Wednesday, May 7, 2014
لا إله إلا الله KUNCI SYURGA
Monday, April 7, 2014
Perbahasan Parlimen Isu Pelaksanaan Hudud
http://rmf7.wordpress.com/2014/04/03/dari-parlimen-video-perdebatan-isu-hudud-di-dewan-rakyat-sokongan-penuh-dari-ahli-parlimen-umno/
Tidak perlu diragukan lagi dan tidak perlu dibahaskan lagi, yang penting sekarang adalah usaha ke arah pelaksanaan.
Sunday, March 2, 2014
Gundah gulana...maybe
Dimanakah ada ketenangan,???......
Jalannya masih kabur, bagai meniti di tepian sungai, kesejukannya diliputi kabus tidak nampak bayang seberang.
Hari demi hari kabusnya makin tebal, terlalu sejukkah atau...sudah beku.
Manusia....huh...tetap dengan perangainya. Tidak berubah, dibiasakan makin angkuh menabur cacian, makian, leteran.
Ya...salahnya orang, betulnya dia....
"Anak kecil main api, terbakar tangannya sendiri"...dewasa memetik api tunggu mangsa untuk dibakar. Mungkin sesuai bagi versi ini..
Akal itu anugerah Ilahi bagi menakhoda bahtera kehidupan. Akal itu ada had gunanya, tanpa syariat yang mengawal tersesat nanti di penghujung dunia.
Sunday, October 13, 2013
Tuntutan COMANGO
Pada 24/10/2013 puak2 liberalis sekularis totok Malaysia atas nama COMANGO akan mengemukakan tuntutan-tuntutan melampau mereka dalam sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland. Di antara tuntutan-tntutan adalah spt berikut:
i. Perenggan 1: KEBEBASAN MURTAD: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Contoh unsur berbahaya yang terkandung di dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama. Lihat komentar berikut: “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”.
ii. Perenggan 6.8 : MEMAKSAKAN TAFSIRAN RACISM MNURUT SEKULAR LIBERAL BARAT: Menuntut Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang didakwa “menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik”. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambilkira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan.
iii. Perenggan 6.1.1 & 6.1.2: MENGHALALKAN SEKS SONGSANG: Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons).
iv. Perenggan 6.2 : MENGHAPUSKAN KEISTIMEWAAN MELAYU: mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman.
v. Perenggan 9 : MENGHAPUSKAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH: mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.
vi. Perenggan 10 : MEMPERTAHANKAN DAKYAH AGAMA LAIN & PENYEBARAN SYIAH ATAS NAMA KEBEBASAN BERAGAMA. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia.
Justeru, selaku insan muslim yg ghirah terhadap agamanya & ummatnya, maka adalah seorang yg dayyus sekiranya tiada langsung di dalam hati rasa gusar & bimbang terhadap tuntutan-tuntutan melampau pihak liberalis & sekularis totok ini yg cuba melobi tuntutan mereka hingga ke luar negara. Utk itu, marilah kita sama2 menyokong usaha MuslimUPRo yg akan bertindak sebagai pemantau, pemerhati & pendesak kpd kerajaan Malaysia agar menolak & tidak tunduk terhadap tuntutan pihak berkenaan. Sila like https://www.facebook.com/muslimupro
Tuesday, February 19, 2013
JOM INGAT ALLAH
ALHAMDULILLAH pagi ini kita bangun dengan sendiri, bukannya dikejutkan oleh malaikat maut.
ALHAMDULILLAH pagi ini kita mandi dengan sendirinya, bukan orang lain memandikan kita.
ALHAMDULILLAH pagi ini kita solat subuh berjemaah, bukannya ada jemaah yang menyembahyangkan kita.
ALHAMDULILLAH pagi ini kita berjalan dengan sendiri, bukannya diusung dalam keranda.
ALHAMDULILLAH pagi ini kita dapat menyedut nafas merasai nikmat kehidupan, bukannya malaikat maut yang mencabut nyawa kita.
ALHAMDULILLAH A'LA KULLI NI'MAH. YA ALLAH JADIKAN KAMI HAMBAMU YANG TETAP BERSYUKUR ATAS NI'MAT YANG ENGKAU KURNIAKAN. JANGAN ENGKAU AMBILNYA SEMULA DALAM KEADAAN KAMI LALAI, LUPA, DAN DALAM KEADAAN MELAKUKAN MAKSIAT DAN KEJAHATAN. AMPUNILAH DOSA KAMI DIHARI INI, JAUHI KAMI DARI SEGALA KEBURUKAN, MAKSIAT DAN KEJAHATAN MANUSIA...AMIN YA RABBAL A'LAMIN.
ﺳﻴﺮﻭﺍ ﻋﻠﻰ ﺑﺮﻛﺔ ﺍﻟﻠﻪ