Monday, August 17, 2009

APAKAH SEBENARNYA YANG KITA CARI DALAM HIDUP INI

بسم الله الرحمان الرحيم

Kita adalah makhluk yang mempunyai akal budi, boleh berfikir dan menentukan sesuatu yang terbaik. Kehidupan kita merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah Taala di muka bumi ini. Kita makhluk yang sempurna serta mampu menguruskan kehidupan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan. Namun masih ada yang lupa dan leka. Firman Allah Taala ;

Patutkah mereka merasa cukup Dengan mengetahui Yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan Dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), Bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya itu melainkan Dengan ada gunanya Yang sebenar, dan Dengan ada masa penghujungnya Yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang Yang sungguh ingkar akan pertemuan Dengan Tuhannya. ( surah Ar-Ruum – ayat 8 )

Ada antara kita yang mungkin tidak sedar bahawa kita tidak mempercayai apa itu hari akhirat dan pertemuan dengan Allah. Dalilnya kita mengerjakan pekerjaan dunia tanpa memikirkan keuntungan akhirat. Yang difikir hanya apa yang kita bakal perolehi di hadapan mata. Maka hidup kita, pekerjaan kita semuanya berdasarkan apa yang kita kehendaki semasa hayat kita. Untuk memperoleh semua itu kita terpaksa berlumba dengan kehidupan dan orang lain yang menyebabkan kita kadang-kadang terpaksa ketepikan halal haram, yang boleh dan tidak boleh.

Perlu kita fikir dan ingat bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia, setiap sesuatu ada gunanya. Sehinggakan batu dan kayu buruk pun ada gunanya. Dunia yang kita tinggal di dalamnya, dan perkara yang diciptakan Allah yang ada di dunia ini untuk melengkapkan kehidupan kita ada gunanya, sama ada untuk dunia sendiri mahupun untuk akhirat juga.

Tujuan hidup manusia sebenarnya bergantung pada manusia itu sendiri, apakah yang diingininya dalam hidup ini, untuk apakah dia hidup di dunia ini. Kehidupan yang bagai manakah yang dicari? Adakah kemewahan dan Keseronokan.

Bagi mendapat jawapan yang tepat dan benar marilah kita kembali kepada asal tujuan manusia ini diciptakan. Untuk apakah pencipta kita (Allah) menciptakan kita di atas muka bumi ini.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (az zariyat – 56)

Namun apa yang kita dapati pada hari ini, kebanyakan kita akan menelusuri hidup mengikut arus yang sudah tersedia di hadapan kita, tanpa memikirkan siapakah yang mencipta arus itu. Antara kita tidak tahu matlamat yang hendak dicapai, kita bekerja seharian, bertungkus-lumus, pagi keluar petang pulang, untuk apa kita bekerja hingga sebegitu rupa. Sehinggakan ada kalanya kita bekerja tak cukup siang, malam kita korbankan rehat semata-mata untuk bekerja. Sedangkan aturan dan panduan hidup yang telah digariskan oleh Allah Taala tidak begitu, Allah jadikan siang untuk kita bekerja dan mencari keperluan hidup, dan dijadikan malam itu untuk beristirahat, maka dengan istirahat dimalam hari itu menambahkan kekuatan bagi kita agar esoknya dapat kita teruskan lagi kerja dan usaha mencari kehidupan, atau menambah bekalan untuk kehidupan kita yang seterusnya. Firman Allah Taala dalam surah al-furqan bermaksud;

Dan Dia lah Tuhan Yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.

Kita digalakkan untuk mencari kehidupan dunia, dan mencari rezeki, beramal untuk dunia seolah kita akan hidup selamanya dan beramal untuk mati seolah kita akan mati esok hari. Dan juga kita tidak diminta untuk membiarkan keturunan kita meminta-minta setelah kita meninggal dunia. Dalam hadis nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Maksudnya : daripada A'mir bin Saad, bapanya berkata; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menziarahiku ketika mana aku jatuh sakit teruk ketika haji wada', aku berkata kepadanya ; aku telah jatuh sakit seperti mana engkau lihat sekarang, dan aku mempunyai harta yang banyak dan tiada pewarisku melainkan seorang anak, perlukah aku sedekahkan dua pertiga daripada hartaku itu?.Rasulullah menjawab "tidak". Aku berkata ; separuh daripadanya?. Rasulullah menjawab " tidak". Aku berkata; satu pertiga daripadanya?. Rasulullah menjawab " satu pertiga masih banyak, sesungguhnya engkau tinggalkan pewaris kamu ( anak / keluarga / isteri ) dalam keadaan kaya lebih baik dari engkau tinggalkan mereka dalam keadaan fakir meminta-minta kepada manusia. Dan apa yang kamu nafkahkan terhadap keluarga kamu mengharapkan reda Allah kamu akan diberi pahala, sehinggakan sesuap makanan yang kamu suapkan ke dalam mulut isteri kamu, akan diberi pahala oleh Allah".

Islam tidak menyuruh umatnya hanya beribadat sahaja tanpa memikirkan soal keduniaan sehingga kemiskinan menyelubungi mereka. Cuba kita fikir kenapa Allah jadikan dunia ini untuk kita hidup? Dan bagaimana untuk hidup di dunia ini dengan membuang segala yang terdapat di dalamnya. Bagaimana mungkin kita boleh bergerak di lautan kalau tidak punyai bahtera, bagaimana kita mendapatkan keperluan kalau tidak punyai wang. Ini semua perlu dicari dan diusahakan bagi mencapai tahap kesempurnaan dalam kehidupan.

Realitinya pada hari ini, kita bukan sahaja mengejar keduniaan seolah akan hidup selamanya akan tetapi terus meninggalkan akhirat, setidaknya jadikan apa yang kita usahakan daripada keduniaan itu untuk mendapatkan akhirat, namun kita lalai terus dibuai keenakan dunia dan lupa tuntutan akhirat. Kita terus merebut untuk memiliki rumah yang mewah, kereta mewah, perusahaan yang besar, pekerja yang ramai, dihormati manusia, disegani, dan disanjung.

Tidak kisah daripada mana, bagaimana, dan apa cara sekalipun kita rebut saja demi untuk mencapai apa yang kita cari, sanggup kita menggunakan wang yang bukan milik kita untuk memenuhi keinginan kita, sanggup kita merebut kuasa, wang, dan sebagainya dari sahabat kita, sehinggakan kawan jadi lawan. Sanggup kita mengubah dasar supaya memihak kepada kita, sanggup kita memujuk orang agar memihak kepada kita, sanggup kita "memijak" orang lain untuk kita naik ke puncak kejayaan demi memenuhi hasrat dan keinginan nafsu dunia kita. Untuk apakah semua ini. Untuk diri kita sendiri, untuk penuhi keinginan nafsu serakah kita yang membuak. Di saat ini apa yang kita usahakan itu tidak dapat dilorongkan ke arah akhirat.

Kita dituntut untuk mengejar keduniaan kerana satu keperluan hidup. Namun hidup di dunia hanyalah sementara, yang kekal di akhirat. Firman Allah taala dalam surah Al-Ana'am; Maksudnya : dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan Yang sia-sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? ( Al- Ana'am-32 )

Oleh yang demikian kita jadikan apa saja pekerjaan yang kita lakukan, hasil yang kita dapat, kemewahan dan harta benda itu sebagai bekalan kita untuk menuju ke akhirat.

Bagaimana mungkin kita jadikannya bekalan akhirat, sedangkan bekalan akhirat itu solat, puasa, zakat, haji, dan amalan lain yang diperintahkan Allah. Jika begitu kefahaman kita, kita sudah salah faham terhadap agama. Cuba kita renungkan satu hadis nabi " apabila mati anak adam terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara, anak yang soleh yang mendoakannya, amalan yang soleh yang dikerjakannya, dan amal jariah yang dilakukannya semasa hidup".

Daripada hadis ini dapat difahami bahawa, semua amalan di atas dunia ini tidak akan dapat dibawa sebagai bekal mahupun sebagai pelindung daripada seksaan kecuali tiga perkara tersebut. Jadi bagaimana kemewahan dan dan harta benda dunia boleh dijadikan bekalan akhirat?, dalam satu hadis yang lain, ( tidak akan berganjak kaki anak adam pada hari kiamat di hadapan Allah sehingga disoal tentang lima perkara; tentang umurnya, waktu mudanya,dan hartanya daripada mana ia dapat dan bagaimana membelanjakannya, dan apa yang dia amalkan daripada ilmunya).

Oleh yang demikian sekiranya apa yang kita usahakan di dunia ini kita belanjakan dan kita gunakannya untuk tujuan kebaikan serta mendapat keredaan Allah, maka itulah jawabannya. Kita punyai rumah yang besar dan mewah, kita gunakan untuk memberi perlindungan kepada anak-anak dan isteri, kita melakukan amalan yang baik didalamnya, sentiasa membaca al-quran di dalamnya, bukannya parti arak, tari-menari yang dilakukan didalamnya. Kalau kita mempunyai rumah yang banyak hasil titik peluh dari sumber yang halal, kita sewakannya dan hasilnya kita gunakan ke arah kebaikan dan diredai Allah, ataupun kita waqafkan kejalan Allah. Kita punya kenderaan mewah dan banyak, kita gunakan untuk ke masjid dan menuju ke tempat yang diredai Allah, kita gunakannya untuk kebaikan.

Kita tinggalkan harta kekayaan kepada anak-anak yang sudah diberi didikan yang sempurna daripada ilmu dunia dan akhirat kemudiannya menjadi anak yang soleh, mereka akan membalasi usaha kita memberikan mereka ilmu dan harta, dengan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan di akhirat untuk kita.

Begitu juga harta kita yang lainnya di dunia ini, kiranya kita gunakan ke arah kebaikan dan menuntut keredaan Allah, Harta keduniaan kita tukarkannya menjadi amal soleh dan amal jariah. Kita akan selamat di akhirat, dan dunia yang kita miliki tersebut akan dapat kita bawa ke akhirat dengan pahala sebagai gantinya.

Apakah masih belum kita temui pencarian kita di dunia ini?

Dunia hanyalah tempat persinggahan untuk menambahkan bekalan bagi meneruskan perjalanan yang masih jauh ke akhirat. Sayugianya kita mencari bekalan yang memungkinkan kita sampai ke akhirat dengan baik dan dapat kita "membeli" keadaan yang baik, mewah dan sempurna di akhirat.

Saturday, August 8, 2009

kembara

Baru-baru ni ana berpeluang ke negara lubnan, walaupun pada waktu ana sampai, lubnan sedang bergolak…risau jugak….Tapi bila diberitahu yang bergolaknya jauh nun disempadan, Beirut aman…lega rasanya

Ana dengan tiga orang kawan bersama bekas mufti Terengganu, Datuk Ismail, dijemput oleh satu “jamiyah” yang dikira berpengaruh di Lubnan, alasannya ahli parlimen negara tersebut salah seorang dari anggotanya dan jamiyah ini sudah ada universiti sendiri Global .Semua kos perjalanan, makan minum, tidur ditanggung oleh Jamiyah ini. Alhamdulillah dan terima kasih pada mereka-mereka yang menjemput kami.





Bersiar dipagi hari, “manarah” salah satu mercu tanda di pantai lubnan


Sampai saja di Beirut ana dapat pengalaman yang jarang dijumpai di Malaysia ataupun mesir ataupun Indonesia….sebab negara ini sajalah yang ana pernah kunjungi, sikap pemandunya yang hormat pada pejalan kaki, jalanraya yang tidak ada trafik light untuk melintas…. pemandunya berhenti tanpa disuruh untuk memberi laluan kepada pejalan kaki…itu yang ana kagum… kalau bercakap dengan orang lubnan rasa macam cakap dengan makcik dan pakcik kat kampung…berbudi bahasa dan lemah lembut. keadaan negaranya adalah iras-iras barat sikit.



Bersiar-siar di kota beirut

Berbalik kepada tujuan kami dijemput ke negara tersebut, mulanya ana tak berapa tahu apa tujuannya, tapi bila dah sampai dan bergaul dengan musyrif ,baru lah tahu tujuan sebenar kami दिजेम्पुत




Di bawah pokok kacang cerdik (fusduq), bersama Datuk Ismail dan Duta Malaysia ke Lubnan

Ana pernah dengar satu gerakan yang sedang menular di negara kita ,“Ahbash” satu gerakan yang menentang “wahhabi”.Tapi ana tak pasti yang jemput kami tu Ahbash…tapi rasanya macam ya… mana taknya naik kereta cakap fasal wahabi, waktu makan cakap fasal kebatilan wahabi, kemudian kafirkan mereka. Boleh kata waktu kami tidur dan di hotel saja tiada suara yang memburukkan wahabi…ana bukannya berfahaman wahabi..dan bukan juga dari mana-mana kumpulan ..ana orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah dan ikut perintah Allah dan Rasulnya.

Syekh Ramadhan Al-Bouti, Yusof Qardhawi pun dikafirkannya sama macam dia mengkafirkan wahhabi .. sebab apa?? sebab syekh – syekh ni tak tolak wahhabi.
Balik di Malaysia tak payah tengok .Islam di Malaysia sekarang ada wahhabi, syiah, tabligh, pas, UMNO, dan mungkin ada lagi yang ana tak ingat….mana satu betul?? Kalau ditanya pada wahhabi, dia akan kata dia betul, begitu juga yang lain masing-masing akan kata pegangan dia yang betul, pegangan lain salah….inilah sebabnya orang cina, india, dan lain-lain takut nak masuk Islam di Malaysia .

Sekiranya umat Islam di malaysia begini keadaannya, negara Islam didunia ini begini keadaannya, dan inilah hakikatnya..musuh Islam sedang bertepuk tangan dan sudah bersedia membuat perancangan seterusnya untuk menjahanamkan Islam.
Di mana semangat persaudaraan dan persamaan atas nama Allah, Atas nama Islam yang disatukan oleh Nabi Sallallahualihiwasallam.Di mana semangat Suhaib Al-Rumi, semangat Bilal Al-Habasyi, semangat Salman Al-Farisi, semangat Qaum Ansar, semangat Qaum Muhajirin, ketika disatukan walaupun berlainan kulit dan bangsa.namun tetap bersatu dan bersaudara atas nama Islam.

Apa salahnya perkara-perkara cabang yang tak menjejaskan akidah diketepikan, yang paling penting adalah Islam, agama Islam, kepentingan Islam, Ummat Islam lebih penting daripada segala-galanya.










Sunday, August 2, 2009

PERJALANAN KU















Baru-baru ni ana berpeluang ke negara lubnan, walaupun pada waktu ana sampai, lubnan sedang bergolak…risau jugak…. Tapi bila diberitahu yang bergolaknya jauh nun disempadan, Beirut aman…lega rasanya..
Ana dengan tiga orang kawan bersama bekas mufti Terengganu, Datuk Ismail, dijemput oleh satu “jamiyah” yang dikira berpengaruh di Lubnan, alasannya ahli parlimen negara tersebut salah seorang dari anggotanya dan jamiyah ini sudah ada universiti sendiri Global Universiti Semua kos perjalanan, makan minum, tidur ditanggung oleh Jamiyah ini Alhamdulillah dan terima kasih pada mereka-mereka yang menjemput kami.









Bersiar dipagi hari, “manarah” salah satu mercu tanda di pantai lubnan
Sampai saja di Beirut ana dapat pengalaman yang jarang dijumpai di Malaysia ataupun mesir ataupun Indonesia….sebab negara ini sajalah yang ana pernah kunjungi, sikap pemandunya yang hormat pada pejalan kaki, jalanraya yang tidak ada trafik light untuk melintas…. pemandunya berhenti tanpa disuruh untuk memberi laluan kepada pejalan kaki…itu yang ana kagum… kalau bercakap dengan orang lubnan rasa macam cakap dengan makcik dan pakcik kat kampung…berbudi bahasa dan lemah lembut. keadaan negaranya adalah iras-iras barat sikit.
Bersiar-siar di kota beirut
Berbalik kepada tujuan kami dijemput ke negara tersebut, mulanya ana tak berapa tahu apa tujuannya, tapi bila dah sampai dan bergaul dengan musyrif kami baru lah tahu tujuan sebenar kami dijemput









Di bawah pokok kacang cerdik (fusduq), bersama Datuk Ismail dan Duta Malaysia ke Lubnan

Ana pernah dengar satu gerakan yang sedang menular di negara kita pun.. “Ahbash” satu gerakan yang menentang “wahhabi”. Tapi ana tak pasti yang jemput kami tu Ahbash…tapi rasanya macam ya… mana taknya naik kereta cakap fasal wahabi, waktu makan cakap fasal kebatilan wahabi, kemudian kafirkan mereka. Boleh kata waktu kami tidur dan di hotel saja tiada suara yang memburukkan wahabi…ana bukannya berfahaman wahabi..dan bukan juga dari mana-mana kumpulan ..ana orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah dan ikut perintah Allah dan Rasulnya.
Syekh Ramadhan Al-Bouti, Yusof Qardhawi pun dikafirkannya sama macam dia mengkafirkan wahhabi .. sebab apa?? sebab syekh – syekh ni tak tolak wahhabi.
Balik di Malaysia tak payah tengok jauh. Islam di Malaysia sekarang ada wahhabi, syiah, tabligh, pas, UMNO, dan mungkin ada lagi yang ana tak ingat….yang mana satu betul?? Kalau ditanya pada wahhabi, dia akan kata dia betul, begitu juga yang lain masing-masing akan kata pegangan dia yang betul, pegangan lain salah….inilah sebabnya orang cina, india, dan lain-lain takut nak masuk Islam di Malaysia sebab depa tak tahu mana satu yang betul.. silap-silap masuk kena kumpulan sesat pulak…..
Sekiranya umat Islam di malaysia begini keadaannya, negara Islam didunia ini begini keadaannya, dan inilah hakikatnya..musuh Islam sedang bertepuk tangan dan sudah bersedia membuat perancangan seterusnya untuk menjahanamkan Islam.
Di mana semangat persaudaraan dan persamaan atas nama Allah, Atas nama Islam yang disatukan oleh Nabi Sallallahualaihiwasallam. Di mana semangat Suhaib Al-Rumi, semangat Bilal Al-Habasyi, semangat Salman Al-Farisi, semangat Qaum Ansar, semangat Qaum Muhajirin, ketika disatukan walaupun berlainan kulit dan bangsa.namun tetap bersatu dan bersaudara atas nama Islam.
Apa salahnya perkara-perkara cabang yang tak menjejaskan akidah diketepikan, yang paling penting adalah Islam, agama Islam, kepentingan Islam, Ummat Islam lebih penting daripada segala-galanya.






Saturday, August 1, 2009

واإسلاماه

Apakah yang paling menyedihkan daripada kehancuran masyarakat Islam, kebinasaan, perpecahan,. Betullah apa yang dirisaukan nabi sallallahualaihi wasallam tika akhir hayatnya…ummati…ummati..ummati….

Penghujung zaman,,, kerisauan junjungan nabi sudah kelihatan jelas…

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ سَلَكُوا جُحْرَ ضَبٍّ
لَسَلَكْتُمُوهُ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ صحيح بخاري
Daripada abi said R.A bahawasanya nabi Sallallahualaihi wasallam bersabda; nescaya kamu akan menuruti jalan kaum-kaum sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sedepa demi sedepa, sehinggakan kalau mereka masuk lubang biawak sekalipun kamu akan ikut. Para sahabat bertanya; mereka itu orang Yahudi dan nasranikah wahai rasulullah? Sabdanya ; siapa lagi???

Apa yang berlaku kepada umat Islam hari ini sangat mendukacitakan, masing-masing dengan ego semangat kebangsaan, dan kenegaraan. Kalau bersatu pun atas dasar ekonomi, kebendaan, kerjasama yang boleh membawa keuntungan masing-masing. Negara Islam yang miskin diabaikan, bahkan dalam negara yang sibuk memajukan negara tanggungjawab memajukan modal insan diabaikan. Ini semua pengaruh Yahudi dan sekutunya bagi melalikan negara dan umat Islam dalam membangunkan modal insan berteraskan alquran dan sunah.

Yahudi dan sekutunya sedar bahawa sekiranya umat Islam dan negara-negara Islam mantap dan teguh dalam akhlak dan modal insan, mereka tidak dapat bergerak walau seinci pun.
Dengan akhlak dan modal insan yang mantaplah nabi Sallallahualaihi wasallam mendidik dan mengasuh para sahabatnya sehingga Islam dapat disebarkan keseluruh pelosok dunia dan islam ditakuti oleh kawan dan lawan. Dengan akhlak dan modal insan Islami, umat Islam dapat bersatu padu atas nama Islam bukannya dengan nama kebangsaan, puak, kaum dan sebagainya.
Umat Islam sekarang berbangga dengan status puak mereka, bangsa mereka, kaum mereka, mazhab mereka, kasta mereka dan sebagainya. Kenapakah tidak mereka bersatu atas nama islam?? Tidakkah Islam itu agama yang tiada agama semulianya di alam semesta ini. Tidakkah Islam pada suatu ketika dahulu merupakan satu pengaruh besar dalam pelbagai bidang dan digeruni ????.
Ini lah yang menjadi persoalannya apabila negara-negara islam sekarang hanya menjadi boneka barat sekutu Yahudi Keadaan negara-negara Islam yang ditindas oleh Yahudi dan amerika tidak diendahkan.

Wahai umat Islam bersatulah atas nama Islam। Bangsa Yahudi bersatu atas nama taurat untuk menghapuskan etnik di palestin. Kenapa kita tidak boleh bersatu atas kepercayaan kita kepada alquran demi menegakkan Islam.

Renunglah kata-kata sayidina umar R.A, beliau mengakui bahawa dengan semangat kebangsaan dan berpuak-puak sahaja tidak menjamin kemenangan dan kemulianan melainkan dengan semangat Islam.

كنا نحن العرب أذل الناس حتي أعزنا الله بالإسلام. فمهما ابتغينا غيره أذلنا الله
Kami bangsa arab, suatu ketika kami bangsa yang hina, sehingga Allah muliakan kami dengan Islam, dan ketika mana kami abaikan Islam Allah biarkan kami dalam kehinaan


Abuafnan.

Tuesday, July 14, 2009

WUJUDKAN SEKOLAH KHAS SELESAIKAN DISIPLIN PELAJAR



Saya tak rasa penuntut atau pelajar, yang ada masalah disiplin perlu dibuang sekolah. Mereka golongan remaja yang masih mentah dan terikut dengan budaya dan suasana persekitaran. Usia remaja dipengaruhi oleh keinginan nafsu yang membuak, waktu diusia beginilah mereka dibimbing, bukannya dihukum. Remaja memerlukan bimbingan dalam menentukan masa depanya. kalau terus dihukum sepanjang hayat, mereka akan rasa bersalah dan tidak dihargai. Pendekatan yang digunakan sekarang lebih kepada pendekatan menghukum, perlu kepada satu perubahan dalam sistem pendidikan.



Sepatutnya sekolah yang menjadi tempat mendidik dan membimbing tidak lagi mahu mendidik mereka, dimana mereka nak terus belajar ? di pusat membeli belah ? di pusat siber ? di tepi jalan ?. hasrat kerajaan meningkatkan modal insan kenapa tidak dimulakan di sekolah? pelajaran akhlak tidak ditekankan, hanya sebahagian daripada sukatan pelajaran dalam pendidikan islam. sedangkan dakwah islam dan nabi S.A.W amat menitikberatkan akhlak dalam kehidupan dan amalan harian setiap penganutnya.

Memang diakui bahawa pelajar yang mempunyai masalah disiplin akan memberi kesan yang buruk kepada pelajar lain, pengasingan boleh dibuat dengan memasukkan pelajar terbabit di sekolah khas, setelah diteliti dengan kesalahan yang berulangkali dan tidak dapat dibendung dan dikawal oleh guru biasa.

Saya mencadangkan agar pihak kerajaan menubuhkan sebuah sekolah khas bagi membendung masalah didiplin pelajar di sekolah. Tekankan pelajaran akhlak, nilai-nilai murni dan pelajaran agama. Tidak mustahil untuk melahirkan pelajar cemerlang dikalangan pelajar yang mempunyai masalah disiplin. pelajar ini dikawal disiplin mereka oleh jurulatih yang dilatih khas untuk menangani disiplin pelajar.

Sekolah ini tidak boleh dilabel dengan sekolah pemulihan akhlak, sekolah jahat, dan lain-lain yang menimbulkan perasaan malu dan rendah diri pelajarnya. Guru dan tenaga pengajarnya mesti berusaha melahirkan pelajar yang cemerlang dari sekolah khas ini dan diwar-warkan kecemerlangan mereka. Diharap dengan itu dapat memberi motivasi dan pengharapan baru kepada mereka.


sekian cadangan hamba yang hina ini moga dapat direnungi bersama demi melahirkan insan-insan yang cemerlang disisi agama bangsa dan negara.

abuafnan