WUJUDKAN SEKOLAH KHAS SELESAIKAN DISIPLIN PELAJAR
Saya tak rasa penuntut atau pelajar, yang ada masalah disiplin perlu dibuang sekolah. Mereka golongan remaja yang masih mentah dan terikut dengan budaya dan suasana persekitaran. Usia remaja dipengaruhi oleh keinginan nafsu yang membuak, waktu diusia beginilah mereka dibimbing, bukannya dihukum. Remaja memerlukan bimbingan dalam menentukan masa depanya. kalau terus dihukum sepanjang hayat, mereka akan rasa bersalah dan tidak dihargai. Pendekatan yang digunakan sekarang lebih kepada pendekatan menghukum, perlu kepada satu perubahan dalam sistem pendidikan.
Sepatutnya sekolah yang menjadi tempat mendidik dan membimbing tidak lagi mahu mendidik mereka, dimana mereka nak terus belajar ? di pusat membeli belah ? di pusat siber ? di tepi jalan ?. hasrat kerajaan meningkatkan modal insan kenapa tidak dimulakan di sekolah? pelajaran akhlak tidak ditekankan, hanya sebahagian daripada sukatan pelajaran dalam pendidikan islam. sedangkan dakwah islam dan nabi S.A.W amat menitikberatkan akhlak dalam kehidupan dan amalan harian setiap penganutnya.
Memang diakui bahawa pelajar yang mempunyai masalah disiplin akan memberi kesan yang buruk kepada pelajar lain, pengasingan boleh dibuat dengan memasukkan pelajar terbabit di sekolah khas, setelah diteliti dengan kesalahan yang berulangkali dan tidak dapat dibendung dan dikawal oleh guru biasa.
Saya mencadangkan agar pihak kerajaan menubuhkan sebuah sekolah khas bagi membendung masalah didiplin pelajar di sekolah. Tekankan pelajaran akhlak, nilai-nilai murni dan pelajaran agama. Tidak mustahil untuk melahirkan pelajar cemerlang dikalangan pelajar yang mempunyai masalah disiplin. pelajar ini dikawal disiplin mereka oleh jurulatih yang dilatih khas untuk menangani disiplin pelajar.
Sekolah ini tidak boleh dilabel dengan sekolah pemulihan akhlak, sekolah jahat, dan lain-lain yang menimbulkan perasaan malu dan rendah diri pelajarnya. Guru dan tenaga pengajarnya mesti berusaha melahirkan pelajar yang cemerlang dari sekolah khas ini dan diwar-warkan kecemerlangan mereka. Diharap dengan itu dapat memberi motivasi dan pengharapan baru kepada mereka.
sekian cadangan hamba yang hina ini moga dapat direnungi bersama demi melahirkan insan-insan yang cemerlang disisi agama bangsa dan negara.
abuafnan
1 comment:
huh, akhirnya dia menulis...semestinya sesuatu yg baik...
sekolah khas untuk pelajar bermaslah disiplin ni dah ade tuan, glamer lagi, siap nama omputeh, Hendry Gurney namanye. Kalau kat kampung tu, silap haribulan mak bapak budak yg kene hantar ke skolah tu leh wat kenduri sbb org kampung ingat budak tu dpt pi oversea. agak2nyelah, kalau kita wat cam time2 sekolah dulu pun ok jugak kan? maksud hamba, wat detention class, wat hukuman kutip sampah, public canning (walaupun x penah dibuat kat skolah hamba, tp mendengarnya sdh cukup menggerunkan). Tp kalau nak berbaik sangka sangat kat bebudak ni pun xleh jugak. Takkanlah nak namakan sekolah tu Pusat Pengajian Pelajar Cerdik Lg Mulia kan? x patut, x patut...(ana x penah pi skolah camtu pon, tp jd manusia gak)...
Post a Comment