Sunday, October 13, 2013

Tuntutan COMANGO

Pada 24/10/2013 puak2 liberalis sekularis totok Malaysia atas nama COMANGO akan mengemukakan tuntutan-tuntutan melampau mereka dalam sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland. Di antara tuntutan-tntutan adalah spt berikut:

i. Perenggan 1: KEBEBASAN MURTAD: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Contoh unsur berbahaya yang terkandung di dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu  berhubung hak kebebasan beragama. Lihat komentar berikut: “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”.

ii. Perenggan 6.8 : MEMAKSAKAN TAFSIRAN RACISM MNURUT SEKULAR LIBERAL BARAT: Menuntut Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang didakwa “menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik”. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambilkira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. 

iii. Perenggan 6.1.1 & 6.1.2: MENGHALALKAN SEKS SONGSANG: Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons).

iv. Perenggan 6.2 : MENGHAPUSKAN KEISTIMEWAAN MELAYU: mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman.

v. Perenggan 9 : MENGHAPUSKAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH: mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.

vi. Perenggan 10 : MEMPERTAHANKAN DAKYAH AGAMA LAIN & PENYEBARAN SYIAH ATAS NAMA KEBEBASAN BERAGAMA. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia.

Justeru, selaku insan muslim yg ghirah terhadap agamanya & ummatnya, maka adalah seorang yg dayyus sekiranya tiada langsung di dalam hati rasa gusar & bimbang terhadap tuntutan-tuntutan melampau pihak liberalis & sekularis totok ini yg cuba melobi tuntutan mereka hingga ke luar negara. Utk itu, marilah kita sama2 menyokong usaha MuslimUPRo yg akan bertindak sebagai pemantau, pemerhati & pendesak kpd kerajaan Malaysia agar menolak & tidak tunduk terhadap tuntutan pihak berkenaan. Sila like  https://www.facebook.com/muslimupro

Tuesday, February 19, 2013

JOM INGAT ALLAH

ALHAMDULILLAH pagi ini kita bangun dengan sendiri, bukannya dikejutkan oleh malaikat maut.

ALHAMDULILLAH pagi ini kita mandi dengan sendirinya, bukan orang lain memandikan kita.

ALHAMDULILLAH pagi ini kita solat subuh berjemaah, bukannya ada jemaah yang menyembahyangkan kita.

ALHAMDULILLAH pagi ini kita berjalan dengan sendiri, bukannya diusung dalam keranda.

ALHAMDULILLAH pagi ini kita dapat menyedut nafas merasai nikmat kehidupan, bukannya malaikat maut yang mencabut nyawa kita.

ALHAMDULILLAH A'LA KULLI NI'MAH. YA ALLAH JADIKAN KAMI HAMBAMU YANG TETAP BERSYUKUR ATAS NI'MAT YANG ENGKAU KURNIAKAN. JANGAN ENGKAU AMBILNYA SEMULA DALAM KEADAAN KAMI LALAI, LUPA, DAN DALAM KEADAAN MELAKUKAN MAKSIAT DAN KEJAHATAN. AMPUNILAH DOSA KAMI DIHARI INI, JAUHI KAMI DARI SEGALA KEBURUKAN, MAKSIAT DAN KEJAHATAN MANUSIA...AMIN YA RABBAL A'LAMIN.

ﺳﻴﺮﻭﺍ ﻋﻠﻰ ﺑﺮﻛﺔ ﺍﻟﻠﻪ

Saturday, February 16, 2013

Cinta، Kasih dan Sayang.

Cinta، Kasih dan Sayang.

Cintai dia kekal bersamanya
Kasihkan dia rindu selalu.
Sayang dia berpisah tiada.

Bila cinta berputik tiada diendah emas permata.
Bila kasih berbuah tiada dihirau harga diri.
Bila sayang meranum tiada didunia rasa bertapak.

Cintakan harta susut nilai hilanglah ia.
Cintakan dunia mati kita hilanglah ia.
Cintakan manusia binasa ia binasalah cinta.

Kasih beli tak masuk ke hati,
Kasih dihati bawa ke mimpi,
Kasih sejati bawa ke mati,

Sayang dimulut dihati tidak,
Sayang dihati tampak disifat,
Sayang seribu kali sayang,
Indahnya bahasa buatnya tidak.

Cintakan mauta alfalah kita
Kasihkan hawa dihanyut dunia
Sayangkan fana binasa jiwa

Tinta emas kuajak menari
Melakar erti budi pekerti
Siang hari taburlah budi
Malam nanti sujudlah pada ilahi.

Wednesday, January 30, 2013

Nilai Tawadhuk

WALAU KITA ULAMA, USTAZ, TUAN GURU, KITA TIDAK PERNAH MELAKUKAN MAKSIAT, TIDAK PERNAH MENINGGALKAN KEWAJIPAN SEBAGAI SEORANG ISLAM, KITA SAMA SEKALI TIADA HAK UNTUK MENENTUKAN KITA AKAN MATI DALAM ISLAM. ALLAH YANG AKAN TENTUKAN. (DR AIDID)

Thursday, January 17, 2013

Adakah Sinar

Apakah esok masih ada sinar gemilang atau mendung mengundang rintis hujan, membawa petir ditiup taufan mengepak dedaunan bagai sang helang nampak mangsa dikala kelaparan, kukira hujan datangkan rahmat dengan titisan lembut bagaikan salju ditiup angin sepoi bahasa, tiada terduga kekerasan hujan bebatuan membawa luka, tiupan keras melukakan hati membawa lara membadai jiwa. Apakan daya kupohon rahmat bala yang tiba, kuasa allah tiada terduga dosanya orang kita terasa, pedihnya luka sakitnya jiwa.

Friday, January 4, 2013

HITUNG DIRI

Jika kita hitung diri kita hanya sebagai manusia biasa..buatlah apa yang kita suka, tapi sekiranya kita adalah manusia yang mempunyai jiwa yang lahir dengan didikan agama Islam, berilmu, menuruti perintah Allah dan Rasulullah, perlu kita hayati..kebaikan walau datangnya dari musuh ianya tetap baik, keburukan walau dari diri sendiri ianya tetap buruk. walau berbeza fikrah dan mazhab. Kita menyembah Allah yang esa, kitab yang satu, rasul yang satu, kiblat yang satu, agama yang satu.

kita manusia tiada maksumnya,
kita hina takwa pembedanya,
kita hamba Allah pemiliknya,
kita pengikut Muhammad Rasulullah pemimpinnya.