Wednesday, May 7, 2014

لا إله إلا الله KUNCI SYURGA

بسم الله الرمان الرحيم
 الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله

 لا إله إلا الله KUNCI SYURGA 

Setiap manusia mengimpikan syurga. Syurga yang digambarkan sebagai tempat yang indah, pepohonan yang rimbun, tiada kesibukan dan hiruk pikuk, tempat untuk berehat dengan tenang dan damai, makanan yang lazat dan enak disediakan, tidak perlu memasak, mengemas dan membasuh, segala-galanya disediakan, kita hanya menikmatinya tanpa ada gangguan walaupun dari seekor nyamuk. Seolah-olah kita sedang berada dalam sebuah istana di sebuah pulau yang indah dan cantik, Itu hanya gambaran jika kita dapat kecapinya di dunia ini. 

"Adakah (kamu fikir), Bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang Dalam nikmat-nikmat Yang ada di dunia ini? - "Di Dalam taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir), "Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) Yang buah mayangnya Halus lembut? "Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - Dengan bijak dan bersungguh-sungguh? "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan Taatlah kepadaku; "Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang Yang melampaui batas, - "Iaitu orang-orang Yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan". (al-Syua’raa’-146-152) 

Bahkan lebih lagi yang Allah janjikan pada kehidupan yang akan datang, usah dibayang atau diangankan, seperti mana yang akan kita perolehi di syurga Allah itu. Cukuplah dengan janji Allah dalam hadis al-qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; Daripada Abu Hurairah R.A, Allah Subhanahu Wata’ala berkata; aku sediakan bagi hambaku yang salih, apa yang tidak penah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah terlintas dihati manusia…(Sahih Bukhari ms/no 3244) 

Bagaimana kita hendak mendapat syurga Allah itu? Setiap pintu ada kuncinya, dan pintu-pintu syurga Allah itu kuncinya ialah kalimah لا إله إلا الله.Tiada tuhan yang disembah selain Allah, kalimah yang pasti ada pada bibir setiap insan yang mengaku bahawa dirinya Islam. Adakah mungkin kita masuk syurga dengan hanya mengucap syahadah ini, sedangkan kita melakukan kerosakan di muka bumi, melakukan maksiat dan sebagainya?. 

Marilah kita teliti pengertian daripada kalimah yang mulia ini. Tidakkah kita bersaksikan bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah? apabila mengakui bahawa Allah sahaja tuhan kita, hanya kepadaNya tunduk dan patuh kita, maka sebagai hambanya apakah hak yang perlu kita tunaikan?. Cuba fahami kalimah ini. Tidakkah ia memberi makna; ya Allah aku beriman kepadaMu, aku patuh kepadaMu, aku hanya meminta padaMu, mengharap hanya padaMu, aku berserah hanya kepadaMu dalam hidup dan matiku, aku takut pada kemurkaanMu, aku tinggalkan segala laranganMu, aku tidak mahu dihumbankan ke NerakaMu, , tiada lain yang aku sembah hanya padaMu. لا إله إلا الله kalimah yang memelihara diri seorang muslim agar tidak terpesong dari landasan syariat yang Allah –sebagai tuan kita- tentukan. 

Apabila seorang muslim itu menyaksikan dengan kalimah ini bahawa dia menerima Allah sebagai tuhannya, maka segala perbuatan dan tingkah laku dalam perjalanan hidupnya tertakluk kepada perintah Allah, serta yakin dengan Allah Subhanahu Wata’ala. Apabila seseorang hamba menyerahkan dirinya dipertuankan, selayaknya sebagai hamba setiap gerak-geri dan perbuatannya, bahkan nalurinya terletak pada keizinan dan keredaan tuannya, begitulah hakikatnya kita sebagai hamba kepada Allah. 

Bermula dari diutusnya nabi Adam alaihi salam sehinggalah kepada rasul terakhir, iaitu nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seruan لا إله إلا الله adalah syariat yang dibawa oleh para Nabi ‘alaihim as-salatuwassaslam, seruan kepada umat manusia untuk mengesakan Allah taala, dan memperbaiki akhlak umat agar sentiasa dalam ketamadunan yang memiliki kekuatan rohani dan maddiyah. Dengan keadaan ini barulah mereka dapat menjadi khalifah yang memimpin bumi menjalankan amanah Allah dengan baik. 

Kisah Umar al-Mukhtar seorang Mujahid merupakan satu contoh terbaik dalam penyaksian kepada Allah sebagai seorang Muslim yang berpegang dengan syahadah لا إله إلا الله. Beliau syahid dihukum bunuh oleh pemerintah Itali kerana memimpin tentera mujahidin melawan pemerintah Itali, dalam penghakiman terhadapnya, pihak hakim telah membuat tawaran pengampunan dengan syarat beliau menulis surat kepada tentera mujahidin supaya menghentikan peperangan menentang pemerintah Itali. Namun Umar al-Mukhtar menolak dengan kata-katanya,” Telunjuk yang menyaksikan tiada tuhan selain Allah dalam solat tidak akan menulis kebatilan”, Umar al-Mukhtar akhirnya ditembak di tali gantung. Sudah pasti dengan لا إله إلا الله beliau syahid dan mendapat syurga Allah. 

Kalimah ini bukan hanya untuk mengesahkan akidah yang ditutur dibibir dan diakui dengan hati sahaja, bahkan ianya perlu kepada penghayatan yang disertai bersama dengan amalan.Agar erti kalimah itu hidup bersama seorang mukmin. Sempurnalah ucapan beserta penghayatan yang akan membawa kejayaan kepada seorang muslim di dunia dan akhirat. Penyaksian kita kepada hakikat sebenar pengabdian kepada Allah dalam kalimah syahadah ini sebagaimana yang kita sering ucapkan setiap kali menunaikan solat.

 قُلْ إِن صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِ الْعَالَمِينَ ﴿الأنعام: ١٦٢ 

katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". 

Allah subhanahuwata’ala telah mengutus Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam untuk memandu manusia dan seluruh alam ini kepada kehidupan berlandaskan penyaksian syahadah, berpandukan kitab Alquran yang diturunkan.Begitu juga para Nabi sebelum Rasulullah mereka diutuskan kepada kaum mereka untuk memperbaiki keadaan akhlak mereka supaya kembali kepada akhlak Islam dan menyembah Allah yang Esa. 

Justeru melihat kepada reality hari ini, ramai umat Islam yang menuturkan syahadah, namun amanah Allah tidak terlaksana sepenuhnya, bahkan ada sebahagian dengan jelas mengkhianatinya.Mereka tidak menghayati erti sebenar kalimah yang diucapkan, kalimah syahadah diucapkan sekadar memenuhi tuntutan syariat akidah semata, tidak dalam keseluruhan kehidupan mereka. 

Tidakkah kita sedar bahawa kehidupan dunia hanya sementara, dan akhiratlah yang kekal abadi, maka لا إله إلا الله yang kita ucapkan dan amalkan dengan pengertian yang sebenarnya akan dapat membawa kita kepada syurga yang kekal abadi di akhirat. 

 “ Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi Segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan Dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan Sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan Yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat). (al-Ankabut-64) 

Asas kehidupan manusia di dunia ini tertumpu pada, Iktikad, Pemikiran, Akhlak dan perilakunya, Persepsi dan tindakan, Hubungan dengan Allah, diri sendiri dan masyarakat, Hubungan dengan semua makhluk dan alam sekeliling, Politik, Ekonomi, Pendidikan dan kesenian, Dan setiap perkara berkaitan kehidupan. 

Kesemua asas kehidupan ini pada hakikatnya mempunyai kaitan dengan syahadah yang kita lafazkan dalam penyaksian perhambaan kepada Allah taala .لا إله إلا الله Kehidupan berteraskan لا إله إلا الله yang akhirnya akan menentukan kepada kehidupan dialam akan datang, adakah kepada nikmat syurga ataupun azab neraka. Sudah tentu jika ia didasari oleh pergantungan kepada Allah maka syurgalah tempatnya, sebaliknya jika didasari hawa nafsu dan keseronokan dunia, na’uzubillahi min zaalik, nerakalah tempatnya. 

Allahu a’lam 

Abuafnan 
29/4/14

Monday, April 7, 2014

Perbahasan Parlimen Isu Pelaksanaan Hudud

http://rmf7.wordpress.com/2014/04/03/dari-parlimen-video-perdebatan-isu-hudud-di-dewan-rakyat-sokongan-penuh-dari-ahli-parlimen-umno/

Tidak perlu diragukan lagi dan tidak perlu dibahaskan lagi, yang penting sekarang adalah usaha ke arah pelaksanaan.

Sunday, March 2, 2014

Gundah gulana...maybe

Dimanakah ada ketenangan,???......

Jalannya masih kabur, bagai meniti di tepian sungai, kesejukannya diliputi kabus tidak nampak bayang seberang.

Hari demi hari kabusnya makin tebal, terlalu sejukkah atau...sudah beku.

Manusia....huh...tetap dengan perangainya. Tidak berubah, dibiasakan makin angkuh menabur cacian, makian, leteran.

Ya...salahnya orang, betulnya dia....

"Anak kecil main api, terbakar tangannya sendiri"...dewasa memetik api tunggu mangsa untuk dibakar. Mungkin sesuai bagi versi ini..

Akal itu anugerah Ilahi bagi menakhoda bahtera kehidupan. Akal itu ada had gunanya, tanpa syariat yang mengawal tersesat nanti di penghujung dunia.

Sunday, October 13, 2013

Tuntutan COMANGO

Pada 24/10/2013 puak2 liberalis sekularis totok Malaysia atas nama COMANGO akan mengemukakan tuntutan-tuntutan melampau mereka dalam sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland. Di antara tuntutan-tntutan adalah spt berikut:

i. Perenggan 1: KEBEBASAN MURTAD: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Contoh unsur berbahaya yang terkandung di dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu  berhubung hak kebebasan beragama. Lihat komentar berikut: “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”.

ii. Perenggan 6.8 : MEMAKSAKAN TAFSIRAN RACISM MNURUT SEKULAR LIBERAL BARAT: Menuntut Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang didakwa “menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik”. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambilkira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. 

iii. Perenggan 6.1.1 & 6.1.2: MENGHALALKAN SEKS SONGSANG: Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons).

iv. Perenggan 6.2 : MENGHAPUSKAN KEISTIMEWAAN MELAYU: mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman.

v. Perenggan 9 : MENGHAPUSKAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH: mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.

vi. Perenggan 10 : MEMPERTAHANKAN DAKYAH AGAMA LAIN & PENYEBARAN SYIAH ATAS NAMA KEBEBASAN BERAGAMA. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia.

Justeru, selaku insan muslim yg ghirah terhadap agamanya & ummatnya, maka adalah seorang yg dayyus sekiranya tiada langsung di dalam hati rasa gusar & bimbang terhadap tuntutan-tuntutan melampau pihak liberalis & sekularis totok ini yg cuba melobi tuntutan mereka hingga ke luar negara. Utk itu, marilah kita sama2 menyokong usaha MuslimUPRo yg akan bertindak sebagai pemantau, pemerhati & pendesak kpd kerajaan Malaysia agar menolak & tidak tunduk terhadap tuntutan pihak berkenaan. Sila like  https://www.facebook.com/muslimupro

Tuesday, February 19, 2013

JOM INGAT ALLAH

ALHAMDULILLAH pagi ini kita bangun dengan sendiri, bukannya dikejutkan oleh malaikat maut.

ALHAMDULILLAH pagi ini kita mandi dengan sendirinya, bukan orang lain memandikan kita.

ALHAMDULILLAH pagi ini kita solat subuh berjemaah, bukannya ada jemaah yang menyembahyangkan kita.

ALHAMDULILLAH pagi ini kita berjalan dengan sendiri, bukannya diusung dalam keranda.

ALHAMDULILLAH pagi ini kita dapat menyedut nafas merasai nikmat kehidupan, bukannya malaikat maut yang mencabut nyawa kita.

ALHAMDULILLAH A'LA KULLI NI'MAH. YA ALLAH JADIKAN KAMI HAMBAMU YANG TETAP BERSYUKUR ATAS NI'MAT YANG ENGKAU KURNIAKAN. JANGAN ENGKAU AMBILNYA SEMULA DALAM KEADAAN KAMI LALAI, LUPA, DAN DALAM KEADAAN MELAKUKAN MAKSIAT DAN KEJAHATAN. AMPUNILAH DOSA KAMI DIHARI INI, JAUHI KAMI DARI SEGALA KEBURUKAN, MAKSIAT DAN KEJAHATAN MANUSIA...AMIN YA RABBAL A'LAMIN.

ﺳﻴﺮﻭﺍ ﻋﻠﻰ ﺑﺮﻛﺔ ﺍﻟﻠﻪ