Wednesday, January 30, 2013

Nilai Tawadhuk

WALAU KITA ULAMA, USTAZ, TUAN GURU, KITA TIDAK PERNAH MELAKUKAN MAKSIAT, TIDAK PERNAH MENINGGALKAN KEWAJIPAN SEBAGAI SEORANG ISLAM, KITA SAMA SEKALI TIADA HAK UNTUK MENENTUKAN KITA AKAN MATI DALAM ISLAM. ALLAH YANG AKAN TENTUKAN. (DR AIDID)

Thursday, January 17, 2013

Adakah Sinar

Apakah esok masih ada sinar gemilang atau mendung mengundang rintis hujan, membawa petir ditiup taufan mengepak dedaunan bagai sang helang nampak mangsa dikala kelaparan, kukira hujan datangkan rahmat dengan titisan lembut bagaikan salju ditiup angin sepoi bahasa, tiada terduga kekerasan hujan bebatuan membawa luka, tiupan keras melukakan hati membawa lara membadai jiwa. Apakan daya kupohon rahmat bala yang tiba, kuasa allah tiada terduga dosanya orang kita terasa, pedihnya luka sakitnya jiwa.

Friday, January 4, 2013

HITUNG DIRI

Jika kita hitung diri kita hanya sebagai manusia biasa..buatlah apa yang kita suka, tapi sekiranya kita adalah manusia yang mempunyai jiwa yang lahir dengan didikan agama Islam, berilmu, menuruti perintah Allah dan Rasulullah, perlu kita hayati..kebaikan walau datangnya dari musuh ianya tetap baik, keburukan walau dari diri sendiri ianya tetap buruk. walau berbeza fikrah dan mazhab. Kita menyembah Allah yang esa, kitab yang satu, rasul yang satu, kiblat yang satu, agama yang satu.

kita manusia tiada maksumnya,
kita hina takwa pembedanya,
kita hamba Allah pemiliknya,
kita pengikut Muhammad Rasulullah pemimpinnya.

Tuesday, December 18, 2012

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﻧﺼﺮ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﻭﺍﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ

Info Paling Terkini : Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang , dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Tmn Ria apabila motosikal di bakar di depan masjid , seterusnya melarat ke Tmn Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang , Sg Petani Kedah .. mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka ya
ng terlalu bertindak agresif.Sekaran­--g di Sg Petani,Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock .. ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid , bakar masjid & Surau serta mangsa dari Orang Islam yang di campak ke dalam longkang setelah di belasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan o
rang2 Islam di situ..perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU .. harap semua pejuang-pejuang­-- 30 dalam mood "Standby" kerana   sahaja boleh berlaku..buat masa sekarang biarkan pihak polis & Fru jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang...kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & merbahayakan nyawa orang2 Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita & kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain...yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu,mood standby & jangan terlalu bertindak membabi buta..tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga ,BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku..umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut perasaan..

Wednesday, December 12, 2012

untitled

rintis hujan di malam kelam,
ungas menangis dalam kebasahan,
berbumbungkan langit bermalamkan suram,
anak menangis minta didodoikan.

semalam telah ku harungi,
suka duka pahit manis mainan diri.,
hari ini gembira, tertawa, kurniaan ilahi,
esok apakah jua keadaannya belum pasti,
adakah sinar?, adakah cahaya?, menghias diri.

pepohon menunduk diberati dedaunan,
manusia menunduk diberati bebanan,
alahkan susah tak mahu berjuang,
takutkan kalah akibatnya tak menang.

jika ditimbang jika ditara,
buatan manusia tiada bisanya,
kuasa allah jua penawarnya,
jangan diragu kuasa yang esa.