Saturday, August 1, 2009

واإسلاماه

Apakah yang paling menyedihkan daripada kehancuran masyarakat Islam, kebinasaan, perpecahan,. Betullah apa yang dirisaukan nabi sallallahualaihi wasallam tika akhir hayatnya…ummati…ummati..ummati….

Penghujung zaman,,, kerisauan junjungan nabi sudah kelihatan jelas…

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ سَلَكُوا جُحْرَ ضَبٍّ
لَسَلَكْتُمُوهُ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ صحيح بخاري
Daripada abi said R.A bahawasanya nabi Sallallahualaihi wasallam bersabda; nescaya kamu akan menuruti jalan kaum-kaum sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sedepa demi sedepa, sehinggakan kalau mereka masuk lubang biawak sekalipun kamu akan ikut. Para sahabat bertanya; mereka itu orang Yahudi dan nasranikah wahai rasulullah? Sabdanya ; siapa lagi???

Apa yang berlaku kepada umat Islam hari ini sangat mendukacitakan, masing-masing dengan ego semangat kebangsaan, dan kenegaraan. Kalau bersatu pun atas dasar ekonomi, kebendaan, kerjasama yang boleh membawa keuntungan masing-masing. Negara Islam yang miskin diabaikan, bahkan dalam negara yang sibuk memajukan negara tanggungjawab memajukan modal insan diabaikan. Ini semua pengaruh Yahudi dan sekutunya bagi melalikan negara dan umat Islam dalam membangunkan modal insan berteraskan alquran dan sunah.

Yahudi dan sekutunya sedar bahawa sekiranya umat Islam dan negara-negara Islam mantap dan teguh dalam akhlak dan modal insan, mereka tidak dapat bergerak walau seinci pun.
Dengan akhlak dan modal insan yang mantaplah nabi Sallallahualaihi wasallam mendidik dan mengasuh para sahabatnya sehingga Islam dapat disebarkan keseluruh pelosok dunia dan islam ditakuti oleh kawan dan lawan. Dengan akhlak dan modal insan Islami, umat Islam dapat bersatu padu atas nama Islam bukannya dengan nama kebangsaan, puak, kaum dan sebagainya.
Umat Islam sekarang berbangga dengan status puak mereka, bangsa mereka, kaum mereka, mazhab mereka, kasta mereka dan sebagainya. Kenapakah tidak mereka bersatu atas nama islam?? Tidakkah Islam itu agama yang tiada agama semulianya di alam semesta ini. Tidakkah Islam pada suatu ketika dahulu merupakan satu pengaruh besar dalam pelbagai bidang dan digeruni ????.
Ini lah yang menjadi persoalannya apabila negara-negara islam sekarang hanya menjadi boneka barat sekutu Yahudi Keadaan negara-negara Islam yang ditindas oleh Yahudi dan amerika tidak diendahkan.

Wahai umat Islam bersatulah atas nama Islam। Bangsa Yahudi bersatu atas nama taurat untuk menghapuskan etnik di palestin. Kenapa kita tidak boleh bersatu atas kepercayaan kita kepada alquran demi menegakkan Islam.

Renunglah kata-kata sayidina umar R.A, beliau mengakui bahawa dengan semangat kebangsaan dan berpuak-puak sahaja tidak menjamin kemenangan dan kemulianan melainkan dengan semangat Islam.

كنا نحن العرب أذل الناس حتي أعزنا الله بالإسلام. فمهما ابتغينا غيره أذلنا الله
Kami bangsa arab, suatu ketika kami bangsa yang hina, sehingga Allah muliakan kami dengan Islam, dan ketika mana kami abaikan Islam Allah biarkan kami dalam kehinaan


Abuafnan.