بسم الله الرحمان
الرحيم
الحمد لله والصلاة
والسلام على رسول الله
Salam sejahtera kepada anda semua, kita mencari manfaat bukan
mudarat, kita mencari keadilan bukan kezaliman, kita mencari yang hak, bukan
kebatilan.
Hudud adalah satu hukuman yang Allah ( tuhan bagi orang Islam )
turunkan untuk dilaksanakan oleh hambanya iaitu semua manusia. Allah
menciptakan manusia bukan untuk disia-siakan, bukan untuk dianiaya. Allah
mencipta manusia untuk berkhidmat di atas bumi ini, mentadbir bumi ini dengan
sebaiknya. Allah bagi peluang supaya kita dapat hidup dengan baik sementara
menyediakan diri untuk hidup dialam akhirat.
Setelah Allah ciptakan manusia dan bumi ini, Allah beri ilmu untuk
mentadbir, dan Allah beri panduan iaitu al-quran. Allah melarang penganiayaan,
kelakuan yang buruk, penindasan, dari sekecil kecil perkara (contohnya niat
untuk melakukan kejahatan) hinggalah sebesar besarnya (membunuh merompak dan
sebagainya).
Semua ini kerana Allah sayangkan hambanya, untuk menghindarkan dari
berlakunya kerosakan yang dibuat oleh tangan manusia di atas bumi ini, maka Allah sediakan peraturan, undang-undang
ataupun hukuman yang dinamakan Hudud.
“Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan),
maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi
peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar, untuk
memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan”.
….(al-quran, surah al-baqarah-213)
Melaksanakan hukuman hudud bererti menyebarkan kasih sayang,
sayangnya Allah kepada hambanya maka Allah turunkan hukuman yang memelihara
mereka daripada kejahatan, ketakutan, kerosakan dan sebagainya, inilah Rahmat
Allah.
Ramai dikalangan masyarakat yang masih mengangap apabila hudud
dilaksanakan akan banyak hukuman bunuh,
potong tangan, penderaan,azab dan sebagainya gambaran buruk yang di war-warkan,
bahkan ianya diwar-warkan oleh orang Islam yang memburukkan agama sendiri.
Apatah lagi mereka yang tidak beragama Islam dan mereka tidak tahu.
Sebenarnya hukuman hudud adalah untuk memelihara manusia daripada
segala kejahatan dan penganiayaan, jika kita teliti dari pelaksanaan hukuman
hudud kepada pesalah-pesalah zina, merompak, mencuri, menuduh orang berzina dan
lainnya, ianya adalah untuk menghalang kejahatan tersebut berleluasa. Dan
sememangnya perlakuan buruk ini akan mengakibatkan tekanan perasaan kepada
mangsa, kerugian, kepapaan, bahkan hingga membawa kepada pembunuhan dan pergaduhan
yang berlarutan. Syariat Islam menyatakan tujuan hukuman ini adalah untuk
memelihara semua perkara, iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan
harta benda setiap manusia.
Imam al-Ghazali menerangkan tujuan asal yang amat perlu
dalam pensyariatan bagi menjaga maslahat manusia, berdasarkan
urutannya :
“Maslahah yang lima ini memeliharanya terletak di dalam tahap
dharuri (necessary). Iaitu yang paling kuat dalam maslahah. Contohnya,
syarak menetapkan orang kafir yang menyesatkan orang lain dibunuh, demikian juga penganut bid’ah yang
mengajak orang lain kepada bid’ahnya kerana ia merosakkan agamanya kepada
masyarakat.
Selain itu, syarak menetapkan wajib qisas terhadap pembunuhan
untuk memelihara nyawa, mewajibkan hukuman had kepada orang
yang meminum arak bagi menjaga akal, kerana akal itu sendi pentaklifan, mewajibkan
hukuman zina bagi menjaga keturunan dan wajib
mendera pembongkar kuburan dan pencuri kerana dengannya terpelihara
harta yang menjadi hajat hidup manusia sedangkan mereka
memerlukannya”.
Hukuman yang dilaksanakan, sudah semestinya adil dan kena pada
hikmahnya; bagi yang mencuri dipotong tangannya, bukan semata-mata mencuri terus
dipotong tangannya, ada had dan kadar bagi menentukan samada boleh atau tidak
dijatuhi hukuman potong tangan. Pencuri itu hanya akan dipotong tangan apabila
memenuhi nishab pencurian, yaitu ¼ (satu per empat) dinar atau 3 (tiga) dirham
menurut jumhur ulama dari kalangan ahli hijaaz, ahli hadits, dan selain mereka
seperti Malik, Asy-Syafi’i, dan Ahmad. Sebahagian mereka ada yang mengatakan
(bahwa nishab pencurian itu) adalah 1 (satu) dinar atau 10 (sepuluh) dirham.
Barangsiapa yang mencuri senilai satu nishab, maka dipotong tangannya
berdasarkan kesepakatan.
Pernah berlaku pada zaman Khalifah Umar Ibn Khattab hamba-hamba milik Hathib bin Abi Balta’ah mencuri
seekor unta kepunyaan jirannya, kemudian menyembelihnya. Umar bin Khattab
menerima pengaduan tetapi tidak segera menjatuhkan hukuman melainkan lebih
dahulu bertanya kepada hamba itu tentang sebab-musabab mengapa sampai mencuri.
Ternyata mereka benar-benar terpaksa untuk mengisi perut karena tidak diberi
makanan yang cukup oleh majikannya. Umar benar-benar marah, Hathib segera
dipanggil dan dipaksa untuk mengganti unta yang dicuri budak-budaknya.
Sementara budak-budak itu sendiri ia bebaskan dari hukuman.
Ini menunjukkan bahwa dalam pelaksanaan hukumman
hudud melihat pelbagai konteks atau keadaannya. Setiap keputusan hukum memiliki
apa yg disebut sbg ‘illat (sebab dan logik tentang kenapa hukum itu
ditetapkan). Jadi kalau tidak memenuhi syarat maka hukum itu tidak boleh
dijalankan.
Isu
hudud ini janganlah kita hanya melihat dari pandangan zahir perlakuan hukum
tersebut, lihat dari sisi hikmahnya. Sudah saya katakan diatas tadi, hukum yang
Allah sediakan kepada kita bukan untuk menganiaya dan mensia-siakan hidup
manusia diatas muka bumi ini, bahkan untuk memelihara dan menjaga maruah juga
kestabilan dan keamanan hidup manusia.
Jika dilihat dari
sudut keberkesanan, hukuman syariah akan memberi pengajaran sepanjang masa, dan
masyarakat akan berasa takut untuk melakukan jenayah apabila melihat keadaan
pesalah. Pesalah pula tidak akan melakukannya lagi kerana jika dilakukan lagi
hukuman yang sama akan dikenakan.
Ada pun hukuman
selain hukuman syariah, ianya tidak akan meninggalkan kesan yang mendalam, dan
keinsafan dalam diri pelaku jenayah. Bahkan ianya dilaksanakan dalam keadaan
tertutup, tidak memberi pengajaran kepada orang lain. Mudarat akan bertambah, pesalah
akan kembali melakukannya kerana, tiada rasa gerun dan takut dengan hukuman
yang diterima.
Tidak hairan lah
saban hari jenayah semakin bertambah, gejala social semakin berleluasa. Kita
hendak membendung atau kita lebih suka mengendung masalah.
Abuafnan
18/5/14