Monday, September 1, 2008


FADHILAT PUASA DARI SUDUT KETAKWAAN

قال صلى الله عليه وسلم , إذا كان أول ليلة من شهر رمضان
صفدت الشياطين ومردة الجن، وغلقت أبواب النار فلم يفتح منها باب،
وفتحت أبواب الجنة فلم يغلق منها باب، وينادي مناد : يا باغي الخير
أقبل ويا باغي الشر أقصر، ولله عتقأ من النار وذلك كل ليلة

Maksudnya: Apabila tiba awal malam ramadhan, diikat Semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua Pintu neraka dan tidak dibuka walaupun satu pintu, dan Dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu,maka diseru : wahai orang yang mengharapkan Kebaikan terimalah, wahai orang yang mengharapkan Kejahatan, berhentilah, dan bagi allah pembebasan Terhadap hambanya dari api neraka, dan yang demikian itu pada setiap malam
( Riwayat Tarmizi an Ibn Majah )

قال صلى الله عليه وسلم : كل عمل ابن آدم يضاعف الحسنة بعشرأمثالها إلى سبعما ئة ضعف، قال الله عز وجل : إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به، يدع شهوته وطعامه من أجلي، للصائم فرحتان: فرحة عند فطره، وفرحة عند لقاء ربه، ولخلوف فيه أطيب عند الله من ريح المسك.
Maksudnya: Semua amalan anak adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman “ melainkan puasa, kerana ianya untuk-ku dan aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaku”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan pertama gembira ketika berbuka dan kedua gembira ketika bertemu tuhannya. Dan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau kasturi.

Antara fadhilat puasa

•Puasa mendekatkan diri dengan Allah
•Sifat ikhlas
•Mujahadah
•Sabar
•Membersih hati dan roh
•Memelihara fizikal
•Prihatin dan belas kasihan
•Mengenali erti kejayaan sebenar
•Kesatuan ummah
•Menjaga masa dan
kesihatan tubuh badan

DEFINISI TAKWA
قال سيدنا علي رضي الله عنه: التقوي هي العمل بالتنزيل، والخوف من الجليل، والإستعداد ليوم الرحيل

Maksudnya:Kata saidina ali ; takwa itu ialah beramal dengan quran yang diturunkan, takut kepada Allah ta’ala, dan bersedia untuk hari akhirat.

التقوي : أن تعمل بطاعة الله علي نور من الله
ترجوا ثواب الله وأن تترك معصية الله علي نور
من الله تخاف عذاب الله
(عرفه أحد السلف الصالح ، نقله ابن رجب في جامع العلوم)
Maksudnya :
Hendaklah kamu taat kepada Allah taala,dengan hidayah daripadanya mengharapkan pahalanya. Dan hendaklah kamu meninggalkan maksiat dengan hidayah daripada Allah taala kerana takut kepada azabnya

Untuk mencapai tahap takwa seorang hamba tidak terlepas dari cabaran dan halangan yang mesti ditempuhi. Cabaran yang paling besar ialah

HAWA NAFSU DAN SYAITAN

1.Hasutan Syaitan
2.Bisikan Nafsu Ammarah
3.Dorongan Hawa Nafsu

1.Hasutan Syaitan

قال فأنظرني إلى يوم يبعثون(36) قال فإنك من المنظرين(37) إلى يوم الوقت المعلوم(38
قال رب بمآ أغويتني لأزينن لهم في الأرض ولأغوينهم أجمعين(39
إلا عبادك منهم المخلصين(40
الحجر 36- 40
Maksudnya
Iblis berkata; “ Wahai Tuhanku! Jika demikian berilah tempoh kepadaku hingga hari kiamat”.Allah berfirman:” Dengan permohonan kamu itu, maka sesungguhnya kamu dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari(masa) yang tertentu.” Iblis berkata: Wahai tuhanku! Kerana engkau telah menjadikan aku sesat maka demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat anak adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali di antara zuriat-zuriat adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan daripada syirik.”

Siapakah Orang Mukhlasin itu? Iaitulah orang-orang yang telah diberi taufik untuk mentaati segala Petunjuk dan perintah Allah. Bertepatanlah dengan firman Allah taala dalam surah Al A’raf ayat 201:

إن الذين اتقوا إذا مسهم طآ ئف من الشيطان تذكروا فإذا هم مبصرون

Maksudnya:
Susungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan daripada hasutan syaitan, mereka ingat ( kepada ajaran Allah), maka dengan ini mereka nampak jalan yang benar.

Cara Mengatasi hasutan syaitan:

1.Syaitan telah Iktiraf depan Allah taala bahawa dia adalah musuh anak adam
maka kita mesti bermusuh dengannya (iktiraf diri kita adalah musuh syaitan)

2.Istiqomah dengan manhaj alquran,jalan yang telah diterangkan oleh Allah
dalam AlQuran( bukan jalan godaan syaitan )

3.Beriman, bertawakal dan Minta perlindungan daripada Allah

4.Pertingkatkan ketakwaan, jangan lalai, dan sentiasa merasakan bahawa
Allah sentiasa melihat.

5.Sibukkan diri dengan zikir untuk lembutkan hati dan banyakkan amalan.

6.Sedar dan kembali ke jalan yang benar, setelah tersalah langkah serta
putuskan hubungan dengan kawan-kawan yang jahat dan sesat.

2. Bisikan Nafsu Ammarah

Jiwa manusia = Terima Kebaikan

= Terima Keburukan

(ونفس وما سواها(7) فألهمها فجورها وتقواها (8) قد أفلح من زكاها (9
وقد خاب من دساها (10)
الشمس
Maksudnya:
Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya, serta mengilhamkan jalan yang membawanya kepada kejahatan dan ketakwaan, sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih, dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya susut dan terbenam kebersihannya.

Terima Kebaikan : Sekiranya manusia sentiasa melengkapkan diri dengan amalan baik,melatih diri dengan akhlak terpuji,asuh dengan ilmu dan tarbiah
Terima Keburukan : Terbiar tanpa asuhan dan tarbiah, berada dalam suasana sekeliling yang buruk. Dikongkong dengan pengaruh adat yang kuat.Teman yang jahat dan ikut arus kemodenan yang terlampau bebas.
# Jiwa manusia sekiranya diasuh dan dididik akan mengarah kepada kebaikan, dan sekiranya dibiarkan mengikut arus akan mengarah kepada kerosakan.
# Jiwa dan akhlak seumpama tumbuhan, apabila dibajai dan disirami air ia akan menghasilkan sesuatu yang baik, dan sekiranya dibiarkan ia akan rosak tidak mengeluarkan hasil.

Cara Mengatasi :

Diawal penciptaan manusia Allah telah menjadikan baik dan buruk dalam diri manusia, dalam waktu yang sama Allah telah menjadikan sifat-sifat yang boleh dijadikan sebagai alat ukur untuk manusia memilih yang baik dan yang buruk :

1.Kebebasan memilih

( إنا هديناه السبيل إما شاكرا وإما كفورا (الإنسان 3

Maksudnya ;
Sesungguhnya kami telah menunjukkan kepada manusia ( melalui akal dan Rasul ) akan jalan-jalan ( yang benar dan salah, maka terserahlah kepadanya) sama ada ia hendak bersyukur (dengan beriman dan taat) atau ia berlaku kufur dengan mengingkari kebenaran dan menderhaka. ( Al insan 3 )

2. Kekuatan Iradah

(وأما من خاف مقام ربه ونهى النفس عن الهوى (40) فإن الجنة هى المأوى (41

Maksudnya :
Adapun orang yang takutkan tuhannya dan melarang diri dari mengikut hawa Nafsunya maka sesungguhnya syurga adalah tempat kembalinya. ( surah Al-Naazi’aat 40-41 )


3. Kebijaksanaan Akal


وما الحياة الدنيآ إلا لعب ولهو وللدار الاخرة خير للذين يتقون أفلا تعقلون
Maksudnya ;
Tidaklah kehidupan dunia itu melainkan mainan dan berseronok-seronok, dan Hari akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apakah kamu Memikirkannya.

4. Kesucian Fitrah

3. Dorongan Hawa Nafsu

Manusia melakukan sesuatu mengikut kehendak nafsunya dan tidak dikawal oleh ikatan syarak dan agama.Tidak syak lagi hasutan syaitan dan nafsu ammarah memainkan peranan penting didalam memberi galakan kepada hawa nafsu supaya melakukan kejahatan.

أفرأيت من اتخذ إلاهه هواه وأضله الله على علم وختم على سمعه وقلبه وجعل على بصره
غشاوة فمن يهديه من بعد الله أفلا تذكرون

Maksudnya :
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap Orang yang menjadikan hawa nafsunya – tuhan – dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui-Nya (bahawa dia tetap kufur), dan ditutup pula Atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatan-Nya, Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya Sesudah Allah menjadikannya sedemikian rupa? Oleh itu mengapa kamu tidak Mahu beringat dan insaf. ( al jasiyah 23)

Ibn Abbas berkata : Allah tidak menyebut hawa nafsu dalam quran Kecuali mencelanya


ولو شئنا لرفعناه بها ولاكنه أخلد الى الأرض واتبع هواه، فمثله كمثل الكلب، إن تحمل عليه
يلهث أو تتركه يلهث

Maksudnya :
Dan jika kami kehendaki nescaya kami tinggikan darjatnya dengan ayat-ayat itu, dia
cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, Maka
perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya diulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya juga.

Cara Mengatasi :

Tingkatkan keimanan: yakin bahawa Allah sentiasa melihat dan mendengar
Penuhkan masa lapang dengan perkara yang bermanfaat

Bersahabat dengan sahabat yang baik

Untuk mencapai takwa melalui puasa dan juga melalui amalan yang lain memerlukan tiga perkara :

1.Izin dan petunjuk dari Allah Taala
(التوفيق والتأييد )

2.Memperbaiki dan menyempurnakan amalan
إصلاح العمل وإتمام التقصير

3. Penerimaan daripada Allah Taala
(قبول العمل )
والله أعلم
Sama - sama kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan di bulan yang mulia ini.

1 comment:

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih