Dari segi bahasa arab, Mazhab
adalah isim makan daripada
perkataan “zahaba”.” Mazhab” bermakna tempat berpergian, yakni jalan
atau al-tariq.
Pada istilah Usul Fiqh, Mazhab
ialah kumpulan pendapat mujtahid yang berupa hukun-hukum Islam yang digali dari
dalil-dalil syariat yang rinci serta berbagai-bagai-bagai kaedah dan landasan
(usul) yang mendasari pendapat tersebut, saling terkait satu sama lain sehingga
menjadi satu kesatuan yang utuh (Nahrawi,1994:2351)
Semua Imam sepakat tentang
kewajipan merujuk pada al-quran dan al-sunah yang membezakan dasar pemikiran
mereka ialah terletak pada kebenaran menyelami sesuatu hukum, mencari tujuan
moral dan kemaslahatan yang menjadi sasaran utama disyariatkan sesuatu hukum.
Biografi Ringkas Mazhab Empat
1) Imam Hanafi, Abu Hanifah al-Nu’man bin thabit bin Zauqi
(80H-150H) lahir di Kufah.
Metod Usul yang
digunakan oleh Imam Abu Hanifah banyak bersandarkan kepada ra’yu yakni
Pendapat akal selepas al-Quran, al-Hadis, kemudian Qiyas dan Istihsan.
Imam Abu Hanifah
adalah antara Imam yang terawal menulis kitab ilmu Fikah dengan memulakan bab
bersuci, solat dan seterusnya bab-bab yang lain. Kemudian diikuti oleh imam
yang lain dalam penulisan ilmu ini seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Abu
Daud, Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam –Imam Lain. (Wikipedia)
Dasar Pemikiran Fiqhiyah Imam
Abu Hanifah
“Saya kembalikan
segala persoalan pada kitabullah, saya merujuk kepada sunah Nabi dan apabila
saya tidak menemui jawapan pada keduanya saya akan mengambil pendapat para
sahabat. Dan tidak beralih pada fatwa selain mereka, apabila masalahnya sampai
kepada Ibrahim, Sya’bi, Hasan Ibn Sirin, Atha’ dan Said bin Musayyib ( semuanya
Tabi’en) maka saya berhak berijtihad sebagaimana mereka”
2) Imam Malik bin Anas bin Amir al-Asybahi (93H-179H) lahir di
Madinah, terkenal dengan kitabnya al-Muwatha’ beliau mengambil masa selama 40
tahun untuk menyusun dan menunjukkan kepada 70 orang ahli fekah di Madinah
untuk meminta pendapat mereka.
Muwatha’ bererti
kemudahan atau kesederhanaan. Keistimewaan al-Muwatha’ adalah perincian
terhadap setiap persoalan fikah yang diambil dari al-Hadis dan Athar.
Dasar Pemikiran Fiqhiyah Imam Malik
Tiada yang
ditulis oleh Imam Malik namun hasil daripada penyimpulan muridnya terdapat 20
dasar dalam mazhab Imam Malik:
i.
Al-Quran
ii.
Mafhum al-mukhalafah
iii.
Mafhum muwafaqah
iv.
Tanbih ‘ala ‘illat
v.
Sunah
vi.
Ijma’
vii.
Qiyas
viii.
Tradisi Madinah
ix.
Pendapat sahabat
x.
Istihsan
xi.
Istishab
xii.
Sad al-zara’i
xiii.
Meraikan khilaf
xiv.
Masalah mursalah
xv.
Syar’u man qablana
xvi.
‘uruf
xvii.
Ra’yu
3) Imam Syafi’e, Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin
Utsman bin Syafi’ bin As-Saib bin Ubaid bin Abdu Yazid bin Hasyim bin
Al-Muththalib bin Abdu Manaf. Lahir di Syam (Gaza, Palestin)
Selain
Pengembaraan intelektual dan keilmuannya, kehidupan sosial masyarakat dan
keadaan zamannya mempengaruhi pemikiran mazhab Imam Syafie, ini terbukti dengan
dua kecenderungan mazhabnya dalam qaul qadim dan qaul jadid.
Kehadiran Imam
Syafie ke Baghdad pada masa pemerintahan Khalifah al-Amin mengheretnya dalam
perdebatan sengit dengan para fuqaha rasional Iraq.
Qaul jadid
adalah pendapat beliau selama berada di Mesir, dalam banyak hal ketika di Mesir
beliau banyak mengkaji pendapat-pendapat sebelumnya iaitu Qaul Qadim. Pemikiran
baru beliau banyak diterjemahkannya dalam kitab al-Umm.
Karakter
pemikiran Imam Syafie dalam qaul jadid ini lebih bersifat pengembangan dan
pemantapan pemikirannya yang menyeluruh terhadap masalah-masalah furu’. Kitab
al-Risalah ditulis di Makkah dan dibuat penambahbaikan yang bersesuaian dengan
perkembangan baru di Mesir.
Dasar Pemikiran Fiqhiyah Imam Syafi’e
Al-Quran dan
sunnah merupakan sumber syariat Islam. Menurut imam syafie kedudukan sunnah
dalam banyak hal menjelaskan dan menafsirkan sesuatu yang tidak jelas di dalam
al-quran, merinci perkara yang umum, mengkhususkan perkara yang umum, bahkan
sunnah menjelaskan hukum yang tiada dalam al-quran.
Kata Imam Syafie
“setiap persoalanan yang timbul ada penyelesaiannya dalan al- Quran”
Menurut Imam
Syafie lagi; al-quran menjelaskan
penentuan hukum melalui empat cara;
I.
Menerangkan sesuatu hukum
dengan nas-nas yang jelas seperti hukum haram zina, dan wajib solat.
II.
Hukum yang umum dalam
al-quran dikhususkan dalam hadith, contohnya jumlah rakaat solat dan kadar
zakat.
III.
Nabi sallallahu ‘alaihi
wasallam dalam sunnahnya menentukan hukum yang tiada dalam al-quran, selaras
dengan perintah al-quran agar mentaati Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, maka
hukum yang ditentukan sunnah adalah ketetapan dari al-quran.
IV.
Allah mewajibkan hambanya
berijtihad.
4) Imam Hanbali, Ahmad bin Hanbal bin Hilal bin Syaibani
(164H-241H) lahir di Baghdad. Mazhab ini juga mendakwa mengikut aliran Salafi tetapi posisi ini tidak diakui oleh sarjana Islam.
Aliran Salafi merujuk Mazhab Hanbali sebagai Mazhab Athari. Dasar-dasarnya yang utamanya adalah
berpegang kepada :
- Al-Qur-an
- Hadis marfu'
- Fatwa
sahabat dan mereka yang lebih dekat dengan al-Quran dan hadis, di antara
fatwa yang berlawanan
- Hadis mursal
- Qiyas
Mazhab Hambali dimulakan oleh pelajar Imam Ahmad bin Hanbal. Mazhab ini kebanyakannya diamalkan oleh
masyarakat Islam di Semenanjung Arab terutamanya Hijaz,
di pedalaman Oman
dan beberapa tempat sepanjang Teluk Parsi dan di beberapa bandar di Asia Tengah. (Wikipedia)
Dasar Pemikiran Fiqhiyah Imam Hanbali
Ulama mazhab
Hanbali menyimpulkan ada 10 dasar dalam feqh Hanbali yang terbahagi kepada 5
dasar usul dan 5 dasar furu’.
1)
Nas al-quran dan hadith,
nas Ijma’
2)
Fatwa para sahabat r.a
3)
Apabila berlaku khilaf akan
memilih yang paling dekat dengan al-quran dan hadith. Jika tiada beliau akan
hanya menceritakan khilafnya sahaja tanpa memutuskan hukum.
4)
Hadit-hadith mursal dan
dh’aif
5)
Qiyas
6)
Istihsan
7)
Sad al-zarai’ (menutup
kemudaratan)
8)
Istishab
9)
Ibtal al-ja’lu
10)
Masalih al-mursalah
Ilmu fekah muncul pada zaman
tabi’in abad kedua hijrah. Munculnya Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bin Anas.
Imam Abu Hanifah yang berpegang kepada Aliran Al-Ra’yu dalam pemahaman feqhnya
menjadi pegangan penduduk Iraq. Manakala Imam Malik yang mendasari Ilmu Hadis
dalam pemahaman fikahnya telah menjadi pegangan bagi penduduk Hijaz.
Sejak dari zaman Tabi’in sering
berlaku perdebatan antara ahli Hadis dan Ahli ra’yu, dengan kemampuan ahli
ra’yu mengatasi ahli hadis dalam setiap perdebatan mereka mampu menjawab segala
tohmahan ahli hadis dengan illat-illat hukum. Setelah munculnya Imam Syafie
yang menguasai ilmu hadis, usul dan tujuan hukum, beliau dapat menghilangkan
penguasaan ahli ra’yu yang mengatasi ahli hadis. Kerana jasanya dalam membela
ahli hadis dan ilmu hadis beliau digelar “naasir as-sunnah”.
Pada abad kedua Hijrah munculnya
alirah mazhab – mazhab yang diketahui pada waktu itu sebanyak 13 aliran,
semuanya dalam manhaj Ahli Sunah Wal Jama’ah. Namun hanya 8 @ 9 aliran mazhab
sahaja yang jelas dari segi dasar dan method fiqhiyahnya.
Perkembangan Ilmu Fiqh terbahagi
kepada 6 period ( Muhammad Khudari Beik)
1) Period Risalah Nabi S.A.W – di Makkah dan Madinah
2) Period Khulafa’ Rasyidin
3) Period awal pertumbuhan ilmu feqh
4) Period keemasan, (kecemerlangan ilmu feqh)
5) Period tahrif,takhrij dan tarjih dalam mazhab feqh.
6) Period kemunduran / kelemahan feqh
Pada period ke-5 iaitu bermula
abad ke empat hingga pertengahan abad ke tujuh, bermulanya kelunturan semangat
ijtihad di kalangan ulama feqh. Ijtihad mereka lebih cenderung kepada mazhab
dan pemikiran mereka masing-masing, tiada lagi mujtahid mustaqil, ini
menyebabkan munculnya sikap ta’asub mazhabi, masing-masing berusaha untuk
mempertahankan imam mazhabnya.
Pada period ini munculnya
pernyataan bahawa “ pintu ijtihad telah tertutup”. Mustafa al-Zarqa menyatakan tiga faktor
kepada pernyataan tersebut;
1) Dorongan penguasa kepada qadhi supaya menyelesaikan permasalahan
hukum dengan merujuk hanya kepada satu mazhab sahaja.
2) Munculnya sikap ta’asub mazhabiy mengakibatkan kejumudan dan
taqlid tanpa analisis di kalangan murid pengikut imam mazhab.
3) Pembukuan pendapat mazhab masing-masing untuk dijadikan sebagai
rujukan. Sehingga muncul pernyataan haram melakukan “talfiq mazhab” .
Sekian, nota kuliah Prof Madya Ust kamil Majid