Dalam setiap amalan, keikhlasan adalah amat penting. lebih- lebih lagilah dalam ibadat kepada Allah Taala. dalam ibadat sudah pasti perlu kepada hati yang hadir dan melakukannya semata-mata kerana Allah taala.
Namun dalam suasana kehidupan zaman ini sudah pasti waktu dan masa tidak terkejar oleh kita untuk menambah amalan dan ketakwaaan untuk nanti kita mendapat balasan syurga dari Allah.
Ibadat bukan sahaja sekadar melakukan solat, puasa, zakat, haji, dan sebagainya daripada amalan - amalan sunnat, akan tetapi merangkumi seluruh kehidupan kita seharian sekiranya apa yang kita lakukan itu dimulakan dengan niat yang baik untuk mendapat keredaan serta keberkatan Allah jua.
kita keluar kerja pada waktu pagi betulkan niat kerana Allah taala, memang betul kita kerja nak dapat gaji bulan-bulan nak makan ,nak pakai, akan tetapi semuanya itu keperluan dalam hidup kita, maka kita niatkan untuk menyara diri kita dan keluarga, kalau dah berkeluarga..KERANA ALLAH TAALA..
pokoknya apa saja kerja dan perbuatan yang kita lakukan kita niatkan kerana Allah taala.....sudah tentulah perbuatan dan pekerjaan yang baik...
Kita melakukan sesuatu amal kebajikan mengharapkan pahala dan syurga Allah dan takutkan nerakanya. nilai keikhlasan ini amat tinggi mengatasi amalan yang mengharapkan pujian manusia. Namun disana ada keikhlasan yang amat agung iaitu kita melakukan sesuatu amalan bukan mengharapkan balasan syurga dan takutkan neraka, tetapi kita lakukannya kerana sedar bahawa kita adalah hamba Allah yang sudah semestinya kita menunjukkan rasa syukur kita padanya dengan amalan yang kita lakukan.
Memang Allah akan memberikan ganjaran atas apa yang hambanya lakukan dari amalan yang baik, dan azab bagi mereka yang melakukan kejahatan. Ini merupakan galakan dan dan ancaman untuk mereka yang belum sempurna imannya atau hubungannya denganAllah, namun bagi orang yang betul ikhlasnya dengan Allah, ia akan melakukan kebaikan sebab memang perkara itu baik dan meninggalkan kejahatan sebab ianya kejahatan.
No comments:
Post a Comment