Thursday, November 4, 2010

(NASIKH DAN MANSUKH FIL HADITH)


 


 

Oleh : Ramzi Ramli

Penyelia : Prof Madya Dr. Fauzi Deraman

1.0 TAKRIF NASKH

1.1 Pada Bahasa; terdapat banyak penakrifan namun didatangkan dua sahaja disini.

1.1.0 Pendapat Jumhur Ulama', الرفع والإزالة – al-Izalah pula terbahagi kepada dua;

a) الإزالة الي البدل = yakni ibarat kepada membatalkan sesuatu dan diletakkan sesuatu yang lain di tempatnya. Contoh : نَسَخَت الشمسٌ الظلّ َ

b) الإزالة غير بدل = yakni Ibarat kepada mengangkat hukum dan membatalkannya. Contoh :

/ فينسخ الله ما يلقي الشيطان ثم يحكم الله آياته {الحج 52} كنسخت الريح أثر القوم

1.1.1 Pendapat al-Ahnaf, Qaffal, al-Qadhi, al-Ghazali; النقل والتحويل – jumhur berpendapat ini adalah makna dari segi majaz.

Iaitu mengubah dengan kekalkan yang pertama; contoh

"نسخت الكتاب" إدا نقلت ما فيه، وليس المراد إنعدام ما فيه

1.2 Pada istilah juga terdapat banyak makna, namun hanya satu didatangkan disini iaitu;

هو بيان إنتهاء حكم شرعي بطريق شرعي متراخ عنه..

Makna takrif ; Hukum pertama yakni hukum yang dinasakhkan, mempunyai tujuan tertentu disisi Allah taala, dan tempoh masa yang tertentu. Terpulang padanya samada akan terhasil hukum lain ataupun tidak. Apabila datangnya yang menasakhkan jelaslah pada kita akan tujuan dan waktu tersebut.

2.0 PENGENALAN ILMU NASKH MANSUKH

2.1 Ilmu ini bukanlah merupakan ilmu khusus dalam mustolah hadith akan tetapi ianya adalah pengkhususan dalam ilmu usul fiqh. Mungkin atas sebab itu Imam Syafie yang merupakan antara Imam pelopor mazhab Syafie' adalah yang paling masyhur di kalangan ulama dalam memulakan pengkajian ilmu Nasikh mansukh.:

روينا عن الزهري رضي الله عنه أنه قال: أعيى الفقهاء أعجزهم أن يعرفوا ناسخ حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم من منسوخه وكان للشافعي رضي الله عنه فيه يد طولى وسابقة أولى. روينا عن محمد بن مسلم بن وارة أحد أئمة الحديث: أن أحمد ابن حنبل قال له وقد قدم من مصر: كتبت كتب الشافعي ؟ فقال: لا. قال: فرطت ما علمنا المجمل من المفسر ولا ناسخ حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم من منسوخه حتى جالسنا الشافعي.

2.1.2 Syarat Naskh Yang Disepakati

2.1.2 Syarat Naskh Yang tidak Disepakati

2.1.3 Hukum Naskh

Hukumnya wajib beramal dengan hukum (terakhir) yang menasakhkan dan meninggalkan hukum (awal) yang dinasakhkan sahaja. Sekira-kira naskh hanya pada hukum bukan pada bacaan bagi al-Quran. Adapun bagi sunnah, semata-mata naskh hokum kerana membacanya tiada menjadi ibadah.

2.1.4 Jenis-Jenis Naskh yangi disepakati

2.1.4 Jenis-Jenis Naskh yang tidak disepakati


  1.  

2.2 Kaedah Mengetahui Naskh

pertama; berlakunya pertembungan yang tidak dapat ditaufikkan antara hadith yang dinaskhkan dan hadith sahih.

Kedua; mengetahui hadith yang menasakhkan dan hadith yang dinaskhkan seperti dibawah;

2.2.1 Tasrih daripada Rasulullah S.A.W. contoh ;

حديث بٌرَيْدَةَ في صحيح مسلم " كنتُ نهيتكم عن زيارة القبور فزوروها فإنها تذكِّر الآخرة "

2.2.2 Qaul Sahabat. Contoh;

قول جابر بن عبدالله رضي الله عنه : " كان آخِرَ الأمرين من رسول الله صلى الله عليه وسلم تَرْكٌ الوضوء مما مست النار " أخرجه أصحاب السنن .

2.2.3 Mengetahui Sejarah. Contoh;

حديث شدَّاد بن أوس " أفطر الحاجم والمحجوم " نُسِخَ " بحديث ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم احتجم وهو مُحرِمُ صائم " فقد جاء في بعض طرق حديث شداد أن ذلك كان زمن الفتح وأن ابن عباس صحبه في حجة الوداع .

2.2.4 Dalil Ijma'. Contoh;

حديث من شرب الخمر فاجلدوه فان عاد في الرابعة فاقتلوه " قال النووي :" دََلَّ الإجماع على نسخه

2.3 Kepentingan Ilmu Naskh

قال الزهري رحمه الله: "من لم يعلم الناسخ والمنسوخ خلط في الدين" .
وقد أسند الحازمي عن حُذيفة, أنَّه سُئل عن شيء فقال: إنَّما يُفتي من عرف النَّاسخ والمَنْسُوخ. قالوا: ومن يعرف ذلك؟ قال: عُمر.

3.0 Karya-karya dalam Naskh dan Mansukh:

  1. الناسخ والمنسوخ من الحديث - للإمام أبي عبد الله أحمد بن محمد بن حنبل الشيباني (241هـ (
  2. ناسخ الحديث ومنسوخه - لأبي بكر أحمد بن محمد بن هانئ الطائي المعروف بالأثرم الإمام الحافظ المتوفى سنة (261 هـ) أحد أصحاب الإمام أحمد بن حنبل .طبع في دار الحرمين مصر 1419هـ بتحقيق إبراهيم إسماعيل القاضي، وحققه أيضاً عبد الله بن حمد المنصور عام (1999هـ) وكلاهما بدون أسانيد على غير عادة المصنفين من المحدثين القدامى، وقيل: هو مختصر الكتاب الأصلي.
  3. الناسخ والمنسوخ من الحديث - لأبي داود السجستاني سليمان بن الأشعث الأزدي صاحب السنن 275( هـ)
  4. ناسخ الحديث ومنسوخه - لأبي بكر محمد بن عثمان بن الجعد الشيباني المتوفى سنة (301 هـ) وهو أحد أصحاب ابن كيسان النحوي.
  5. ناسخ الحديث ومنسوخه - لأحمد بن إسحاق بن بهلول بن حسان بن سنان التنوخي المتوفى سنة ( 318 هـ)
  6. الناسخ والمنسوخ - لأحمد بن محمد بن سلامة بن عبد الملك بن سلمة الأزدي الطحاوي الحنفي المتوفى سنة (321 هـ )
  7. ناسخ الحديث ومنسوخه - لأبي جعفر النحاس أحمد بن محمد بن إسماعيل المرادي المصري المتوفى سنة)338 هـ(
  8. الناسخ والمنسوخ - لأبي محمد قاسم بن أصبغ بن محمد بن يوسف الأموي القرطبي المتوفى سنة (340 هـ(
  9. الناسخ والمنسوخ من الحديث - لأبي الشيخ عبد الله بن محمد بن جعفر بن حيان الأصبهاني المتوفى سنة (369 هـ)
  10. ناسخ الحديث ومنسوخه - لأبي حفص عمر بن أحمد بن عثمان بن شاهين البغدادي المتوفى سنة (385 هـ)
  11. الناسخ والمنسوخ - لأبي القاسم عبد الكريم بن هوازن بن عبد الملك القشيري الفقيه الأصولي المتكلم المفسر النحوي المتوفى سنة )465 هـ(
  12. الاعتبار في الناسخ والمنسوخ - من الآثار لمحمد بن موسى بن عثمان بن حازم أبو بكر الهمداني المتوفى سنة (584 هـ) كتابه المعروف المشهور الاعتبار في الناسخ والمنسوخ من الآثار وسيأتي الكلام عنه.
  13. إعلام العالم بعد رسوخه بحقائق ناسخ الحديث ومنسوخه - لأبي الفرج جمال الدين عبد الرحمن بن علي بن الجوزي الحنبلي البغدادي المتوفى سنة (597هـ) وقد حققه أحمد عبد الله الزهراني في رسالة ماجستير بجامعة أم القرى عام (97/1398) وله كتاب آخر سماه) إخبار أهل الرسوخ في الفقه والحديث بمقدار المنسوخ من الحديث( ذكر فيه اثنين وعشرين حديثا مما قيل: إنها منسوخة. طبع بالقاهرة نشرته مكتبة الكليات الأزهرية.
  14. الناسخ والمنسوخ في الحديث - لأبي حامد أحمد بن محمد بن مظفر بن المختار الرازي المتوفى بعد سنة (631هـ) طبع في مكتبة الفاروق الحديثة القاهرة 1422هـ بتحقيق أبي يعقوب نشأت بن كمال المصري.
  15. الناسخ والمنسوخ في الحديث - لأبي بكر بن موسى الخوارزمي المتوفى سنة (710هـ) مخطوط توجد نسخة منه في مكتبة أيا صوفيا- استانبول – (872)
  16. رسوخ الأحبار في منسوخ الأخبار - برهان الدين الجعبري إبراهيم بن عمر المتوفى سنة (732هـ) طبعته مؤسسة الكتب الثقافية بتحقيق حسن محمد الأهدل.
  17. عدة المنسوخ في الحديث - لبدر الدين حسين بن عبد الرحمن بن محمد بن علي ابن أبي بكر بن الشيخ علي الأهدل المتوفى سنة (855 هـ)
  1. An-Nasikh wal-Mansukh, karya Qatadah bin Di'amah As-Sadusi (wafat 118 H),     namun tidak sampai ke tangan kita.

4.0 Kajian kitab Nasikh Wa al-Mansukh Min al-Hadis

4.1.0 Biodata Penulis

Al-hafiz al-Muhaddith al-Wa'iz Abu Hafs U'mar Bin Ahmad bin Uthman bin Ahmad Bin Muhammad bin Ayub al-Baghdadi masyhur dengan panggilan Ibn Syahin. Sebab dinamakan Ibn Syahin mengikut nama datuk sebelah ibunya Ahmad bin Muhammad bin Yusuf bin Syahin al-Syaibani. Dilahirkan pada bulan safar tahun 297H dan meninggal setelah berumur 89 tahun pada 385H.

Mula belajar hadith sejak remaja lagi. Berkata tentang dirinya " aku mula menulis hadith seingat aku pada tahun 308H dan aku tulis dengan tanganku sendiri, ketika itu aku berumur 11 tahun". Menjelajah untuk menuntut ilmu hadith ke Syam, Basrah dan Mesir.

4.1.1 Antara Gurunya;

  1. Abdullah bin Sulaiman bin al-Asy'as, abu Bakar bin Abi Daud al-Sajistani (316H).
  2. Yahya bin Muhammad bin Sho'id al-Hafiz (228-318)
  3. Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Sulaiman al-Baghandi al-Hafiz bin al-Hafiz-bin al-Hafiz (326H)
  4. Ahmad bin Salman bin al-Hasan al-Najjad al-Hafiz al- Faqih (348H)
  5. Ibn Daud, Abu Bakar Muhammad bin Daud bin Sulaiman al-Naisaburi.

4.1.2 Antara Muridnya;

  1. Anaknya, Ubaidullah bin Abi Hafs bin Syaibani. Meninggal pada Rabiul Awwal 440H
  2. Abu Bakar Muhammad bin Ismail al-Warraq al-Baghdadi 378H
  3. Abu al-Qasim Ali bin al-Qadi Abi Ali al-Tannukhi al-Basri 365-447H
  4. Abu al-Qasim Ubaidullah bin Ahmad bin Uthman al-Azhari al-Baghdadi 355-435H
  5. Abdul Aziz b Ali al-Azji, 356-444H

4.1.3 Pujian Ulama' terhadapnya

  1. قال الخطيب: "كان ثقة أميناً - تاريخ بغداد (11/265
  2. وقال ابن ماكولا: " هو الثقة الأمين، جمع الأبواب والتراجم وصنف كثيراً - السير (16/431
  3. وقال الذهبي: الشيخ الصدوق الحافظ العالم الواعظ شيخ العراق- السير (16/431
  4. وقال ابن ناصر الدين الدمشقي: " كان إماماً حافظاً، كثير التصانيف، من الثقات المأمونين - السير (16/431


 

4.2 Ringkasan Kitab


 

Nama kitab ini " Nasikh Wa al-Mansukh Min al-Hadith " seperti yang tertulis pada naskhah tulisan tangan. Masyhur dengan nama ini dan tiada khilaf padanya.

Naskah asalnya dalam bentuk filem berada di Maahad al-Makhtutat al-'Arabiah, nombor 525, . Dalam bentuk skrol no 1107, naskah ini terdiri daripada 69 helaian, setiap helai daripadanya mempunyai 24 baris tulisan lengkap, kecuali helaian pertama dibahagi kepada beberapa bahagian.

Kitab ini secara sahihnya dinisbahkan kepada Ibn Syahin, memandangkan semua naskah tulisan tangan dan terjemahannya dinisbahkan kepadanya.

Cetakan pertama oleh Dar-al-Kutub al-'Ilmiah Beirut Lubnan, pada tahun 1992/1412H. Satu Jilid sahaja dan mempunyai 296 halaman. Ditahqiq oleh Ali Mi'wad, dan 'Adil Abd al-Maujud.

4.2.0 Method penulis

1) Penulis mendahului ringkasan muqaddimah dan disertakan padanya beberapa hadith dan athar yang mengharuskan naskh hadith.

2) Susunan kitab ini adalah mengikut bab, dimulakan dengan hadith - hadith yang dinasakhkan kemudian didatangkan al-mutaba'at, dan al-syawahid baginya, kemudian diikuti dengan hadith - hadith yang menasakhkan.

3) Adakala penulis menghukum hadith - hadith tersebut dan mendatangkan I'llatnya dan ikhtilaf para perawi. Contoh :


 



 



 



 

4) Ada ketikanya penulis yakin dengan naskh dan ada kalanya penulis meletakkannya dalam kebarangkalian, ada kala penulis yakin hadith tersebut tidak perlu dinasakhkan lalu mentaufikkannya. Contoh :


 


 


 


 


 


 

5) Penulis mendatangkan hadith berserta sanadnya dan dengan turuq yang berbagai. Amat berhati-hati dalam berkata-kata tentang perawi dan masalah fekah, beliau akan menaqalkan kata-kata ulama dan salafus salih dalam permasalahan ini seperti Imam Malik, Imam Syafi'e, Imam Auza'ie, dan Imam Ahmad dan lainnya. contoh (m/s 66 & 89-kitab)


 

4.2.1 Istilah - Istilah Yang Digunakan Ialah Seperti,

  1. (حديث آخر من المنسوخ)، (حديث آخر في باب) = Hadith yang dimansukhkan

  2.  

4.2.1 Cetakan Kitab

  1. 1988 – dicetak di Dar al-Turath al-Arabi Mesir, ditahqiq oleh Muhammad Ibrahim al-Hafnawi. Dikatakan ia adalah Thesis PHD daripada Universiti al-Azhar tahun 1979.
  2. 1988 – dicetak di Makatabah al-Manar, Jordan, ditahqiq oleh Samir bin Amin al-Zuhri, bilangan hadisnya 676 hadis.
  3. 1992 – dicetak di Dar al-Kutub al-Ilmiah, ditahqiq oleh Ali Mi'wad, dan 'Adil Abd al-Maujud,
  4. Cetakan Dar Ibn Hazm ditahqiq oleh al-Sadiq bin Abd Rahman al-Gharbani.
  5. Dan tahqiq dalam bentuk thesis master di Universiti Ummul Qura tahun 1406H, tidak dicetak.


 

5 comments:

abuafnan said...

salam.

maaf, ada sedikit kelemahan...contoh bagi method Ibn Syahin dalam penulisan kitabnya tidak terdownload....

Anonymous said...

أكملت بعض النقاط الجيدة هناك. قمت بالبحث عن موضوع وجدت أن غالبية الأشخاص الذين سيكون لديهم نفس الرأي مع بلوق الخاص بك.

Anonymous said...

آه! أخيرا وجدت ما كنت أبحث عنه. احيانا يستغرق الكثير من الجهد للعثور على قطعة صغيرة مفيدة حتى للمعلومات.

Anonymous said...

أنا عادة لا وظيفة في المدونات بلوق الخاص بك ولكن الذي اجبرني على العمل مذهلة.. جميل...

Anonymous said...

ك جديد ، وأنا دائما البحث على الانترنت عن المواد التي يمكن أن تساعدني. شكرا لكم نجاح باهر! شكرا لك! أردت دائما أن أكتب شيئا في موقعي من هذا القبيل. يمكن لي أن أعتبر جزءا من مشاركتك لبلدي بلوق؟