Hudud hukum Islam .........setiap Islam perlu berusaha untuk melaksanakannya.....
hudud adalah hukum Allah secara menyeluruh, bukan sahaja hukum mencuri potong tangan, bunuh dibunuh balas, berzina direjam dan disula dan sebagainya yg dipahami kebanyakan muslim hari ni....
Kalau kita terus memomokkan itu sahaja hukum hudud nescaya orang ramai yang muslim akan lari dari melaksanakannya, dan bukan muslim tidak akan suka kepada Islam dan mereka akan menjauhkan diri dari islam, satu kerugian kepada Islam..tanggapan mereka bahawa Islam itu ganas akan menjadi benar dengan mmomokan begitu.
Pada hari ini Mahkamah syariah telah menjalankan sebahagian daripada hukum yang ditetapkan oleh Allah iaitu hukum hudud, ianya meliputi keseluruhan kehidupan muslim. Buat masa sekarang ana tak kata ia tak boleh dilaksanakan. Tapi kita boleh laksanakannya secara berperingkat. Apa yang nak dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan Alhamdulillah satu usaha yang baik, namun jangan hanya dijadikan sebagai momokan politik ..buat saja takyah bising...kalau kita bising, sekarang orang cina dan india menolak, sedangkan mereka TIADA hak nak tolak itu sudah dikira menolak perlembagaan negara yang mengatakan Islam agama persekutuan. Akan tetapi kita sendiri yang tak reti, kita yang membuka ruang utk diperdebatkan..kita yg membuka ruang untuk mereka campur tangan dalam urusan agama yang menjadi perlembagaan Negara.
Kita sebagai bangsa yang mempunyai kuasa majoriti dan memerintah Negara yang perlembagaanya menyebut "islam sebagai Agama Persekutuan" kita boleh laksanakannya secara berperingkat dan laksanakannya dalam mahkamah syariah jangan bising-bising, berpakat elok2 wahai orang islam...kalau bangsa melayu Islam dalam parti pas dan umno pakat elok2 utk laksanakan melalui mahkamah syariah secara berperingkat, masyaAllah tiada akan berlaku kekalutan sebegini....
Islam akan terbela Agama Islam bukan untuk diperdebat dan dibuat modal politik oleh mana-mana pihak tetapi ianya untuk dilaksanakan oleh setiap orang Islam. Ana rasa sedih dengan orang Islam di malaysia ni...depa hidup tidak berlandaskan penyatuan dalam Islam yang dibawa oleh Rasulullah dan di perintahkan Oleh Allah, mereka lebih suka bergaduh dan mengatakan hanya pihaknya saja yang benar.
Olahan daripada Jawapanku kepada sahabatku yang bertanya tentang kemelut hudud semasa.
..Abuafnan.
4 comments:
betul tu ustaz, kalaulah semua umat islam faham apa itu hudud dan kewajipan melaksanakannya, takdelah besar sgt masalahnya. maybe kita kena start belajar fiqh jinayat dgn lbh mendalam...mana takzirnya, mana qisasnya...faham hukum syariah daripada kaca mata beragama, bukan dari kaca mata logika akal, mungkin...
melihat sebuah gelas yg separuh isinya...mana yg betul, separuh penuh ke, separuh kosong?
yang mengaku "pakat" pun selalu bergaduh syeh...
susah ustaz, guna perkataan "pakatan' pun boleh jadi isu sekarang nih.
Post a Comment