  20. Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya ke dalam perut


     

Fadilat Dan Kelebihan Bulan Ramadhan

Sebagaimana kata Ibnu Abbas ketika menceritakan perihal Rasulullah :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ . (صحيح البخاري. باب بدء الوحي)


 

Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas R.A berkata; sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam manusia yang paling pemurah, sifat pemurah beliau bertambah pada bulan Ramadhan ketika mana bertemu dengan Jibril Alaihissalam, Jibril bertemu dengan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada setiap malam dibulan Ramadhan untuk bertadarus al-Quran bersama Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam amat cepat dalam melakukan kebaikan lebih cepat daripada angin yang bertiup.


 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
( صحيح بخاري . باب صوم رمضان إحتسابا من الإيمان )


 

Maksudnya ; daripada Abi Hurairah R.A berkata; sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. " barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesungguhan akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya".


 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ (سنن الترمذي حديث حسن صحيح. باب ما جاء في فضل الصوم )

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.A berkata; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda " bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika bertemu Allah".


 

Peristiwa Yang Berlaku Dalam Bulan Ramadhan

Selain turunnya wahyu Allah yang pertama di bulan Ramadhan, terdapat beberapa peristiwa besar yang juga berlaku dibulan yang penuh dengan barakah ini. Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan:

17 Ramadhan 2H

Perang Badar Al-Kubra

Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang  tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

Ramadhan 5H

Persiapan Perang Khandaq

Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.

20 Ramadhan 8H

Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala

Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa', dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.


Ramadhan 9H

Perang Tabuk

Rasulullah SAW tidak mendapati tentera Rom lalu kembali ke Madinah.

Utusan Thaif

Utusan Thaif datang ke Madinah untuk masuk Islam dan pada ketika itu juga mereka terus melaksanakan kewajiban-kewajiban dan melaksanakan puasa disana.

Utusan Raja Himyar

Utusan Raja Himyar datang ke Madinah untuk menyatakan kemasukan Islam. Rombongan tersebut diterima dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW. Beliau kemudian menulis batas-batas hak dan kewajiban mereka dalam bentuk dokumen bertulis.

Ramadhan 10H

Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera dibawah pimpinan Saidina Ali Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka bersembahyang berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.

Ramadhan 53H

Kemenangan tentera Islam di Rhodesia.

Ramadhan 92H

Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair,  Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Paglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic. Antara peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa perang ini ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic. Beliau berkata, "Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid". Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

Ramadhan 129H

Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.

Ramadhan 584H

Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.

Ramadhan 658H

Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera- tentera Tartar yang biadap ini. Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata "Wahai Kekasihku". Ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan, "Janganlah kamu berkata demikian. Kasih lagilah kamu terhadap Islam". Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.


 


 


 


 

rujukan

روضة الطالبين وعمدة المفتين. للإمام النووي

الصيام فقها وعبادة. فضيلة الشيخ عمر الديب

المجموع

http://www.alazhar.gov.eg/

http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/

صحيح البخاري , كتاب الصوم

فتح الباري. لإبن حجر

سنن أبي داود

سنن الترمذي