Friday, January 8, 2010

Fakta Kalimah Allah

1. Dalam Kamus Lisan Arab

Imam al-laith berkata “Nama Allah yang maha agong ialah ALLAH, iaitu ALLAH tiada tuhan melainkannya hanya yang Esa., ( membuktikan bahawa ia menjadi hak eksklusif bagi orang islam menggunakan nama Allah sebab orang islam mengaku bahawa Allah hanya satu. Tidak pada Kristian mereka berpegang kepada kepercayaan trinity.

Berkata abu haitham; “ perkataan Allah berasal dari perkataan “ilah”, firman Allah taala yang bermaksud; “Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang Tuhan bersamaNya; (Kalaulah ada banyak Tuhan) tentulah tiap-tiap Tuhan itu akan Menguasai dan menguruskan Segala Yang diciptakannya Dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya Yang lain. Maha suci Allah dari apa Yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu”. (Al-mukminun-91).

Al haitham berkata lagi, tuhan ialah yang disembah, dan Ia adalah pencipta hambanya, memberi rezki dan mentadbir makhluk yang diciptanya, dan tuhan yang tidak bersifat demikian bukannya tuhan, sekalipun ia disembah secara salah, bahkan ia hanyalah makhluk yang dijadikan alat penyembahan.

Setiap yang memiliki sesuatu, maka ia di panggil rabb yakni (pemilik), contoh; pemilik binatang tunggangan, pemilik rumah, fulan itu tuan rumah. Ada Pendapat mengatakan bahawa al-rabb pada bahasanya bermakna pemilik, tuan, pentadbir, penjaga, yang mendirikan, dan yang memberi nikmat.

2. Ayat al-quran.

Ayat al quran. Membuktikan bahawa yang dinamakan “Allah” itu tidak mempunyai anak, dan tidak mempunyai sekutu tuhan yang lain..

“Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang Tuhan bersamaNya; (Kalaulah ada banyak Tuhan) tentulah tiap-tiap Tuhan itu akan Menguasai dan menguruskan Segala Yang diciptakannya Dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya Yang lain. Maha suci Allah dari apa Yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu”.( al-mukminun 91).

“tetapi Aku sendiri percaya dan yakin Dengan sepenuhnya Bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan Aku tidak sekutukan sesuatu pun Dengan Tuhanku”.( al-kahfi-38)

“…Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah".( al-imran-64).

Kalimah ini membuktikan cukup hanya akal dapat mengesahkannya, bahawa seluruh manusia itu hamba Allah, tidak boleh sebahagian mereka sahaja yang taat kepada Allah dengan melakukan ibadat. Dan tidak boleh bagi manusia mentaati sesama mereka kecuali atas dasar mentaati Allah.( kitab ahkam al-quran, oleh ahmad bin ali @ abi bakar ar-razi al-jassas al-hanafi).

Ini membuktikan bahawa tuhan bagi semua manusia ialah Allah, dan semua nabi yang diturunkan oleh Allah menyeru kepada agama yang satu iaitu al-Hanif yakni agama Islam dan menyembah tuhan yang satu iaitu Allah. Nabi Isa ialah utusan Allah untuk menyeru kepada umatnya agar beriman kepada Allah, bukannya tuhan anak, seperti yang didakwa oleh kristien.

3. Dalam tafsir ar-razi.bab7 juzuk 1.tafsir kepada "Bismillahirrahmanirrahim".

"Pendapat setengah ulama mengatakan bahawa; lafaz Allah bukan berasal dari kalimah arab, tetapi dari bahasa Ibrani atau suryani, tetapi mereka mengatakan “Ilahan”, “rahmanan”, dan “marhayana”

Adapun pendapat ramai mengatakan ia berasal dari kalimah arab. Mereka yang berpendapat bahawa lafaz Allah adalah isim alam bagi allah taala, berkecuali dalam perbahasan ini. Mereka yang menentang pendapat Allah dari bahasa Ibrani dan suryani terbahagi kepada 2.

1. Pendapat Ulama kuffah: asal perkataan Allah dari “ilah”, kemudian dimasukkan alif dan lam untuk tujuan ta’zim maka jadi “ al-ilah”, kemudian dihazafkan hamzah kerana berat dalam pertuturan, jadi “”alilah”(yakni lam pertama baris bawah), bertemu dua lam di situ, kemudian diidghamkan lam pertama kepada lam yang kedua, maka jadi “Allah”.

2. Pendapat ulama basrah: asal perkataan Allah ialah “ lah”, kemudian dimasukkan alif dan lam, maka jadi “Allah”.

Berkata al-khalil; telah bersepakat para ulama bahawa pendapat kami “Allah” khusus kepada Allah taala. Demikian juga pendapat kami “al-ilah”, khusus penggunaanya kepada Allah taala sahaja. Adapun pendapat yang mengitlakkan nama “al-ilah” kepada selain Allah, mereka mensyaratkan idhafat seperti contoh: “ilah kaza” , ataupun tidak mengidhafatkannya, seperti firman Allah dalam menceritakan perihal kaum musa;

“Wahai Musa buatlah untuk Kami suatu Tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan”. Nabi Musa menjawab: “Sesungguhnya kamu ini adalah kaum Yang jahil”.(al-a’raf-138)

Masalah kelima: ketahuilah sesunggunya “Allah” adalah nama yang eksklusif, dan ada keistimewaan yang tidak terdapat dalam nama-nama lain bagi Allah taala. Kami akan terangkan di sini. Keistimewaan pertama;

1. الله Kalau di hazaf alif “ لله”akan tetap membawa maksud Allah contoh; firman Allah taala { وَلِلَّهِ جُنُودُ السموات والأرض } [ الفتح : 4 ] { وَلِلَّهِ خَزَائِنُ السموات والأرض } [ المنافقون : 7 ]

2. Kalau kamu hazafkan lam yang pertama له"” tetap membawa maksud Allah; contoh{ لَّهُ مَقَالِيدُ السموات والأرض } [ الزمر : 63 ] وقوله : { لَهُ الملك وَلَهُ الحمد } [ التغابن1

3. Kalau kamu hazafkan lam yang kedua” ه” tetap akan membawa maksud Allah; contoh { قُلْ هُوَ الله أَحَدٌ } [ الإخلاص : 1 ] وقوله : { هُوَ الحى لاَ إله إِلاَّ هُوَ } [ غافر : 65 ]. wau pada هو adalah wau tambahan (واو زائدة ) buktinya ia akan gugur apabila digunakan pada tasniah dan jamak.

Sebagaimana terdapat keistimewaan pada lafaz Allah, ada juga pada makna Allah, jika kita menyeru nama Allah dengan Rahman, maka kita sifatkan Allah dengan sifat maha pengasih/pemurah, bukannya dengan sifat qahar. Jika kita seru Allah dengan a’lim, kita sifatkannya dengan maha berilmu, bukannya dengan qudrah dan begitu juga seterusnya. Akan tetapi jika kita seru Allah dengan ya “Allah” maka kita telah menyifatkan Allah dengan semua sifat-sifatnya. Kerana ‘al-ilah’ (yakni tuhan) bukanlah tuhan melainkan ia bersifat dengan semua sifat-sifat tuhan.

Keistimewaan kedua; kalimah syahadah merupakan kalimah yang menghilangkan kekufuran dan menjadikan seseorang itu islam, dan kalimah syahadah tidak sah melainkan dengan kalimah “ALLAH”. Kalau seorang kafir mengatakan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan ar-Rahman, atau ar-Rahim, atau al-Malik, atau al-Quddus, dia tidak keluar dari kekufuran dan tidak menjadi Islam. Adapun apabila bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah, dia akan keluar dari kufur dan masuk kepada Islam. Inilah keistimewaan lafaz “ALLAH”.

4. Dalam Bible. Rujuk web berikut:

- http://www.jamaat.net/name/name4.html

- http://www.islamic-awareness.org/Quran/Sources/Allah/BibAllah.html

- http://www.answering-christianity.com/allah.htm

Apa yang boleh dikatakan ialah, agama yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s ialah Agama Islam dan beliau menyeru umat manusia pada waktu itu kepada menyembah ALLAH yang satu. Dan berpegang dengan Injil yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Isa a.s

Setelah diutuskan Nabi Muhammad S.A.W, masih ada yang setia dengan ajaran Nabi Isa, mereka digelar Ahli Kitab, dan mereka masih mempercayai Allah tuhan yang satu. Pengikut ajaran nabi Isa telah menyeleweng dan mengatakan bahawa ada tuhan anak, tuhan ibu dan tuhan bapa. Firman Allah taala dalam surah an-nisa' :

"Wahai ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)! janganlah kamu melampaui batas Dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan Yang benar; Sesungguhnya Al masih Isa Ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan kalimah Allah Yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadanya. maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". berhentilah (daripada mengatakan Yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha suci Allah daripada mempunyai anak. bagi Allah jualah Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. dan cukuplah menjadi pengawal (yang mentadbirkan sekalian makhlukNya)". (Al-nisa'-171)

Namun hakikat pada masa ini, di Malaysia adakah mereka masih digelar ahli kitab dan mempercayai Allah ?, atau mereka hendak menggunakan kalimah ALLAH ini supaya dapat mempengaruhi atau memperdayakan orang Islam yang lemah imannya untuk menyertai kepercayaan mereka?.

Umat Islam perlu berganding usaha dan bersepakat bagi menyelesaikan masalah ini. Bersatu demi memurnikan agama Islam tercinta jauh dari persengketaan politik. Berjuanglah demi Allah bukan demi kepentingan diri, pahaman politik, dan kaum atau puak.